Assalamu'alaikum WBT

23 Oktober 2011

Pasangan yang menanti untuk hari-hari yang pasti...

Akh..



bukan ana tidak mahu memandang wajah enta, tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi suatu hari nanti..
hari2 yang pasti..



bukan ana tidak mahu melirikkan senyuman pd enta, tp ana selalu tersenyum didalam hati, agar senyuman ini ‘mahal’ di hari cincin di sarungkan ke jari,



bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enta, tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti, ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa mengetahuinya di hari2 yang pasti…



bukan ana tidak mahu bercakap dgn enta, tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana, tika mana ana dan enta ‘bukan’ lg ‘ana’ dan ‘enta’ di hari2 yg pasti…



bukan ana tidak mahu ber'chatting' dgn enta, tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enta, di hari2 yang pasti..



bukan ana tidak mahu selalu bermesej dgn enta, tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti, tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini.



bukan ana tidak ingin memandang wajah enta, tapi ana bimbang wajah ini tidak akan mampu lagi memberikan senyuman di setiap pagi, di hari2 yg pasti…



bukan ana tidak ingin memandang senyuman enta, tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu, di hari2 yang pasti..



bukan ana tidak ingin menghadiahkan sesuatu untuk harijadi enta, tapi bimbang andai hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enta, dan tidak lagi di hari2 yang pasti..
………………………….



Akh... yakinlah, percayalah…



bukan ana tidak ingin mengatakan ana merindui pada enta, tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi.. kerana di saat ini bukan hari2 yang pasti…



bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enta, tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Ilahi, kerana ia bukan hari2 yang pasti..



kerana tika saat bukan di hari2 yang pasti, ana tidak mahu agar hati ana dan enta mati disebabkan cinta dan rindu yang tiada erti.. lalu mematikan hubungan ana atau enta dengan ILAHI..hingga tiada lagi keberkatan antara hubungan kita disuatu hari yang pasti



akh....intailah sebentar hari2 yang pasti.. tika itu, andai ana jatuh, enta menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan... tika ana kesedihan, enta bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.. tika ana berseorangan, entalah teman... tika ana kelalaian, entalah yang mengingatkan.. tika itu, ana dan enta.. bukan lah lagi ‘ana dan enta …  kerana..



ia adalah hari2 yang sudah pasti..di mana mahar sebagai bukti cinta antara kita didalam hati, akad sebagai saksi rindu kita selama ini.. berdoalah untuk hari2 yang pasti,



hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran.. dan itulah jalan yang telah Islam berikan…




Edited by KHAZINATUSSOLEHAH

perkongsian dari : Welove Islam@Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan