Cuaca petang itu sangat redup. Aku berjalan pulang ke rumah sewaku seorang diri selepas bermain bola jaring di institut. Angin berhembus agak dingin. Jalan sangat sunyi. Tiba-tiba aku terlihat seorang pemuda memandang tepat ke arahku. Lalu, aku pantas menundukkan pandangan. Debaran terasa berombak di dada. Ya, aku cukup mengenalinya siapa. Lelaki yang sangat terkenal di institute tempatku belajar. Sesaat aku melintasinya, seraya dia berkata
“ sampai bila awak nak buat saya macam ni Iman?”
Perlahan namun sampai ke pendengaranku. “ ya Allah, apa yang harus ku lakukan..alasan apa lagi yang harus aku berikan kepadanya?” kataku sendiri di dalam hati. Aku mesti memikirkan sesuatu…
“cukuplah Ilham..jangan ganggu saya lagi. Saya tidak suka diperlakukan begini. Ke mana pun saya pergi awak sentiasa mengekori saya. saya rasa tidak selesa. Saya rasa saya dah terangkan kepada awak sebelum ni. Saya tidak dapat menerima awak.”
“tapi kenapa Iman? Apa salah saya? di mana kurangnya saya di mata awak? Beritahu saya Iman. Saya akan perbaiki diri saya.” bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.
“maafkan saya”. Aku segera berlalu pergi. Tidak mahu keadaan akan memakan diriku sendiri. Aku tidak mahu aku akan kalah dengan perasaan sendiri. Aku ingin istiqamah degan jalan yang aku pilih.
“no couple until nikah”
Aku tidak kisah apa persepsi masyarakat terhadapku. Asalkan jalan yang aku pilih ini tidak melanggar syariat Allah, kenapa tidak kan? Aku tahu, setiap manusia mempunyai pandangan dan pendirian masing-masing..dan aku, inilah pilihanku.
Sesampai di rumah sewaku, ku lihat Fatihah khusyuk menghafaz sesuatu di ruang tamu.
“Assalamu’alaikum Teha…menghafaz ape tu? Khusyuk je aku tengok”
“Wa’alaikumussalam…lama dah balik Iman? Ni ha, pagi esok aku ada ujian hafazan.mohon doanya ye moga dipermudahkan”
“InsyaAllah.....kali ini surah apa?”
“em…surah al-Mulk”
“oh..30 ayat kan? Emm..ok Teha, selamat menghafaz..moga dipermudahkan.”
sambil tersenyum aku berlalu ke bilik.
Malam itu seperti biasa kami akan mengaji beramai-ramai di ruang tamu dan ada perkongsian dari para sahabat.
Tepat pukul 11.00 malam, seusai membaca surah al Mulk, aku melelapkan diri. Tidak sampai lima minit..
Beep..beep..beep
Telefon bimbitku bergetar…
“ish..siapa pulak malam-malam ni mesej” perlahan-lahan ku capai telefonku
New messaga receive
Sender: no name
Message: Assalamu’alaikum…maaf ganggu, saya ni Ilham…tolong jangan delete dahulu, Iman, saya nak jumpa awak esok. Boleh ye. Lepas ni saya janji saya tidak akan ganggu awak lagi. Em..pukul 4.00 petang kat tasik Permaisuri ea…saya tunggu.
Hush..””tak penat ke mamat ni” getusku
Reply: wassalam.insyaAllah, ok
Keesokannya seperti yang telah dijanjikan, aku pergi menemuinya bersama Teha. Hanya Teha satu-satunya
yang tahu kisahku dengan Ilham.
yang tahu kisahku dengan Ilham.
“maaf saya harap awak tak kisah saya ajak Teha”
“em, xpe” jawabnya ringkas.
“ade ape ek?” tanyaku
“saya nak minta maaf kepada awak. Maaf selalu ganggu hari-hari awak. Takpelah jika awak tak dapat terima saya. saya tahu status saya di mata awak. Saya tak layak untuk gadis baik seperti awak” mendatar sahaja suaranya.
Aku hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya yang seterusnya.
“lepas ni saya takkan ganggu awak lagi” katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Satu bungkusan kecil berwarna hijau. Dia menghulurkan kepadaku sambil berkata
“terimalah ini dari saya sebagi tanda meminta maaf”
Aku sedikit terkejut. “em, tak payah susah-susah. Kata maaf dah cukup. Saya maafkan awak. Harap lepas ni awak akan tunaikan apa yang awak janjikan.” Kataku.
Dia hanya tersenyum. “eh mamat ni, boleh pulak tersengih-sengih” gerutuku dalam hati.
Dia meletakkan bungkusan itu di hujung kerusi tempatnya duduknya dan berlalu pergi. Teha hanya mendiamkan diri sehinggalah Ilham kabur dari pandangan.
Alhamdulillah selepas itu dia tidak pernah mengganggu ku lagi sehinggalah di hari konvokesyenku.
“Assalamu’alaikum…” satu sapaan lembut. Aku berpaling. Tergamam. Berdebar.Entah kenapa aku rasa sangat tidak keruan apabila memandangnya. Dia sangat berbeza daripada sebelum ini. Aku masih ingat lagi sebelum dia fly ke UK penampilannya jauh berbeza dengan apa yang ku lihat sekarang. Ilham yang sebelum ini rambutnya terpacak kini memakai kopiah. Aku melihat nur di wajahnya. Subhanallah. Astagfirullah…
cepat-cepat aku beristighfar.
cepat-cepat aku beristighfar.
“Wa…wa’alaikumussalam” jawabku gugup.
“Pak cik mak cik apa khabar?” tanyanya kepada kedua orang tuaku
“Alhamdulillah nak kami sihat-sihat saja” jawab abah sambil bersalaman dengannya.
Kaget. “Aduh mamat ni. Apalah kata umi dan abah nanti.”
“saya kawan Iman. Belajar di sini, tapi saya baru sahaja sampai dari UK sebab pertukaran pelajar TESL dengan salah sebuah universiti di sana.” Dia menambah.
Aku hanya tersenyum kelat. Debaran juga semakin terasa. Ya Allah ,apa yang aku rasakan saat ini.
“saya Ilham Dzulqarnain pakcik” dia perkenalkan dirinya. Aku hanya tertunduk di samping umi.
“ Iman apa khabar? Soalannya beralih pulak kepada ku.
“ Iman apa khabar? Soalannya beralih pulak kepada ku.
“Alhamdulillah” jawabku ringkas. Sejurus selepas itu, kami di panggil untuk beratur menerima ijazah.
“em, gembira dapat jumpa pakcik dan makcik.saya minta diri dulu.” Setelah menyalami abahku. Dia pun berlalu pergi.
“ Abah, Umi, Iman nak cari Teha dulu ye.”
“ ok sayang” tutur Umi lembut.
“nasib baiklah abah dan umi tak tanya banyak tentang Ilham” getusku dalam hati. Aku terus berlalu pergi.
Tapi apakah tandanya debaran di hati ini. adakah hatiku telah diraih dengan agama yang ada pada dirinya saat ini. ketenangan di wajahnya cukup memberi ketenangan padaku.
“ya Allah tunjukkanlah jalanMu yang Engkau redhai” aku berdoa dalam hati.
Sebulan selepas aku dipostingkan, umi menelefonku
“ Iman, mak ada sesuatu nak bagitahu Iman.”
Dup…dup..dup.. bergetar..”apa dia umi sayang” tanyaku manja
“ada orang merisik Iman. Orangnya baik sayang. Beragama. Keluarganya pun baik-baik sahaja”
Gulp. Aku terkejut. “ em..siapa umi?”
“ kawan Iman juga. Ilham.”
Sekali lagi aku terkejut. Entah sejak bila dia mula rapat dengan umi dan abahku.
Setelah berfikir sejenak, “ bagilah Iman masa seminggu untuk istikharah ye umi. Nanti Iman baritahu keputusan Iman.” Jawabku
“ye sayang. Nanti mak telefon balik ye, along kamu dah datang dengan abang Man kamu” jawab umi.
“sampaikan salam Iman dengan along ye Umi”
“Assalamu’alaikum”
“wa’alaikumussalam” telefon dimatikan. Subhanallah..Ilham..begitu tinggi tekadnya untuk memiliki cintaku.
Seminggu aku istikharah dan solat hajat. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Sampai masa yang ditetapkan, Umi menelefonku
“Assalamu’alaikum sayang. Iman sihat?”
“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah Umi”
“macam mana sayag? Terima ke tidak risikan tu?”
Dengan lafaz bismillah dalam hati “ Iman terima Umi”.
Seminggu selepas itu, rombongan meminang sampai di rumahku. Sebulan selepas itu aku dan Ilham diijab kabulkan. Akhirnya cintaku milikmu suamiku. Aku kini bahagia di sampingnya bersama dua orang putera dan seorang puteri.
“terima kasih sayang sebab terima abang” lembut dan sangat bermakna bagiku.
“terima kasih sebab menyayangi sayang dengan tulus” jawabku terharu.
Alhamdulillah ya Rabb. Prinsipku mampu mengubah dia yang dahulunya kaki wanita kini menjadi kaki masjid. Dia yang dahulunya suka bersosial kini Kau pagari dengan rasa keimanan pada MU. Ternyata cinta seleas kahwin lebih indah…Semoga saja Baitulmuslim ini akan berkekalan hingga ke syurga…..
p/s : xda kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal.... ^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan