Assalamu'alaikum WBT

14 Februari 2012

Semester Break 2011

Assalamu’alaikum…..
Salam ukhuwah seluas mahabbah dan salam sayang saudara seakidah…

Alhamdulillah hari ini merupakan hari kepulangan ana ke bumi kelahiran yang menjadi saksi kesusahan dan kepayahan ana dan para sahabiah berjuang membawa Islam yang Ghurabah ke dalam family kami..walaupun lahir dalam Islam, namun itu hanya atas nama Islam…seperti yang ana ceritakan di dalam entri-entri ana sebelum ini…..
Semalam, ana seharian keluar bersama adik Najmi, adik Asiah…dan insan itu…untuk membincangkan suatu perkara….alhamdulillah keputusan telah dibuat..hanya menanti perancangan Allah yang Maha Hebat….insyaAllah…

Dari asrama ke LCCT ana bersama adik-adik junior (adik Dayang dan adik Sarmi) serta adik kesayangan ana, adik Nisa’…hujan turun dengan lebatnya…rahmat dari Yang Esa…dan kami agak terlewat sedikit dari perancangan kami..tapi bukan masalah yang besar…sebab masih ada waktu untuk solat dan beratur untuk bagasi seterusnya ke bilik pelepasan….

Semasa dalam perjalanan, ana bertanya kepada cermin-cermin ajaib ana tentang solat jamak dan qasar…

“salam…kalau dah solat zohor,bolehkah kita jamak kan asar kedalam solat zohor?”
Bestfriend Yati : “ boleh sekiranya dah diniatkan”
Bestfriend Sue : “em..bukan mesti berurutan kah tu..maaf saya tidak pasti”
Bestfriend Bb : “boleh”
 jawapannya ialah......

 “tidak jamak sudah macam tu..qasar jak”



Ana memberanikan diri dengan memakai kain kecil di wajah..alhamdulillah…masih diberi kekuatan dan keinginan untuk itu…sesampai di airport Kuala Lumpur,semasa dalam perjalanan ke surau, tidak ada lagi yang berani mengganggu ana seperti sebelum ini..syukran ya Rabb…mungkin agak Ghuraba..sebab tidak ramai yang memakainya di sana…

Rupanya , banyak ujian yang disiapkan untuk ana oleh NYA…subhanallah…tapi dalam masa yang sama, banyak juga urusan yang dipermudahkan…
Ana tidak perlu di scan 1 badan…tapi satu kelucuan masa scan beg yang ana bawa naik ke atas kapal..ada satu besi panjang yang dikesan..hihihi..so, ana kena tahan sekejap…pipi merah pun tidak nampak…malu…huhuhu..pastu, ana pun mengeluarkan beberapa barang…and lastly miss tu scan balik beg ana..dan….akhirnya dapat dikesan apakah besi itu…hehehe….Pemicit jerawat ana…hehehehe..malu…ana tergelak …masa tu ana ada 12 minit lagi untuk berlepas…
Selepas tu ana bergerak ke P10 untuk penerbangan AK5114 ke Kota Kinabalu…ligat juga mencari tempat duduk..akhirnya, ana terlihat ada dua kerusi kosong berhadapan dengan sepasang suami isteri veteran..sweet jak ana tengok..ana senyum ngan makcik tu..upps lupa, dia tak nampak pun..and, ana hanya kecilkan mata dan angguk.. ^____^
Alhamdulillah..makcik tu senyum…semasa beratur untuk ke kapal, sempat juga  ana berbual dengan makcik tu…
Ana : “balik mana makcik?”
Makcik : “ kota kinabalu..adik?”
Ana : “kota marudu..”
Makck tu murah dengan senyuman….subhanallah….
Dan semasa beratur tu lah juga ana terpandang..seorang yang Ghuraba seperti ana….wanita Sabah yang berpurdah…subhanallah..ana tidak keseorangan dalam flight ni…dan dia duduk di belakang ana…Alhamdulillah ana duduk bersama pelancong dari Semenanjung yang datang untuk melawat Sabah… asal, study mana, umur dan ect. Sempat ditanya..nama tidak..heee..lucu..peramah akak2 tu…ana seperti usually ana tidur sepanjang penerbangan….
O____O
Ujian bukan hanya di LCCt tapi KKIA…ketika beratur untuk cek imegresen,ana terserempak lagi wanita tu..juga sedang berbaris..bila sampai gilirannya, ana melihat pegawai tu membawanya ke pejabat…ana faham..mesti dia mau melihat wajah…ya Allah nervous dalam dada ni…ana membaca ayat kursi dan selawat berkali-kali minta dipermudahkan…sampai giliran ana, pegawai tu meminta ana membuka sedikit sahaja kain kecil tu…alhamdulillah….
Selepas tu, ana bergerak untuk mengambil bagasi…masyaAllah..ana terkejut..rupa-rupanya orang luar boleh melihat kita…ya Allah dalam hati ana berdoa..janganlah ayah ana meihat ana..ana hanya membelakangi pintu keluar tu….
Tiba-tiba bahu ana disentuh seseorang…subhanallah wanita itu….namanya Azah..ana hanya memperkenalkan diri sebagai Iman…rupanya Azah ngan ana seumur…orang papar..bangsa brunei…subhanallah indah aturan Allah…sempat lagi berukhuwah walaupun masa begitu mencemburui kami…kami bersama-sama ke toilet untuk membuka kain kecil di wajah..sebabnya family kami masih belum dapat menerima orang berpurdah….
Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon…dan kami berpisah saat ana berjumpa dengan ayah ana….satu pelukan kejap untuk sahabat baru itu…ana akan menunggu mesej darinya sebab ana tidak sempat ambil nombornya….
Alhamdulillah ayah tidak memberikan sebarang respon yang negatif..maknanya dia tidak melihat ana…ana takut ana akan dihalang terus dari memakainya…doakan semoga dipermudahkan..
Bak kata Azah : “’semoga kita cepat-cepat dapat jodoh..senanglah pakai”
Kami tergelak sama-sama..dalam hati ana mengaminkan…..itulah juga salah satu impian ana….
insyaALLAH….
Hmm…sekian saja perkhabaran untuk hari ini..hihi..

“Islam itu datang sebagai asing dan pergi sebagai asing. Jangan takut untuk kelihatan asing di mata manusia tapi takutlah jika kelihatan asing pada pandangan Allah”

Salam muhasabah ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan