Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia! Injil telah dicetak & diedar. IFC (Inter Faith Commission) buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama.
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Tengoklah sajalah akidah muda mudi disekeliling kita. Kes tutup aurat, seks bebas, buang bayi, hisap dadah, minum minuman keras dan berbagai-bagai lagi.
Patutlah ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu murtad ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
IFC minta apa dekat PM kita??
Mereka hantar memorandum kepada PM meminta 14 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
- Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun. Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, mereka nak ikut ugama apa?…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
- Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama. Maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, mereka minta dihapuskan.
- Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
- Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
- Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
- Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
- Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain. Mahkamah syariah kalau takde, habis lah kita. Walaupun sekarang ini bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak hendak dirujuk dimahkamah sivil. Kalau dah takde mahkamah syariah, maknanya perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar seperti yang dilakukan oleh orang bukan islam sekarang nie.
- Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
- Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
- Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
- Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Mereka kata dekat Mufti Perak; “Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”
Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim’ katanya; “Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!” Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan