Assalamu'alaikum WBT

03 Mei 2011

Mujahidah dari Bumi Jihad
Aku Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah...
Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila aku setuju dan kau pun tidak meragukanku…
Bulat tekadku untuk menemanimu…
Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad

Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an

Kelak bersamanya ku harungi bahtera lautan jihad

Andai tak siap bisa kau pilih

Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku

terlebih keluh kesahku
Tak mungkin aku memilihmu
bila yang fana lebih kau cinta

Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota

lazatnya makanan dan lajunya makar durjana

Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu

dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu
Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
serta debu yang beterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
Teguhkan `azzam`ku tuk lupakan dirimu…
Aku wanita dari bumi Jihad…
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
tepiskan semua mimpi yang tak bererti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Kerana tak mungkin ku teruskan perjalanan ini sendiri…
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
Yang melepasku dengan selaksa do`a…
meraih syahid… tujuan utama…
Rabbi… terdengar panggilan Mu tuk meniti jalan redha Mu…
Ku harapkan penolong dari hamba Mu… menemani perjalanan ini…
by marwan hadid
p/s : edited by iman yusraa~
 MUJAHIDAH SOLEHAH ^_~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan