Assalamu'alaikum WBT

25 Februari 2011

ujian ini

Hebat…badai melanda…menggoncang jiwa…
Di bumi ini ku cuba mencari ketenangan…tapi akankah ku temui..
Tanpa disangka ujian tiba…
Kata-kata indah terucap indah mengalir berzikir dalam bisikan doa…
Sakit yang terasa biar jadi pembasuh dosa…
Hati menangis pilu..
Jiwa merintih syahdu…
Cinta dan rindu kian menyatu..
Mengharap keredhaan MU duhai pemilik nadiku…
Tuhanku…
Setiap helaan nafas ini adalah milik MU
Setiap derai tangis ini adalah milik MU
Tuhanku…
Kurniakan aku petunjuk dan kekuatan…
Agar setiap denyutan nadi ini bergetar mengingati MU
Agar setiap butir air mata ini mengalir kerana MU
Aku rela kehilangan cinta manusia…
Demi mencari secebis cinta MU…