Assalamu'alaikum WBT

09 Julai 2011

Ujian : Tabahkah aku

Assalamu'alaikum..sekian lama menyepi akhirnya ana kembali mencoret di sini...alhamdulillah masih diberi peluang untuk koreksi diri dan memperbaiki diri...

Ya ALLAH
saat diriku jauh dari MU
ENGKAU mendekatiku dengan ujian-ujian MU
alhamdulillah ENGKAU masih menyayangi diri yang hina ini....

Sebermulanya maktab di buka..( hari kuliah) ana turut sibuk kerana terlibat dengan Minggu Pendaftaran Pelajar Baru. melelahkan, tapi ana sangat berpuas hati...membantu adik-adik baru..
mengangkat barang, menunjukkan jalan dan macam-macam lagi...yang lagi best jumpa adik-adik sabah yang sefikrah...alhamdulillah.....

ana kembali ke Maktab dengan hati yang kosong..apa sebenarnya yang aku mahukan...mengapa mesti begitu sekali...mana semangat ana yang dulunya berkobar-kobar dengan panji-panji perjuangan...
Apa yang ana ada sekarang seperti sisa kemanisan iman yang pernah ana rasakan suatu masa dahulu..
Astagfirullah..........

kembali ke pangkal jalan!!!
cepat-cepat u-turn!

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;  [Al Baqarah: 128]

berapa kali lagi mesti ana dustai hati ini...
Rabbi.....
berilah hamba kekuatan dan petunjuk MU T___T

semuanya bermula dengan hati yang telah terhijab dengan dosa-dosa.. T____T
Astagfirullah..astagfirullah..astaghfirullah.......

Hari demi hari ujian bersilih ganti menghampiri diri..sampailah satu saat ana rasa sangat  "DOWN"
apabila purse ana hilang.....

apakah ini petunjuk sebenarnya ya RABB.....
aku semakin menjauh dari MU
semakin jauh dari diriku yang sebelum ini......
jarang sekali aku mensyukuri nikmat MU

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[Ar--Rahman : 16]

laaa ilahaa illallaah......
muhammadurrasulullah....

kembalilah wahai hati yang pernah menyerahkan segalanya kepada Penciptamu
ana dah penat dengan perasaan yang hadir...ana mahu menjaga hati...jaga hati..jaga hati...


kekuatan jiwa perlu dibentuk..hati perlu ditarbiah..nafsu perlu dididik...
ana ingin menjadi seperti mereka (para syuhada)
ana ingin menjadi hamba ALLAH yang baik...meninggalkan larangan NYA...
rasa kecewa..rasa sakit..rasa gembira semuanya adalah ujian yang akan mentarbiah kita...kita akan melalui semua proses itu  sama ada kita sedar ataupun tidak..sama ada kita bersyukur ataupun tidak...

TAWAKKAL + USAHA +DOA +TAWAKKAL

redha dengan setiap ketentuan NYA..yakinlah DIA tidak pernah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia .
ana yakin itu....
kembali kepada dua pegangan utama 

 Al-Quran dan AS-Sunnah

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [ Al-Israa' : 9]


Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [ Al-Israa' : 15]


kalau dulu setiap tutur kata dan perilaku terjaga dengan batas dakwah...malu untuk mengakuinya..tapi inilah hakikatnya ana bukan ana lagi....


ana inginkan diri ana yang dulu...penuh bersemangat menegakkan syiar Islam. 


Ya ALLAH...
bantulah hamba ini....



dimana ada kemahuan disitu ada jalan...kalau ana mahu, ana pasti boleh.

Bila bersandar pada makhluk NYA, tika terpisah rasa kehilangan
tika terasing rasa ditinggalkan
jiwa menderita gelisah sentiasa
Biar bersandar hanya pada Tuhan
merasai cukup hanya dengan NYA
ALLAH sentiasa di dalam jiwa
Biar terlihat tidak punya apa
tetapi hati kaya dengan rasa
rasa kasih dan cinta Ilahi
menjadi cahaya penyejuk jiwa......

Wallahu'alam bissawab ^_^


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[Asy- Shams : 7-10]



mulai saat ini ----> strive to mardhotillah!!!!!!
hayya bil jihad!!!!

******. u can do it!!!!

Put Trust In ALLAH!!!!!



08 Julai 2011

Cinta Itu

Cuaca petang itu sangat redup. Aku berjalan pulang ke rumah sewaku seorang diri selepas bermain bola jaring di institut. Angin berhembus agak dingin. Jalan sangat sunyi. Tiba-tiba aku terlihat seorang pemuda memandang tepat ke arahku. Lalu, aku pantas menundukkan pandangan. Debaran terasa berombak di dada. Ya, aku cukup mengenalinya siapa. Lelaki yang sangat terkenal di institute tempatku belajar. Sesaat aku melintasinya, seraya dia berkata

“ sampai bila awak nak buat saya macam ni Iman?”

Perlahan namun sampai ke pendengaranku. “ ya Allah, apa yang harus ku lakukan..alasan apa lagi yang harus aku berikan kepadanya?” kataku sendiri di dalam hati. Aku mesti memikirkan sesuatu…


“cukuplah Ilham..jangan ganggu saya lagi. Saya tidak suka diperlakukan begini. Ke mana pun saya pergi awak sentiasa mengekori saya. saya rasa tidak selesa. Saya rasa saya dah terangkan kepada awak sebelum ni. Saya tidak dapat menerima awak.”
“tapi kenapa Iman? Apa salah saya? di mana kurangnya saya di mata awak? Beritahu saya Iman. Saya akan perbaiki diri saya.” bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.
“maafkan saya”. Aku segera berlalu pergi. Tidak mahu keadaan akan memakan diriku sendiri. Aku tidak mahu aku akan kalah dengan perasaan sendiri. Aku ingin istiqamah degan jalan yang aku pilih.


“no couple until nikah”

Aku tidak kisah apa persepsi masyarakat terhadapku. Asalkan jalan yang aku pilih ini tidak melanggar syariat Allah, kenapa tidak kan? Aku tahu, setiap manusia mempunyai pandangan dan pendirian  masing-masing..dan aku, inilah pilihanku.

Sesampai di rumah sewaku, ku lihat Fatihah khusyuk menghafaz sesuatu di ruang tamu.
“Assalamu’alaikum Teha…menghafaz ape tu? Khusyuk je aku tengok”
“Wa’alaikumussalam…lama dah balik Iman? Ni ha, pagi esok  aku ada ujian hafazan.mohon doanya ye moga dipermudahkan”
“InsyaAllah.....kali ini surah apa?”
“em…surah al-Mulk”
“oh..30 ayat kan? Emm..ok  Teha, selamat menghafaz..moga dipermudahkan.” 
sambil tersenyum aku berlalu ke bilik.

Malam itu seperti biasa kami akan mengaji beramai-ramai di ruang tamu dan  ada perkongsian dari para sahabat.
Tepat pukul 11.00 malam, seusai membaca surah al Mulk, aku melelapkan diri. Tidak sampai lima minit..

Beep..beep..beep
Telefon bimbitku bergetar…
“ish..siapa pulak malam-malam ni mesej” perlahan-lahan ku capai telefonku


New messaga receive
Sender: no name
Message: Assalamu’alaikum…maaf ganggu, saya ni Ilham…tolong jangan delete dahulu, Iman, saya nak jumpa awak esok. Boleh ye. Lepas ni saya janji saya tidak akan ganggu awak lagi. Em..pukul 4.00 petang kat tasik Permaisuri ea…saya tunggu.
Hush..””tak penat ke mamat ni” getusku
Reply: wassalam.insyaAllah, ok

Keesokannya seperti yang telah dijanjikan, aku pergi menemuinya bersama Teha. Hanya Teha satu-satunya 
yang tahu kisahku dengan Ilham.

“maaf saya harap awak tak kisah saya ajak Teha”
“em, xpe” jawabnya ringkas.
“ade ape ek?” tanyaku
“saya nak minta maaf kepada awak. Maaf selalu ganggu hari-hari awak. Takpelah jika awak tak dapat terima saya. saya tahu status saya di mata awak. Saya tak layak untuk gadis baik seperti awak” mendatar sahaja suaranya.
Aku hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya yang seterusnya.
“lepas ni saya takkan ganggu awak lagi” katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Satu bungkusan kecil berwarna hijau. Dia menghulurkan kepadaku sambil berkata
“terimalah ini dari saya sebagi tanda meminta maaf”
Aku sedikit terkejut. “em, tak payah susah-susah. Kata maaf dah cukup. Saya maafkan awak. Harap lepas ni awak akan tunaikan apa yang awak janjikan.” Kataku.
Dia hanya tersenyum. “eh mamat ni, boleh pulak tersengih-sengih” gerutuku dalam hati.
Dia meletakkan bungkusan itu di hujung kerusi tempatnya duduknya dan berlalu pergi. Teha hanya mendiamkan diri sehinggalah Ilham kabur dari pandangan.

Alhamdulillah selepas itu dia tidak pernah mengganggu ku lagi sehinggalah di hari konvokesyenku.
“Assalamu’alaikum…” satu sapaan lembut. Aku berpaling. Tergamam. Berdebar.Entah kenapa aku rasa sangat tidak keruan apabila memandangnya. Dia sangat berbeza  daripada sebelum ini. Aku masih ingat lagi sebelum dia fly ke UK penampilannya jauh berbeza dengan apa yang ku lihat sekarang. Ilham yang sebelum ini rambutnya terpacak kini memakai kopiah. Aku melihat nur di wajahnya. Subhanallah. Astagfirullah…
cepat-cepat aku beristighfar.

“Wa…wa’alaikumussalam” jawabku gugup.
“Pak cik  mak cik apa khabar?” tanyanya kepada kedua orang tuaku
“Alhamdulillah nak kami sihat-sihat saja” jawab abah sambil bersalaman dengannya.
Kaget. “Aduh mamat ni. Apalah kata umi dan abah nanti.”
“saya kawan Iman. Belajar di sini, tapi saya baru sahaja sampai dari UK sebab pertukaran pelajar TESL dengan salah sebuah universiti di sana.” Dia menambah.
Aku hanya tersenyum kelat. Debaran juga semakin terasa. Ya Allah ,apa yang aku rasakan saat ini.
“saya Ilham Dzulqarnain pakcik” dia perkenalkan dirinya. Aku hanya tertunduk di samping umi.
 “ Iman apa khabar? Soalannya beralih pulak kepada ku.
“Alhamdulillah” jawabku ringkas. Sejurus selepas itu, kami di panggil untuk beratur menerima ijazah.
“em, gembira dapat jumpa pakcik dan makcik.saya minta diri dulu.” Setelah menyalami abahku. Dia pun berlalu pergi.
“ Abah, Umi, Iman nak cari Teha dulu ye.”
“ ok sayang” tutur Umi lembut.
“nasib baiklah abah dan umi tak tanya banyak tentang Ilham” getusku dalam hati. Aku terus berlalu pergi.

Tapi apakah tandanya debaran di hati ini. adakah hatiku telah diraih dengan agama yang ada pada dirinya saat ini. ketenangan di wajahnya cukup memberi ketenangan padaku.
“ya Allah tunjukkanlah jalanMu yang Engkau redhai” aku berdoa dalam hati.

Sebulan selepas aku dipostingkan, umi menelefonku
“ Iman, mak ada sesuatu nak bagitahu Iman.”
Dup…dup..dup.. bergetar..”apa dia umi sayang” tanyaku manja
“ada orang merisik Iman. Orangnya baik sayang. Beragama. Keluarganya pun baik-baik sahaja”
Gulp. Aku terkejut. “ em..siapa umi?”
“ kawan Iman juga. Ilham.”
Sekali lagi aku terkejut. Entah sejak bila dia mula rapat dengan umi dan abahku.
Setelah berfikir sejenak, “ bagilah Iman masa seminggu untuk istikharah ye umi. Nanti Iman baritahu keputusan Iman.” Jawabku
“ye sayang. Nanti mak telefon balik ye, along kamu dah datang dengan abang Man kamu” jawab umi.
“sampaikan salam Iman dengan along ye Umi”
“Assalamu’alaikum”
“wa’alaikumussalam” telefon dimatikan. Subhanallah..Ilham..begitu tinggi tekadnya untuk memiliki cintaku.
Seminggu aku istikharah dan solat hajat. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Sampai masa yang ditetapkan, Umi menelefonku
“Assalamu’alaikum sayang. Iman sihat?”
“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah Umi”
“macam mana sayag? Terima ke tidak risikan tu?”
Dengan lafaz bismillah dalam hati “ Iman terima Umi”.

Seminggu selepas itu, rombongan meminang sampai di rumahku. Sebulan selepas itu aku dan Ilham diijab kabulkan. Akhirnya cintaku milikmu suamiku. Aku kini bahagia di sampingnya bersama dua orang putera dan seorang puteri.
“terima kasih sayang sebab terima abang” lembut dan sangat bermakna bagiku.
“terima kasih sebab menyayangi sayang dengan tulus” jawabku terharu.
Alhamdulillah ya Rabb. Prinsipku mampu mengubah dia yang dahulunya kaki wanita kini menjadi kaki masjid. Dia yang dahulunya suka bersosial kini Kau pagari dengan rasa keimanan pada MU. Ternyata cinta seleas kahwin lebih indah…Semoga saja Baitulmuslim ini akan berkekalan hingga ke syurga…..

p/s : xda kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal.... ^__^