masyaALLAH...alhamdulillah.....subhanallah.....
hari ni, perasaan ana tidak stabil ( macam mana tu ye) semua perasaan bercampur baur....bagaimana ana harus terjemahkan dalam bahasa yang mudah ea....hurmmmmm......
apa yang pasti...selepas menziarahi blog kekasih hati ana http://qasehnurheart.blogspot.com/ ana jadi penasaran....RINDU tak terkata... T______T
sesungguhnya cinta kerana ALLAH itu terlalu manis dan mampu memberikan getaran hingga ke lubuk hati yang terdalam....bila cinta kerana DIA, hati pasti bahagia walau apa jua keadaannya....kita akan sanggup berkorban untuk mereka yang kita cintai.....
ya ALLAH...masa ni titisan2 lembut mula mengalir perlahan-lahan mengenangkan cinta hati ana....
rinduuuuuuu.........
maaflah...tapi ana akan menjadi seorang yang terlalu sensitif apabila melihat ukhuwah orang lain...sensitif bila membaca cerpen tentang ukhuwahfillah....air mata mudah sahaja gugur.....pernah sekali mengikuti program..Sang penceramah menayangkan slide beliau bersama para sahabat ketika berusrah......tanpa dipinta, pipi terasa hangat....beginilah keadaan ana apabila rindu mula bertasbih......hanya ALLAH yang mengerti.....
ahad yang lepas...dengan izin ALLAH yang Maha Kuasa..alhamdulillah..ana berdating dengan buah hati ana...juga merangkap kembar ana... ^_^....
Dayang Arifah Fatiha.....cantikkan nama buah hati ana..secantik orangnya....
tu diaaaaa......
gelaran YB untuk dirinya yang sentiasa busy..dari zaman sekolah sampailah ke IPTA ni..and ana...jawatan PA yb adalah jawatan tetap dan berpencen....hehehehe.....kekasih hati ana ni memang banyak cakap....ada jak topik yang akan diutarakan.....lahir dibulan yang sama membuatkan kami memiliki karakter yang hampir sama..dats y lah kami kembar ye....B, (bukan short form 4 yb ye, tapi bb) ^__^ aku sayang ko lebih! dia banyak mengajar ana untuk jadi diri sendiri.saat ana rasa down, semacam ada yg bagitau dia keadaan ana, tiba2 lah tu handphone ana menyanyi isyarat ada panggilan masuk..naah...sudah semestinya dia....and macam biasa, bicara dari hati ke hati...alhamdulillah lega...alhamdulillah ada sahabat macam dia...semasa pernikahan sahabat baik kami yang manja ( Puan Yati :p), kami bersama2 balik ke sabah....sebelum flight ke kl, kami bermalam satu malam kat KKIA1..masyaALLAH..sejuk aircond tu sampai ke tulang...ana memang tak tahan sejuk...sehari pastu, ana demam 3 hari..hehehehe...
ok, next person lak ea....kalau nak tahu lebih dalam tentang buah hati ana ni, pm ana kat fb ye.. (muslimat je ye)
ok.....yang pakai kaca mata tu ye :-)
serikandi buah hati pengarang jantung...sesiapa yang melihatnya pasti mengatakan sahabat ana yang sorang ni Lembut...tapi ana nak bagitahu. dalam kelembutan ada KETEGASAN. ALLAH menghantar dia tatkala diri ini memerlukan seorang teman untuk melakukan hijrah menuju redha NYA. sahabat yang tidak pernah berhenti memberikan kata-kata hikmat tatkala
diri selalu dihempas ombak cinta manusia. Lembut katanya menyantun hati dan membelai diri
ana dengan kata cinta RABB ILAHI.
Dia sahabat yang selalu bersusah bersama ana tatkala tentangan kepada
penghijrahan itu menghujani hati dengan berjuta kelukaan.
.....dia mengajar ana erti hakikat cinta hakiki....dalam
kelembutan tarbiahnya mengalir benih keinsafan di sanubari.....
kenangan semasa menuntut ilmu suatu ketika dahulu di zaman muda remaja terimbas satu
persatu.dari cerita di meja kopi hingga ke meja parlimen. subhanallah...sangat rindu
berdiskusi dengan dia.......
masih segar di ingatan sewaktu memasuki mini kelab malam ketika menghadiri kem untuk pelajar
tingkatan enam. AllahuRabbi. setiap kumpulan harus perfom satu lagu. kami bertudung labuh dalam
tempat macam tu.dengan rentak kebebasan yang sang guru berikan sewenangnya...atas dasar akidah untk
menjaga nama ISLAM dihadapan golongan kuffar yangg seolah-olah telah merancang segalanya tentang
perjalanan kem itu...ana dan sahabiah menghantar mesej kepada kekanda tersayang (Puan Kudui) untuk
meminta pendapat dan kata semangat berhadapan situasi sedemikian.berkat ilham yang datang dari
NYA, lagu senyum seindah suria kami nasyidkan dihadapan mereka dan semua yang ada di situ
bernyanyi bersama.
ALLAHUAKBAR!!!
orite, next person pulak ye :)
yang baju hijau :)
here u are my little sweetheart :) nilah dia puan Haryati :) seorang sahabat..kekanda...kekasih yang sangat baik hati..lembut...dan pemurah..tidak pernah berkira dengan adinda2nya :) subhanallah...anugerah ALLAH yang tidak ternilai...memberi semangat disaat kami dilanda gelisah dan 'kesakitan hati' dengan orang2 sekeliling kami. kenapa?? sebab membawa imej Islamik. tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk kami. Yati, i lebiu so much dear. <3 . untuk pengetahuan semua, dialah penasihat kami.kan b.kan sue. hihihi.teringat semasa walimahnya, banyak mutiara kata yang dikongsikan saat menyiapkan dirinya menjadi bidadari kepada seorang ikhwah yang soleh. sama seperti dia yang solehah. alhamdulillah. Dui, ko dah lepas, lepas ni siapa..hehehehe. [ mesti bb kan sue :) ] sebab dia dah ada calon..uppss..b, jangan malu.hahaha. ok sambung lagi tentang kekanda tercinta, salah satu gelaran untuknya ialah Serikandi AlFateh :) dia juga sumber inspirasi...kerana, setiap tingkah yang dipamerkan selalu memotivasikan ana dan sahabiah yang lain untuk berlumba-lumba membuat kebaikan mengejar redha Allah. subhanallah. terlalu banyak kenangan yang telah tercipta antara kami. banyak yang mewarnai sebuah ukhuwwah yang didasarkan cinta kepada ALLAH.
rindunya dengan antum...Allah..Allah..Allah......sampaikanlah rasa cinta hamba MU ini kepada mereka.
orite, next person pulak ye :)
yang baju hijau :) |
here u are my little sweetheart :) nilah dia puan Haryati :) seorang sahabat..kekanda...kekasih yang sangat baik hati..lembut...dan pemurah..tidak pernah berkira dengan adinda2nya :) subhanallah...anugerah ALLAH yang tidak ternilai...memberi semangat disaat kami dilanda gelisah dan 'kesakitan hati' dengan orang2 sekeliling kami. kenapa?? sebab membawa imej Islamik. tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk kami. Yati, i lebiu so much dear. <3 . untuk pengetahuan semua, dialah penasihat kami.kan b.kan sue. hihihi.teringat semasa walimahnya, banyak mutiara kata yang dikongsikan saat menyiapkan dirinya menjadi bidadari kepada seorang ikhwah yang soleh. sama seperti dia yang solehah. alhamdulillah. Dui, ko dah lepas, lepas ni siapa..hehehehe. [ mesti bb kan sue :) ] sebab dia dah ada calon..uppss..b, jangan malu.hahaha. ok sambung lagi tentang kekanda tercinta, salah satu gelaran untuknya ialah Serikandi AlFateh :) dia juga sumber inspirasi...kerana, setiap tingkah yang dipamerkan selalu memotivasikan ana dan sahabiah yang lain untuk berlumba-lumba membuat kebaikan mengejar redha Allah. subhanallah. terlalu banyak kenangan yang telah tercipta antara kami. banyak yang mewarnai sebuah ukhuwwah yang didasarkan cinta kepada ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan