Assalamu'alaikum WBT

04 Mac 2015

best tazkirah

Assalamu'alaikum wbt..Allahumma solli 'alaa sayyidina muhammad..
subhanallah..hampir setahun tidak menitipkan apa-apa pada blog ni.

malas + bz + ntah apa2..jadi berhabuk blog ni. hukhukhuk

apa khabar sahabat-sahabatku sekalian?

(wow!!! ayat super skema!) haha.
tidaklah..sekadar berbasi-basi saja orang bilang.
tidak tahu mahu tulis apa..tapi terasa ingin berceloteh panjang di sini. huahuahua
Mau mula dari mana ya..hmmmmm

mula jaklah dari mana2 ya.

ok, YANG PERTAMA, sekarang aku berada di selatan Malaysia. lebih tepat lagi JDT. akan bermastautin selama 3 bulan inshaaAllah..sekarang dah masuk bulan yang kedua. 
dipendekkan cerita, aku jumpa keserasian dengan sekolah ni. kata hati mau minta posting sini. tetapi memikirkan mereka yang disayangi jauh di bumi bayu, mungkin ada lebih baik aku kubur hasrat hati. dan..cuba yang terbaik berbakti kepada anak-anak negeriku yang mungkin lebih memerlukan khidmatku kelak.
sahabat-sahabat, mohon doanya ya. doakan yang terbaik untuk aku yang comel ni.hekhek! habislah..sejak bila aku belajar yakin diri ni..tapi, memang comel pun.hahaha.perasan. men2 jak tu ya.jangan diambik serius.

KEDUA, debaran...ya..debaran. ada juga lah terasa.kalau tiada tu bukan normal lagi tu geng. tapi debaran apa ya...? jeng-jeng jeng.tunggu jaklah apa kesudahannya.

KETIGA, sekarang aku dalam tempoh rawatan. bermacam-macam yang aku lalui. sakit, sedih, terharu. semuanya bergabung. meletup saja tidak. huahuahua. sahabat-sahabat, mohon doanya juga ya untuk kesihatan dan kesembuhan diri ini...kadang-kadang macam mau jak berputus asa..tapi....aku mesti kuat. aku mesti sihat untuk orang-orang yang aku sayang. Allah lah sebaik-baik penyembuh.

KEEMPAT, Dalam kesempatan yang ada ni, aku mw kongsi sesuatu yang pernah aku terbaca suatu ketika dahulu.


"kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”


memang ujian bagi kita wanita untuk menutup aurat secara sempurna pada zaman akhir ini. sama-sama beringat untuk memperbaiki diri. apa yang terkurang, kita tambahkan. apa yang terbuka, kita tutupkan. apa yang sudah ok, kita tambahkan lagi. ingat, keutamaan kita yang paling utama adalah ALLAH. 
mencari keredhaanNYA. mencari cinta NYA..

jaga diri. pelihara diri.jaga iman. pelihara iman. melangkah dengan senyuman. yakin ALLAH sentiasa ada.

salam rehat sahabat2 :)
jumpa lagi inshaaAllah.