Assalamu'alaikum WBT

14 Februari 2012

Semester Break 2011

Assalamu’alaikum…..
Salam ukhuwah seluas mahabbah dan salam sayang saudara seakidah…

Alhamdulillah hari ini merupakan hari kepulangan ana ke bumi kelahiran yang menjadi saksi kesusahan dan kepayahan ana dan para sahabiah berjuang membawa Islam yang Ghurabah ke dalam family kami..walaupun lahir dalam Islam, namun itu hanya atas nama Islam…seperti yang ana ceritakan di dalam entri-entri ana sebelum ini…..
Semalam, ana seharian keluar bersama adik Najmi, adik Asiah…dan insan itu…untuk membincangkan suatu perkara….alhamdulillah keputusan telah dibuat..hanya menanti perancangan Allah yang Maha Hebat….insyaAllah…

Dari asrama ke LCCT ana bersama adik-adik junior (adik Dayang dan adik Sarmi) serta adik kesayangan ana, adik Nisa’…hujan turun dengan lebatnya…rahmat dari Yang Esa…dan kami agak terlewat sedikit dari perancangan kami..tapi bukan masalah yang besar…sebab masih ada waktu untuk solat dan beratur untuk bagasi seterusnya ke bilik pelepasan….

Semasa dalam perjalanan, ana bertanya kepada cermin-cermin ajaib ana tentang solat jamak dan qasar…

“salam…kalau dah solat zohor,bolehkah kita jamak kan asar kedalam solat zohor?”
Bestfriend Yati : “ boleh sekiranya dah diniatkan”
Bestfriend Sue : “em..bukan mesti berurutan kah tu..maaf saya tidak pasti”
Bestfriend Bb : “boleh”
 jawapannya ialah......

 “tidak jamak sudah macam tu..qasar jak”



Ana memberanikan diri dengan memakai kain kecil di wajah..alhamdulillah…masih diberi kekuatan dan keinginan untuk itu…sesampai di airport Kuala Lumpur,semasa dalam perjalanan ke surau, tidak ada lagi yang berani mengganggu ana seperti sebelum ini..syukran ya Rabb…mungkin agak Ghuraba..sebab tidak ramai yang memakainya di sana…

Rupanya , banyak ujian yang disiapkan untuk ana oleh NYA…subhanallah…tapi dalam masa yang sama, banyak juga urusan yang dipermudahkan…
Ana tidak perlu di scan 1 badan…tapi satu kelucuan masa scan beg yang ana bawa naik ke atas kapal..ada satu besi panjang yang dikesan..hihihi..so, ana kena tahan sekejap…pipi merah pun tidak nampak…malu…huhuhu..pastu, ana pun mengeluarkan beberapa barang…and lastly miss tu scan balik beg ana..dan….akhirnya dapat dikesan apakah besi itu…hehehe….Pemicit jerawat ana…hehehehe..malu…ana tergelak …masa tu ana ada 12 minit lagi untuk berlepas…
Selepas tu ana bergerak ke P10 untuk penerbangan AK5114 ke Kota Kinabalu…ligat juga mencari tempat duduk..akhirnya, ana terlihat ada dua kerusi kosong berhadapan dengan sepasang suami isteri veteran..sweet jak ana tengok..ana senyum ngan makcik tu..upps lupa, dia tak nampak pun..and, ana hanya kecilkan mata dan angguk.. ^____^
Alhamdulillah..makcik tu senyum…semasa beratur untuk ke kapal, sempat juga  ana berbual dengan makcik tu…
Ana : “balik mana makcik?”
Makcik : “ kota kinabalu..adik?”
Ana : “kota marudu..”
Makck tu murah dengan senyuman….subhanallah….
Dan semasa beratur tu lah juga ana terpandang..seorang yang Ghuraba seperti ana….wanita Sabah yang berpurdah…subhanallah..ana tidak keseorangan dalam flight ni…dan dia duduk di belakang ana…Alhamdulillah ana duduk bersama pelancong dari Semenanjung yang datang untuk melawat Sabah… asal, study mana, umur dan ect. Sempat ditanya..nama tidak..heee..lucu..peramah akak2 tu…ana seperti usually ana tidur sepanjang penerbangan….
O____O
Ujian bukan hanya di LCCt tapi KKIA…ketika beratur untuk cek imegresen,ana terserempak lagi wanita tu..juga sedang berbaris..bila sampai gilirannya, ana melihat pegawai tu membawanya ke pejabat…ana faham..mesti dia mau melihat wajah…ya Allah nervous dalam dada ni…ana membaca ayat kursi dan selawat berkali-kali minta dipermudahkan…sampai giliran ana, pegawai tu meminta ana membuka sedikit sahaja kain kecil tu…alhamdulillah….
Selepas tu, ana bergerak untuk mengambil bagasi…masyaAllah..ana terkejut..rupa-rupanya orang luar boleh melihat kita…ya Allah dalam hati ana berdoa..janganlah ayah ana meihat ana..ana hanya membelakangi pintu keluar tu….
Tiba-tiba bahu ana disentuh seseorang…subhanallah wanita itu….namanya Azah..ana hanya memperkenalkan diri sebagai Iman…rupanya Azah ngan ana seumur…orang papar..bangsa brunei…subhanallah indah aturan Allah…sempat lagi berukhuwah walaupun masa begitu mencemburui kami…kami bersama-sama ke toilet untuk membuka kain kecil di wajah..sebabnya family kami masih belum dapat menerima orang berpurdah….
Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon…dan kami berpisah saat ana berjumpa dengan ayah ana….satu pelukan kejap untuk sahabat baru itu…ana akan menunggu mesej darinya sebab ana tidak sempat ambil nombornya….
Alhamdulillah ayah tidak memberikan sebarang respon yang negatif..maknanya dia tidak melihat ana…ana takut ana akan dihalang terus dari memakainya…doakan semoga dipermudahkan..
Bak kata Azah : “’semoga kita cepat-cepat dapat jodoh..senanglah pakai”
Kami tergelak sama-sama..dalam hati ana mengaminkan…..itulah juga salah satu impian ana….
insyaALLAH….
Hmm…sekian saja perkhabaran untuk hari ini..hihi..

“Islam itu datang sebagai asing dan pergi sebagai asing. Jangan takut untuk kelihatan asing di mata manusia tapi takutlah jika kelihatan asing pada pandangan Allah”

Salam muhasabah ^__^

02 Februari 2012

Resah bertandang

kita sebenarnya hidup untuk mati. Allah memberi pinjam nyawa sebagai wasilah untuk mencari kebahagiaan abadi...kadang kala manusia terlalu sombong dengan Penciptanya. saat tertawa gembira, kita selalu lupa untuk mengucapakan hamdalah..saat resah gelisah, mudah sahaja melatah. 

Quotes for the day.

sudah lama biarkan blog berhabuk tak terusik. entah mengapa sejak kebelakangan ini hati dan perasaan mudah sahaja terusik....mudah tersentuh....air mata mudah sahaja mengalir....rapuhnya hati terasa...beratnya ujian terasa...seakan susah untuk bernafas....
mak....hati along sakit......along nak jumpa mak....
abah....pahlawan abah hampir tewas bertarung dengan hidup ini...tolong abah...
adik2 along....maaf tidak menjadi qudwah hasanah untuk kalian.....


kematian....ya....sedang memburu...dalam setiap langkah.....terasa diri akan pergi bila2 masa..namun tiada persediaan langsung yang dilakukan untuk menghadapinya....

sahabat...maaf sangat2 tidak dapat menjadi sahabat yang baik untuk kalian....maaf sepanjang perkenalan kita ana selalu menyakitkan hati kalian....mengguris  perasaan...tapi sahabat....ketahuilah betapa berharganya kalian di hati ini.....ingatilah ana dalam seberkas memori yang telah kita rakam sepanjang bergelar sahabat...ana uhibbukumfillah.....


09 Januari 2012

Bingung T____T

sekadar luahan.....

i dont know what to say...everything comes arround...sad...happy...lazy....depress...stresss...gloomy....excited.....sleepy....

ya Allah ujian baru sedikit tapi hati mula nak terhuyung-hayang.....
nak kahwin ke??
masya Allah..kenapa itu yang mesti difikir selalu....haish....umur dah 22....tapi perangai masih cam kanak-kanak Ribena....huhuhu....

malam ni ana ngan rumate tersayang..mempunyai satu mood yang sama....

"no feeling"
"feelingless"
 blurrrr.....
do know what to say anymore......

07 Januari 2012

IFC


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia! Injil telah dicetak & diedar. IFC (Inter Faith Commission) buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama.
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Tengoklah sajalah akidah muda mudi disekeliling kita. Kes tutup aurat, seks bebas, buang bayi, hisap dadah, minum minuman keras dan berbagai-bagai lagi.
Patutlah ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu murtad ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
IFC minta apa dekat PM kita??
Mereka hantar memorandum kepada PM meminta 14 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
  1. Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun. Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, mereka nak ikut ugama apa?…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
  2. Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama. Maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, mereka minta dihapuskan.
  3. Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
  4. Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
  5. Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
  6. Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
  7. Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain. Mahkamah syariah kalau takde, habis lah kita. Walaupun sekarang ini bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak hendak dirujuk dimahkamah sivil. Kalau dah takde mahkamah syariah, maknanya perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar seperti yang dilakukan oleh orang bukan islam sekarang nie.
  8. Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
  9. Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
  10. Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
  11. Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
  12. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  13. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Mereka kata dekat Mufti Perak; “Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”
Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim’ katanya; “Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!” Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Bukalah mata hati kita tatkala mata ditutupi debu dunia

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.



Ya ALLAH, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian... Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-MU, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-MU mnuju hidayah-MU!♥♥


~dari sahabat untuk sahabat~

12 Disember 2011

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertobat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyanyang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

07 Disember 2011

Post FB ^__^

Allah Maha Melihat...Allah Maha Mengetahui...Dia Maha Memahami...patah remuknya hati..Dia Maha Mengubati...biarlah manusia terusan mengejekmu...biarlah manusia terusan merendahkanmu..DIAM...dihadapan mereka itu lebih baik..Tapi MENGADULAH kepadaNYA..Dia Maha Mendengar........




kadangkala, kita rasa suatu keputusan itu adalah pilihan terbaik kita.Tapi manusia lain melihatnya sebagai yang sebaliknya.Fikir dan uzlahkan diri dengan taqarrublillah. Buatlah pilihan dengan suluhan istikharah. Jika Allah melapangkan dadamu terhadap pilihan itu, bertawakallah memilihnya walaupun manusia lain mengatakan pilihanmu itu adalah salah. Yakinlah, baik buruknya pilihan mu itu, pasti ada hikmahnya...








sekuntum bunga tumbuh mekar di taman larangan...seekor kumbang berkeliaran mencari sang bunga yang menawan hatinya untuk berkongsi ceritera di sepanjang perjalanan....saat melewati taman tersebut, sang kumbang tertarik kepada sekuntum mawar putih yang kembang mengharum...tapi sayang sang kumbang tidak punya keyakinan untuk mendekati asbab dirinya yang serba kekurangan...padahal sang mawar tadi menanti penuh sabar kedatangan sang kumbang tadi. walaupun sang kumbang tidak hebat seperti kumbang yang lain,tapi bagi sang mawar kesederhanaan sang kumbang itu yang penting










diamku tidak bermakna aku tidak mengetahui apa-apa...petahku dalam berbicara tidak bermakna aku tahu segalanya~










‎"aku mengharapkan seseorang berada di sisi , memujukku agar jangan bersedih & memberi kata kata semangat saat aku jatuh. akhirnya dengan kuasa dan takdir iLlahi , aku terpandang sebuah tafsir al quran di meja dan semua hajatku terjawab ~ Alhamdulillah. dengan setiap kalimah suci itu berjaya memujuk qalbi ini Alhamdulillah Dia sentiasa ada bersama diri ini :)








berhadapan dengan kehidupan ini menyedarkan ana tentang sesuatu...
kita tidak akan mampu mengubah takdir yang telah ditetapkan untuk kita..tapi kita boleh mengubah diri kita untuk menerimanya ♥ ♥ ♥ .....pesan pada hati..berjalanlah dengan penuh kehambaan dan ketaqwaan...redhalah apa jua yang ditakdirkan..











tegaklah pejuang menghadapi mehnah dan tribulasi arus pemodenasisai dan software2 yahudi yang menyebabkan indeks keruntuhan moral kian meningkat dan meruncing...wahai para jiwa yang beriman dengan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH! tanggungjawab tergalas di bahu kita...bring ISLAM back!!!!








Kita banyak hentam jemaah tu, jemaah ni. Ada yang condemn jemaah tabligh. Cuba tanya diri kita, jemaah tabligh sanggup korbankan diri , waktu cuti sanggup habiskan masa untuk ajak orang kepada kebaikan, sanggup dimaki hamun, tapi kita pula hanya duduk atas kerusi main fb! paling kurang pun, kita hanya sampaikan mesej kebaikan. Cuba kita renung, yang mana satu pengorbanannya lebih besar?? usah bergaduh! setiap orang di antara kita harus bergerak mentarbiyah masyarakat untuk memahami Islam!










Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(an Nur :41)
sebab itu kita tenang apabila melihat laut...melihat alam....berjalan, melihat dan mentafsir..pasti ada jawapan disetiap persoalan ^__^











Ujian atau masalah itu sebenarnya adalah penilai bagi iman kita. Jika kita benar-benar redha dan pasrah dengan aturan Allah, kita hanya akan tersenyum dan menerima apa sahaja yang Allah aturkan pada kita.
ujian juga adalah tarbiah untuk membentuk diri kita menjadi mukmin cemerlang..insyaALLAH ^___^











Tadahkanlah tanganmu, munajat kepadaNYA.
Jangan sesekali kau angkat wajahmu dari zuhud.
Jangan paling hatimu dari tawadhu.
Bertaqwalah sebenar-benar taqwa.
Hanya ALLAH matlamat utama.
Put your trust in ALLAH ma dear ^_^











Seandainya ada lintasan di hati kamu untuk berhijrah daripada jiwa yang lalai serta leka kepada jiwa yang semakin mencintai-Nya, maka bersegeralah melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan yang benar dari-Nya.
Taufiq serta nur hidayah dari-Nya bukan sebegitu mudah untuk menjadi milik semua orang, dan ia juga bukan milik orang yang tidak tersedia.











wahai diri ini~
Tarbiah dan hidayah Allah itu datang dengan bermacam cara...berjalanlah..lihatlah...fikirlah....betapa DIA sayangkan kamu~









aku belajar menjadi insan redha...
dalam mengharungi ujian yang tiba.
aku cuba menjadi bahagia,
walau hati sarat penuh duka.
kerana aku tahu ada cintaNya.... bersama ujian yang sedang ku rasa.~~











‎"we are the officier of ALLAH"
remember that. mahu atau tidak, that is the fact. hidup sebagai hamba dan khalifah. Try our best to bring Islam back. Islam itu tinggi. Islam adalah segala-galanya. Get connected to Allah. always.n always. Put trust in HIM.











walaupun berat sehingga kaki kadang-kadang terasa berat untuk melangkah meneruskan sebuah kembara sang hamba...namun, perjalanan ini tetap akan diteruskan demi sebuah amanah dari Sang Pencipta.....bukan mudah....tapi hanya itu caranya....terkorban??? perkara biasa...sebab berjuang memang satu pengorbanan.....semoga jiwa2 yang cintakan syahid di jalan NYA diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam










Terimalah seseorang itu sebagai teman mahupun pasangan dengan seadanya. Jangan terlalu melihat pada kesempurnaannya dalam membuat pilihan di jiwa, kerana bimbang seandainya terlalu bergantung pada kesempurnaannya, kelak jika diri mengetahui kekurangannya, jiwa tidak mampu lagi menerimanya. Terimalah seikhlas hati dalam membina ukhwah sesama saudara, kerana kita semua tidaklah sempurna..
(Kiriman dari seorang sahabat untuk sahabat)











wahai muslimah perindu syurga, selagi iman bersemayam di dalam hati,lalu dirimu mengamalkan agamamu,yg ketika itu semua manusia merasa bangga dgn tradisi & meniru bngsa lain,maka org yg sesat tdk akn mampu menimpa mudarat kpdmu. Pakaian yg kamu kenakan adalah yg terbaik.Biarkan mrk mempersedakanmu, biarklanlah mrk mentertawakan dirimu.Sudah byk kebatilan yg mengolok-olokan kebenaran.Nabi Musa as pnh diolok-olokan Firaun dan Nabi Muhammad SAW pnh diolok-olok org Jahiliah Arab.TAPI kebenaran tak pnh boleh diusik wlupun sdikit dan akhirnya kemenangan brpihak pd yg benar.Insya ALLAH












someone told me a few hours a go....
: kawal facebooking tu...dunia ni sementara sahaja...akan effect hingga meresap ke hati..:
ana berfikir...ya memang benar... hati mesti dijaga...walaupun pandangan manusia selalu menipu, namun pandangan ALLAH tetap terus ke hati...rujuk surah al-mulk ayat 13...xkan ada yang dapat disembunyikan dari pandangan ALLAH....astagfirullah.....
muhasabah diri kembali...kepada insan itu, ana mendoakan yang terbaik kamu..semoga ALLAH melindungi kamu sentiasa.....











Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla








apabila kita cedera dan terluka, iodine adalah ubatnya..tapi bila hati cedera dan terluka hanya ALLAH penawar resah......bila hati tu dah parah...bermohonlah untuk mintak hati yang baru...hati yang bersih.....insyaALLAH












Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita...












Jika Allah yang ketemukan kita maka Allah SWT juga boleh pisahkan kita, maka kalau itu mahunya Allah SWT, mana mungkin kita menentangnya. Kalau mahunya Allah SWT, kita bersama mana ada kuasa yang mampu memisahkannya. Oleh itu tingkatkan penyerahan kepada Allah sebagai penentu kehidupan kita. Bukan pilihan mahunya kita semata-mata








Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi diri-diri mereka. Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang..












seorang mujahidah harus kuat hatinya..teguh pendiriannya..tegas tutur bicaranya..sopan perlakuannya..terkawal tingkah lakunya....
hatinya penuh dengan cinta kepada Rabbnya..jiwanya penuh dengan kasih sayang terhadap saudaranya....
siangnya dihabiskan dengan menyebarkan syiar agamaNYA..malamnya dihiasi dengan tangisan taubat...
lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah...bibirnya sentiasa memujiNYA...
setiap helaan nafasnya mengalir partikel-partikel jihad..setiap denyut nadinya bertakbir memuji Tuhannya...
tangan dan kakinya sentias menyeru manusia amar makruf dan nahi mungkar.....
jiwa raga adalah milik Penciptanya...
dia tidak akan sekali-kali berundur dari jalan yang penuh pancaroba ini sekalipun dirinya terkorban..kerana dia berjuang untuk berkorban















kepada muslimah itu...fesyen..fesyen jugak..tapi syariat jangan lupa....no ketat! no jarang! no legging! no over make-up! no singkat2 ye! sedangkan ketika mati pun aib kita dijaga inikan pula ketika masih hidup. aurat tu kan aib kita. jangan nak wat show ye...yang tertutup itu indah. xcaya????? cuba tanya kaum adam, perempuan macam mana yang mereka inginkan????? adakah yang selalu terdedah??atau yang terjaga????ha..kaum adam, silalah jawab.........












Kepada diriku
“dirimu adalah asrar yang berharga. Jangan terpedaya oleh kesenangan yang syaitan berikan dimatamu saat ini. mohonlah perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya hanya DIA yang berkuasa ke atas sesuatu.yakinlah. wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Untuk mendapatkan yang soleh, jadilah solehah terlebih dahulu.”











to be continue ^__^