Assalamu'alaikum WBT

05 Mei 2011

Salam’alaik….
Alhamdulillah..rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi rasa bersama antum semua…
Kali ini ana suka untuk berkongsi tentang MENCINTAI YANG MAHA CINTA….
Sahabat yang ALLAH muliakan semua, apa yang antum faham dengan ayat ana sebentar tadi?
Bila kita berbicara tentang cinta, ana yakin semua tidak akan terlepas daripada perasaan ingin dicinta dan mencintai..begitu juga diri ana yang kerdil ini.
Indahkan perasaan CINTA DAN KASIH SAYANG. Hingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Bila telah “mabuk” dengan perasaan2 ini, semua hilang kawalan. Sanggup “sedekah” duit untuk top-up, keluar makan, keluar dating dan sebagainya yang kononnya untuk menggembirakan pasangan kita.
Hmmm…kalau inilah yang difikirkan antum yang hangat bercinta, ana rasa sangat2 menyusahkan diri sendiri. Bagi ana antum sengaja meletakkan diri dalam “BAHAYA”. Kenapa ana cakap ,macam tu?
Siapalah ana untuk memberi nasihat… ana tahu ana bukan ustazah..ana bukan pelajar sekolah agama..ana bukan hafizah..ana bukan faqih agama. Namun wahai sahabat yang disucikan ALLAH,
ANA SAUDARA SEISLAM antum semua yang sayangkan antum keranaNYA. Ana sedih bila melihat pemuda pemudi tiang agama ALLAH terumbang ambing dipukul arus modenisasi yang seterusnya akan menenggelamkan antum semua…(nasihat untuk ana )
Cinta…ya cinta itu fitrah. TAPI sahabat yang di cintai ALLAH,
Cinta itu fitrah bukan FITNAH!
Bagaimana fitrahnya cinta itu bertukar menjadi fitnah? Betulkah statement ana?
Owky..mari kita buka minda dan hati kita (insyaALLAH moga mendapat hidayah dari NYA)
Sedikit perkongsian dari ana
Ana akui dahulu ana bukan seperti apa yang ana ada sekarang. Ana pernah melalui apa yang remaja2 remaja lain pernah lalui…
Tidak bertudung, bertepuk tampar dengan budak lelaki, berkasar dengan mak ayah dan yang sinonim dengan remaja kita “ CINTA@ COUPLE”
Sebelum menyerahkan diri ke jalan dakwah ana pernah mengenal cinta ajnabi. Dan salah seorang dari merekalah yang telah mempengaruhi perubahan dalam hidup ana. Ana tahu memang susah untuk melepaskan seseorang  yang kita sayangi apatah lagi sidia yang kita dah pilih untuk menjadi pendamping hidup kita kelak. Namun sahabat semua, ana yakin dalam hati kita yang terdalam pernah terdetik betulkah jalan yang kita pilih?
Ana sering tertanya dalam hati “ Adakah ALLAH redha dengan hubungan terjalin?”
Dalam hati ana rasa masih ada lompang…lama ana mencari hinggalah ALLAH membuka hati ana untuk menerima
NO COUPLE IN  ISLAM …..
Dengan kekuatan yang ALLAH pinjamkan, ana memutuskan sidia yang tersayang. Ana sedar ana fitnah terbesar untuknya. Ana telah melalaikan dia. Ana malu dengan ALLAH kerana telah menduakan cinta NYA tanpa redha NYA…
Memang ana akui sakit sangat kat dalam hati ini tatkala rindu mula menyapa. Tapi, kita ada ALLAH sahabatku. Mengadulah kepada NYA. Mohon kekuatan dan mohonlah mendapat cinta di hati NYA.
Bila kita memberikan sepenuh pengharapan kepada NYA dan yakin dengan JANJI NYA, insyaALLAH kita akan rasai betapa manisnya cinta kan ALLAH pemilik segala cinta.
Sahabat yang dikasihi ALLAH semua
Hidup ini hanya pinjaman untuk kita. Kita diciptakan dengan dua tujuan.
1.     “Tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan beribadah kepada KU”
[Az-Zariyat : 51]
2.     Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Rabb berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (QS. 2:30)"
Sejak roh ditiupkan kepada jasad kita, saat itu janji dengan PENCIPTA telah termeterai..
Antara kita dan DIA. Namun sahabat. Kita hanya insan dan insane itu sering lalai dan alpa.
Mungkin kita sedar, tapi tidak ingin mengakui lantaran hati telah tergoda dengan indahnya dunia sementara. Kekayaan, kesenangan, wanita dan lelaki menjadikan kita mencintai dunia melebihi PENCIPTA nya.
Sahabat sayang, ana tahu kita perlukan cinta manusia. Tapi kita sangat perlukan cinta ALLAH!
ALLAH tidak perlukan kita. Tidak langsung. Kitalah yang sebenarnya perlukan DIA. Mahabbah dan mawaddah NYA yang memberi kita kesempatan menikmati hidup ini walau hanya sekejap.
Sayangnya kita jarang sekali mensyukuri nikmat yang DIA berikan. Bila ditimpa masalah atau musibah kita sering mengeluh. Apatah lagi bila putus cinta. Sanggup membunuh diri yang dipinjamkan ALLAH kepada kita.
ALLAH itu dekat..terlalu dekat dengan kita. Cuma kita yang tidak merasainya. Cuba rasa dengan hati akan getarnya.
Bila kita mencintai ALLAH, insan juga akan mencintai kita….cinta ALLAH lah yang membawa kebahagiaan kepada kita.
Secebis nasihat untuk antum dan diri ana :
*Memadailah cinta ALLAH sebagai pendamping hidupmu
Usahlah menjengah cinta manusia andai cinta ALLAH masih tak kau gapai
Hentilah getar dihatimu walau suara cinta kerapmenyapa
Yakinlah ALLAH lebih mengetahui :
Untuk siapa cinta mu
Untuk siapa rindu mu
Sabarlah menanti dengan setabahnya
Bukan tak ada
Tapi mungkin belum masanya
Mungkin si dia juga belum bersedia
Siapa pun dia, yakinlah pilihan ALLAH tak pernah salah…aturanNYA sentiasa benar..
Berilah seluruh pengharapanmu kepada-NYA*
cintailah yang MAHA CINTA..nescaya DIA akan temukan kau dengan yang mencintai NYA…
akhir kalam..salam mujahadah dari ana yang lemah ini….
Iman yusraa ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan