Assalamu'alaikum WBT

29 Oktober 2015

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah
Bismillahirrohamanirrohim....Assalamualaikum...
Allah..lama saaaaaangaaaaat tidak menulis. jari pun seakan-akan kaku dan keras. sebab? lama tidak menaip.
apa khabar semua? Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri dan berbakti dengan kesayangan-kesayangan hamba.
terlalu banyak sangat cerita yang mahu aku ceritakan tapi....macam biasalah, nda tau mau mula dengan yang mana (my bad) T____T
ok, mula dengan kejutan yang aku terima. apabila my batch punya takwim diubah. apalagi, semua jadi fast and furious lah. mana mau kejar esaimen. kejar PT, kejar kuliah. lebih tepat lagi mau cukupkan jam kuliah sebelum aku p internship. haish2. sakit nyawa kamek.
PT oh PT.betapa segala kerumitan dan kepayahan. masa tu juga my lappy rosak.esok mo submit esaimen.malam ni dia rosak.tapi...alhamdulillah, allah dah gerakkan hati awal-awal buat back up. padahal sebelum ini aku sekali jak pernah buat back up.dan masa tu juga my lappy rosak. syukur alhamdulillah masih juga Allah sayang aku.hihi.ok2, back to my PT. lau boleh, aku mo lupa jak tu.hahahaha.markah pun nda berapa tinggi.sadisssss...mungkin kifarah dosa juga kan...alhamdulillah.
ok, next is, the best thing yang aku rasa wow!!!! aku dapat balik buat internship d sabah.alhamdulillah. mau menyorak aku lompat2.haha.dapatnya lagi sama2 dengan one of my bff, nah kah.teda sapa bulih membuli itu.hahahaha.betul kaitu ar sue? hahaha.
ok, lagi seterusnya....mak aku makin teruk sakitnya T________________T
Allah....aku tau itu angkara makhluk yang tidak kelihatan.aku tau itu. tapi my family masih belum terima perubatan cara islam. especially my dad. so what shud i do....T_______T. bukan meratap atau menyesali tapi....kesian tengok my mum.
Everytime she told me yang dia jatuh masa aku xda, luluh hati ini....anak mana yang tidak sayangkan mak....baru--baru ni dia kerap mengadu bilamana kakinya terlalu sakit sampai dia tidak boleh control, dia akan mimpi yang pelik-pelik. mimpi semua arwah keluarga.huhuhuhu...apakah petandanya ya Allah.....sahabat2...aku mohon...mohon sangat2..doakan kesembuhan my mum.aku mau spend my time wif her. tapi, dia selalu refuses me.sebab kaki dia sakit...aku tau..dalam hati dia sangat sedih. sampaikan kadang--kadang dia berputus asa dengan hidup....Allah....berilah kesembuhan untuk mak...aku mau tengok mak sihat.... :( :( :(

aku tau mak tengok aku nda peduli dia. tapi....hanya Allah yang tau apa ada dalam hati ini. nampak sado dalam hati hanco.huuuhuuuuhuuuu. aku cuba kuat untuk mereka. aku cuba kuat untuk my kesayangans. sakit yang menimpaku juga semakin teruk. terasa hingga mencucuk urat-uratku. T____T kuatkan lah aku ya RObb...aku perlu sembuh untuk merawat my family. semoga ini adalah kafarah atas segala dosa yang telah aku lakukan...

tidak mampu meneruskan...simpan seja di dalam hati...Allah tempat mengadu yang pasti...

doakan aku sahabat.  :)

salam.


04 Mac 2015

best tazkirah

Assalamu'alaikum wbt..Allahumma solli 'alaa sayyidina muhammad..
subhanallah..hampir setahun tidak menitipkan apa-apa pada blog ni.

malas + bz + ntah apa2..jadi berhabuk blog ni. hukhukhuk

apa khabar sahabat-sahabatku sekalian?

(wow!!! ayat super skema!) haha.
tidaklah..sekadar berbasi-basi saja orang bilang.
tidak tahu mahu tulis apa..tapi terasa ingin berceloteh panjang di sini. huahuahua
Mau mula dari mana ya..hmmmmm

mula jaklah dari mana2 ya.

ok, YANG PERTAMA, sekarang aku berada di selatan Malaysia. lebih tepat lagi JDT. akan bermastautin selama 3 bulan inshaaAllah..sekarang dah masuk bulan yang kedua. 
dipendekkan cerita, aku jumpa keserasian dengan sekolah ni. kata hati mau minta posting sini. tetapi memikirkan mereka yang disayangi jauh di bumi bayu, mungkin ada lebih baik aku kubur hasrat hati. dan..cuba yang terbaik berbakti kepada anak-anak negeriku yang mungkin lebih memerlukan khidmatku kelak.
sahabat-sahabat, mohon doanya ya. doakan yang terbaik untuk aku yang comel ni.hekhek! habislah..sejak bila aku belajar yakin diri ni..tapi, memang comel pun.hahaha.perasan. men2 jak tu ya.jangan diambik serius.

KEDUA, debaran...ya..debaran. ada juga lah terasa.kalau tiada tu bukan normal lagi tu geng. tapi debaran apa ya...? jeng-jeng jeng.tunggu jaklah apa kesudahannya.

KETIGA, sekarang aku dalam tempoh rawatan. bermacam-macam yang aku lalui. sakit, sedih, terharu. semuanya bergabung. meletup saja tidak. huahuahua. sahabat-sahabat, mohon doanya juga ya untuk kesihatan dan kesembuhan diri ini...kadang-kadang macam mau jak berputus asa..tapi....aku mesti kuat. aku mesti sihat untuk orang-orang yang aku sayang. Allah lah sebaik-baik penyembuh.

KEEMPAT, Dalam kesempatan yang ada ni, aku mw kongsi sesuatu yang pernah aku terbaca suatu ketika dahulu.


"kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”


memang ujian bagi kita wanita untuk menutup aurat secara sempurna pada zaman akhir ini. sama-sama beringat untuk memperbaiki diri. apa yang terkurang, kita tambahkan. apa yang terbuka, kita tutupkan. apa yang sudah ok, kita tambahkan lagi. ingat, keutamaan kita yang paling utama adalah ALLAH. 
mencari keredhaanNYA. mencari cinta NYA..

jaga diri. pelihara diri.jaga iman. pelihara iman. melangkah dengan senyuman. yakin ALLAH sentiasa ada.

salam rehat sahabat2 :)
jumpa lagi inshaaAllah.

01 Mei 2013


Assalamu'alaikum..wah..lama jugak lah bercuti dari laman maya ni . 4 hari.erm..ish2.xpa2.bukan lupa, ingat...tapi xlarat.konon.konon??? erm..apa2 jaklah kan.

orite, 'bizi' lah sangat kan.tapi..itulah hakikatnya.alhamdulillah ALLAH masih beri peluang untuk menginfakkan diri ke jalan NYA. alhamdulillah. Maha suci ALLAH ^_^ yang melimpahkan nikmat NYA.

otak blurr sikit mau mengarang ayat bunga2..huhuhu..macam mana ni...erm, xpa2.biar gambar yang bercerita days by days yang aku lalui dalam 4 hari ni ok.

snap-snap~ :)

Masjid Biru (rindu mereka :'( )

stoooop :p

welkem u ol ;-)

our destination :)

akhwat kesayangan <3



banyaknya encik kera :)

mereka <3

b4 sharing moment :)

nak p hujung sana :-(

big apple is waiting :)

perjalanan yang diiringi hujang rahmat :)

heeee...saja bagi besar..rezeki di rumah seorang ikhwah :)

yang ni umi kat kampus yang bagi sempena meraih kemenangan kawad kaki :)


orite...sekian untuk petang ni :) heee

27 April 2013



assalamu'alaikumm..masyaallah..subahanallah...lama benar rasanya tidak meninggalkan jejak 
dalam laman maya yang tidak bersempadan ini. ok now and so on i'll use 'AKU'. erm..maybe better kot macam tu.sebab tidaklah rasa plastiknya.entahlah. bukan nak kata 'ANA' tu plastik. but in terms of myself, i think its better if i use 'AKU' or  something yang relatedlah kan.
 ^_____^

apa mimpi pagi2 buta wat post ni? aish...(buang tabiat ka apa budak ni)
dop eh....tapi semangat nak berblog tu melonjak2 sampai out of my control. WHY????
entah..maybe aku stress?? ( hello!! is STRESS wujud in my life) ==' before, dengan EGOnya aku kata TAK STRESS pun. but perhaps, suddenly i think AKU STRESS. tapi....( ego kah lagi tuh) ngeee :p.

sambung semula...tapi...stressku masih terkawal bah. ^_^ sebab aku tahu ini semua ujian dan tarbiah yang patut aku jalani dan hadapi sebagai seorang ABID ( hamba ALLAH)
sebenarnya aku ngantuk sangat2 coz esok akan memulakan gerak kerja menghantar surat cinta kepada mereka2 yang sepatutnya. insyaALLAH...doakan ya sahabat. ( adakah yang membaca ni?)haish. dah udah. stop.

acctually banyak sangat kerja..memang banyak. tapi...itu bukan alasan ok. kau dah pilih then kau mestilah selesaikan. cik Iman! sedar2. ( =_=') bukan kau jak yang banyak kerja tahu..ada banyak lagi orang yang berlambak2 kerja. jangan merungut ok?

buat yang terbaik! walaupun tidaklah besar mana sumbanganmu, yakinlah ALLAH melihat usaha yang kau buat bukan hasilnya. in my opinion, hasil itu = BONUS. perhaps. :)

ambo dah melencong p mana nih...hihihi..
hidup dengan kesedaran tentang kewujudan SANG PENCIPTA.

orite..mata dah nak terkatup. aish..speaking kl lagi..tapi tidak apa bah kan. this is me. cara aku menterjemahkan rasa.xsuka, p cari blog orang lain ya ;-)
insyaALLAH...tidak janji..but, now and so on, aku akan menulis. tekad. 
doakan. :)

17 Oktober 2012

Bicara Qolbun ( part 3)

salam'alayk...bertemu lagi dalam bicara maya yang tidak bersempadan ini...alhamdulillah..masih diberi

peluang untuk memperbaiki diri dalam dunia kepunyaan Allah ini....

sedar tidak sedar, kita telah melangkah ke dalam bulan yang barokah..bulan Zulhijjah...

bulan terakhir dalam kalendar Islam...

terasa pantas masa berlalu...sepantas waktu yang mencantas usia kita di muka bumi ini...

kadang-kadang kesibukan yang menerjah kamar hidup ana membuatkan ana alpa sebentar tentang tanggungjawab terhadap diri, famili, dan para sahabiah...

asif...sori...maaf...sumimesan ( credit to adik Lisa ^_^ )

if melihat kepada planner ana, ada 4 program lagi yang menanti sebelum kembali ke bumi bayu...bumi yang sangat sangat sangaaaaaat dirindui....

minggu lepas sahaja, ana terlibat dengan dua program.program maktab dan program luar.

KOM-PAQ wa PROFiT ^_^

berjumpa dengan keluarga Sabahan mengurangkan sedikit kerinduan yang terbuku di dalam hati..takdir Allah telah menemukan ana dengan adik junior ana.. Lya...heee...comel bertudung labuh..

hidayah Allah datang dengan pelbagai cara....bergantung dengan cara penerimaan kita sebenarnya...
if terlalu menyayangi dunia, memang takkan ada perubahan yang berlaku...tapi, if terlalu menyayangi akhirat, percayalah, perubahan itu akan seiring dengan syariat...


pernah dengarkan pepatah ni :

  "letaklah akhirat di hatimu dan dunia ditanganmu"

naah, pandai2 fikirlah kan :)


tiba2 teringat penghijrahan diri dan sahabiah2 di bumi tarbiah Kota Marudu.
Allahuakbar! alhamdulillah.
nikmat Iman yang tidak ternilai...syukran ya Robb.

semoga tetap istiqomah di jalan kebenaran. ^_^

"hanya perubahan yang mampu  membuka satu lembaran baru"

walaupun sikit, harap bermanfaat ;)



 قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

(Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

[asy-Syams : 9]

selamat memperbaiki Iman dan Amal!

wallahu'alam ^_^



10 Oktober 2012

bicara qolbun (part 2)

assalamu'alaikum..alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menitipkan sesuatu dalam diary maya ini ^_^
sebenarnya bukan mudah untuk mencatat sesuatu di sini...tapi dikuatkan juga hati dipaksakan juga diri..sekadar untuk perkongsian...perancangan ana, hari-hari ana akan update Bicara Qolbun ni..but, sebaik-baik perancang adalah DIA..kan... ^_^

btw, im try my best ya calon-calon syurga sekalian...

teringat pesan sorang adik kesayangan ''kak, hikmah tu adalah barang orang mukmin yang tercicir"

nah, kali ini, topiknya, MENCARI BARANG YANG TERCICIR.

mesti antum dah selalu dengar "setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" kan kan kan...TAPI pernahkah antum cuba mencari apa SEBENARNYA HIKMAH di sebalik kejadian...bak kata kekasih hati ana yang berada di bumi bayu...

"ukhti, hikmah tu perlu dicari.bukan dinanti sahaja."

remind tu sahabat-sahabat CARI.bukan DINANTI.

cuba imbas kembali apa yang telah berlaku dalam sehari ini kepada diri antum...ada x peristiwa atau kejadian yang membuatkan antum berasa marah...sedih..geram...atau yang sama waktu dengannya???

if ada, cuba cari hikmahnya...pasti ada....contohnya, kalau antum berasa marah pada seseorang, itu tandanya ALLAH sedang mengajar antum untuk lebih bersabar dengan ujian.

hikmahnya = TAHAP KESABARAN BERTAMBAH.

seee... ^__^ ada.pasti ada. YAKINLAH, SETIAP APA YANG TERJADI DALAM HIDUP KITA SUDAH DITAKDIRKAN DAN TELAH DITULISKAN DALAM DIARY LOH MAHFUZ tau...MUNGKIN TIDAK BAIK PADA PANDANGAN KITA TAPI ITULAH YANG TERBAIK SEBENARNYA...lalu...siapakah yang LEBIH MENGETAHUI MELAINKAN TUHAN YANG MENCIPTAKAN....so, never deny ok ^_^. terima..dan belajar terima dengan hati yang terbuka...

".......boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu
, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk
bagimu ; ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui "
(terjemahan surah Al-baqarah ayat 216)


wallahu'alam bissawab :)


24 September 2012

bicara Qolbun( part1)

salam'alaykum...allahuakbar..lama benar tidak mencatat di sini..lama tiada khabar..lama menyepi...entahlahkan kenapa tiap kali jemari membuka blog ni,masa tu juga all d idea pergi begitu sahaja..paling tidak pun berterabur diminda..agak sukar untuk diuraikan satu persatu...alhamdulillah malam ini Allah memberi peluang kepada diri atau lebih tepat hamba yang hina ini untuk bercerita
(= =')erk?yalah dilayan jak lah kan... ^__^
setelah berbulan-bulan ana tinggalkan teratak ini...seakan sudah tidak tahu bagaimana hendak menulis...emm..ok lah..menulis dari hati ya..insyaALLAH..kalau ada yang boleh diambil iktibar, ambillah ar..lau ada yang terselit tidak baik tu,tegurlah ya..jangan biarkan yang salah tetap bersalah tanpa pengetahuannya..sebab nanti kita akan dipersoalkan..allah...takuuuut...ya, takut bertemu dengan NYA dalam keadaan yang su'ul khatimah...na'udzubillahiminzallik...maaf ya..ana tidak pandai bermadah dan menyusun ayat macam sahabiah-sahabiah ana...ana tulis apa yang terlintas sahaja..itupun semua dengan izin NYA....

pertama, ana ingin meminta jasa baik antum untuk sedekahkan al-fatiha kepada armarhuma nenek ana yang sangat disayangi...(alfatiha) Allah lebih mneyayangi dia...pada cuti kemerdekaan yang lepas, sekembalinya ana dari bercuti semester, ana telah ikut sahabat-sahabat ana berprogram ke bumi Terengganu...masa hari pertama berada di sana, degupan jantung ana berdegup sangat3 laju..ana resah..tapi ana diamkan...sampailah keesokan harinya..semasa ustaz tengah berceramah di hadapan, mama ana menelefon ana...masa tu jantung berdegup lebih hebat dari biasa..Allah...ana cuba tenangkan hati sendiri dengan selawat dan istighfar...
"assalamu'alaikum..along..along di mana sekarang.." mama ana bertanya.
"wa'alaikumussalam mama..di sini juga..kenapa...ada apa" ana cuba berlagak macam biasa.dalam hati DIA sahaja yang tahu..
"harap along bersabar ya..nenek sudah tiada.." bergetar suara ibu menahab tangisannya..
ana terdiam sebentar...
"along..." mama ditalian masih menanti balasan dari ana..
"iya..ma...innalillahiwainnailaihiroji'uun..bila lagi" cuba menahan sebak.
"pagi tadi..semalam abah balik, nenek masih duduk lagi..lepas tu pagi tadi masa angah hantarkan buburnya..dia sudah tiada..masih panas lagi badannya..tidak sempat dia sarapan.."kedengaran mama cuba mengawal perasaan dan tangisannya...
ana hanya diam.."owh..." hanya itu yang mampu diucapkan ketika itu..terkejut  + terkilan.
"along baik-baik seja di sana ya..doakan seja arwah nenek..jangan lupa mengaji untuk dia" itu pesan mama yang terakhir sebelum talian diputuskan...
ana???
disebalik kain kecil itu..ada manik-manik halus yang mengalir lembut...sahabiah disisi hairan melihat...
"awak kenape"
ana hanya tersenyum sambil menyeka manik-manik halus yang membasahi kain kecil di wajah..
"tiada..nenek ana baru sahaja meninggal...tolong sedekahkan alfatiha ye"
ana duduk...dalam pada masa yang sama, ceramah ustaz sudah menuju ke pengakhirnya..tetiba kedengaran lagu pasal kematian...tidak semena2 air mata menitis lagi untuk kesekian kalinya..
"awak...sabar ye.."
"insyaALLAH..syukran.."
masih teringat hangatnya pelukan nenek masa ana balik kampus..dan itu adalah pertemuan terakhir sebelum dia nenek menghembuskan nafasnya yang trakhir tanpa sesiapa disisinya..tanpa sesiapa yang mengajarnya syahadah..membacakan yaassin untuknya...allahuakbar...tempatkanlah nenek dalam kalangan hamba MU yang beriman dan Engkau cintai....
selalunya bila ana balik, dia akan tunggu depan biliknya..."nong, sudah kau balik..andu bah" sambil ana menyalami dan memeluknya...allahuakbar...sampai bila-bila pun rindu ini akan ada untuknya...rindu dia...
berkali ana bagitahu sang hati..sudah...jangan bersedih..janji Allah itu pasti..yang hidup pasti menemui mati...kadangkala bila teringat arwah, akan ada manik-manik halus yang mengiringi...
erm..mohon doanya ya sahabat2...





hmmm...baru mau mengarang panjang2..tapi mata berat sudah.. ( sebenarnya mau ulangkaji pergerakan untuk amali esok  = =" )
oklah..setakat ini untuk entry kali ini ya...insyaALLAH nanti ana ceritalah lagi ya...
mohon doanya untuk ana juga tau :)