Assalamu'alaikum WBT

Memaparkan catatan dengan label Kata Hati Ana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Hati Ana. Papar semua catatan

01 Oktober 2011

Masih ada yang sedar ^__^

Assalamu'alaikum.....salam secsuci embun pagi...salam selembut hembusan bayu....apa khabar iman di dada...apa khabar hati.....

semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sentiasa dekat dengan Penciptanya. InsyaALLAH.
alhamdulillah terfikir untuk berkongsi sesuatu. Sebenarnya, semalam lagi dah terfikir mahu menulis di teratak ini...tapi ana sakit magrain. Alhamdulillah setelah bangun pagi ni, sakit tu dah hilang.

Perkongsiannya begini...

semalam ana dan rumate tersayang keluar ke jalan TAR untuk mencari barang hiasan bilik sebab kolej kediaman akan mengadakan " Kediaman Terbuka". Sepanjang perjalanan pergi dan balik, banyak ibrah yang ana dapat. Alhamdulillah.
Semalam, manusia crowded sangat. Pengajaran yang pertama, elakkan keluar pada hujung minggu. terutama sekali bagi wanita. Ini kerana, keadaan yang sesak melibatkan percampuran wanita dan lelaki.
Ketika berjalan2 meredah manusia yang ramai, tekak terasa dahaga dan perut telah menyanyi lagu AMUK. huhuhu. Dengan cepat ana menarik rumate ke gerai yang menjual makanan dan air. Jalan punya jalan, ana terlihat satu gerai yang menjual favourite food ana.
Laksa Utara! Alhamdulillah. Ana singgah dan membeli satu tapperware. Yang menariknya, tuan empunya gerai itu sedar akan kewajipan melarang persentuhan antara lelaki dan wanita...cuba teka apa yang dia lakukan untuk mengelakkan persentuhan semasa proses bayaran berlaku???
Dia telah melapikkan tangannya dengan plastik. So, dapatlah elak dari bersentuhan kan.. alhamdulillah. ada juga dalam kalangan peniaga yang masih menitik beratkan itu semua. Apa yang ana lihat peniaga ISLAM pada masa kini tidak lagi menerapkan unsur2 syariat islamiyyah ketika berniaga. Antaranya ialah pemakaian semasa berniaga.




Sedih ana melihat saudara2 ana. Ana hanya mampu membenci kemungkaran itu dengan hati. T__T.
Selain itu, ada juga peniaga yang sengaja mahu main2kan pelanggan. Terutama wanita. huhuhu. sempat2 lagi berkenalan dan bagi mereka yang sudah "biasa" . layan jaklah. Jangan wahai muslimah ana sekalian. Bimbang mengundang kemudharatan kepada antum dan mereka. Ingatlah pesan ALLAH SWT : '



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur : 30-31)

bukan itu sahaja, terdapat juga peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan. MasyaAllah. Kasihan kepada mereka yang tidak mampu. Air mata ini mudah sahaja menitis tatkala melihat anak kecil yang merengek minta dibelikan makanan yang tidak mampu diberikan oleh orang tuanya.

Inilah ironi dunia masa kini..yang berkuasa terus berkuasa yang tertindas terus tertindas. Innalillah...

semalam semasa menunggu LRT 
kami terserempak dengan sekumpulan muslimah yang berpurdah..subhanallah..satu pujian kepada NYA.

tapi sayangnya...yang wajib ditutupi masih terdedah...sepatutnya, soal aurat merupakan pokok utama sebelum mengenakan purdah. Tutuplah dengan sempurna dahulu. Itu lebih penting.^__^
 Inilah antara ibrah yang ana perolehi semalam. Alhamdulillah.

Maaflah, ana tidak pandai menulis seperti blogger yang lain ^__^


janganlah lihat kepada ana yang menyampaikan...memang banyak kekurangannya..tapi apa yang baik dalam penyampaian ana, terimalah....semoga mendapat kebiakan bersama di duia dan akhirat. InsyaALLAH.


25 September 2011

Ansarullah

meniti sebuah perjalanan dalam segaris cabang kehidupan telah mengajar ana tentang banyak perkara..
semuanya telah mengejutkan ana dari lena yang panjang...jika sebelum ini ana berasa selesa di zon selamat, sekarang tidak lagi....
malu..dengan Allah...takut akan azab NYA...
sekian lama ana mencari jawapan kepada sebuah  persoalan..bagaimana caranya untuk ana menjadi biji benih yang subur... walaupun dicampak ke lautan tetap menjadi pulau....

di mana erti hidup yang sebenar...berapa banyak masa yang telah ana sia2kan...ya ALLAH, rasa rugi sangat2 dalam hati ini.....mana mungkin ana dapat menebus masa silam ana...
tapi ana tetap yakini ini "Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia".

saat diri ini teraba dalam kepekatan debu dunia, ALLAH telah mengurniakan ana sahabat2 yang banyak mengislah dan mentarbiah ana....alhamdulillah....

hati yang gersang kini mula terisi dengan cinta dan kasih sayang NYA...

hidup dalam perjuangan!!!!

ana memilih untuk meneruskan apa yang telah ana tinggalkan....

ana ingin syahid di jalan NYA.....

seorang mujahidah harus kuat hatinya..teguh pendiriannya..tegas tutur bicaranya..sopan perlakuannya..terkawal tingkah lakunya....
hatinya penuh dengan cinta kepada Rabbnya..jiwanya penuh dengan kasih sayang terhadap saudaranya....
siangnya dihabiskan dengan menyebarkan syiar agamaNYA..malamnya dihiasi dengan tangisan taubat...
lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah...bibirnya sentiasa memujiNYA...
setiap helaan nafasnya mengalir partikel-partikel jihad..setiap denyut nadinya bertakbir memuji Tuhannya...
tangan dan kakinya sentias menyeru manusia amar makruf dan nahi mungkar.....
jiwa raga adalah milik Penciptanya...
dia tidak akan sekali-kali berundur dari jalan yang penuh pancaroba ini sekalipun dirinya terkorban..kerana dia berjuang untuk berkorban!
takbir!!!!!

ALLAHUAKBAR!

biah solehah walau dimana ana berada....insyaALLAH...ana akan cuba menggapainya.

Islam itu berada di tempat yang tertinggi. ana tidak ingin Islam jatuh dan lemah disebabkan ana.

Ansarullah!!! bertebaranlah di muka bumi ini dengan rendah hati..sebarkan dakwah...ingatlah, ketika antum menolong agama Allah, Dia juga akan menolong antum.

Islam is a best way of LIfe!!!

untuk peringatan bersama~




mujahidah ansarullah~

21 September 2011

sekadar cerita...

salam...bertemu kembali diruangan ana :)

hari ni...ana mau cerita apa ar....emm....
semalam, saat jari jemari ana bermain tasbih cinta, ana menerima satu panggilan. ana membuka mata dan melihat nombor yang tertera di skrin telefon ana. Em...rupanya 'dia'..nak sambut or tidak..ana lupa silentkan phone. kesian roomate ana da tido. nak xnak, ana sambut.


Ana hairan..xpernah 'dia' call ana..hmmm....adapun masa birthday ana..peliknya dia!
perasaan ana??.. ^____^ alhamdulillah.. dah NEUTRAL. ana hanya menganggap dia sebagai saudara seakidah dan sefikrah. ana dah tetapkan hati dengan ijtihad ana sendiri dan akan terus istiqamah di jalan mujahadah ini hinggalah di suatu hari yang pasti. insyaALLAH!
Biiznillah ^_____^

virus merah jambu??? alhamdulillah sikit demi sedikit dah di cure kn . bukan mau cakap besar...tapi, itulah yang ana rasa saat ini.. berkat kasih sayang ALLAH jugalah ana semakin kuat dan sabar melayani segala tribulasi dan mehnah hati...

insyaALLAH innallaha maana!!!

( Ya ALLAH, jagalah cinta di hati ini untuk MU. Janganlah ENGKAU biarkan hamba MU ini terkapai-kapai mencari sesuatu yang tidak pasti)

ameen!

itu cerita semalam  ^^, hari ni lagi best..hahahaha.


nilah yang ana buat hari ni dengan kelas pj...sandi kan...hehehehe...
mula2 nak naik tu..lucu sangat..sapa kata orng tudung labuh tak leh naik??
sapa kata muslimah tu lembik??
boleh jak..yakin dengn diri anda......
apapun, tidak terkta perasaannya..first time naik bendalah tu...dahlah ana gayat...adeyh....
alhamdulillah dipermudahkan...lepas ni..ada banyak lagi kerja yang menanti ana....
bestnya banyak kerja :)..

ka lah..dah banyak ana melalut...huhuhuhu..ngantuk sudah ni...(campur2 dah bahasa)

tusbihu'alakhair ^__^
rindu kamu...bb....sue..yati..lar...adik maria..adik asiah...kak aznie..kak mesyi.....sahabiah2..adik2.....

semoga ALLAH memberkati antum semua..insyaALLAH.

22 Ogos 2011

Rasa Hati Ana

alhamdulillah setelah sekian lama ana menyepi dengan kata nasihat dan madah dakwah ana...hari ini...ana kembali membawa sedikit perkongsian dan mudah-mudahan mendapat ibrahnya...insyaALLAH...

agak lama juga ana mendiamkan diri..berperang dengan perasaan sendiri...entahlah..mengapa kali ini ana seakan tidak mampu menghadapi gelojak hati ini...
virus...ya virus nikah semakin lekat di hati ana..satu kerisauan melanda saat resah mula bertandang dalam sepi jiwa meruntun rasa....

dalam keriuhan ana tetap rasa terasing....

Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)-nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas” (H.R. At-Turmidzi)




Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan) (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah).




Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah. Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya” (HR. Bukhori-Muslim)




sebenarnya ada banyak lagi  hadis yang menerangkan faedah pernikahan atau perkahwinan..dan asbab ini jugaklah semakin kuat rasa tu melekat dalam hati ana..hmmm..berdosakah ana?


ana ingin mencintai dia secara halal...mencintai dan berbakti dengan sang suami...ana ingin menjadi isteri solehah kepada sang suami dan ibu mithali kepada anak2 ana kelak...




“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49).


ramai yang mengatakan nikah tu tak mudah..tapi bagi ana, manusia yang menyusahkannya..takut rezeki tak ada, Allah dah janji dalam kitabNYA ;




Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik (Qs. An Nahl (16) : 72).






tidak bersedia..? sampai bila mau tunggu bersedia kalau fobia terhadap perkahwinan.....




rugi bagi mereka yang tidak bersetuju tentang nikah awal..sebab fadhilat sebuah perkahwinan tu banyak sangat..antaranya, pahala mereka yang berkahwin adalah dua kali ganda daripada yang belum berkahwin..lebih2 lagi ibu yang mengandung...ana sanggup mati untuk melahirkan anak ana...sebab insyaALLAH syahid...






"ya ALLAH kurniakanlah aku pasangan yang baik untukku, keluargaku dan agamaku...sesungguhnya aku bermohon pada MU...."



13 Ogos 2011

ya ALLAH bidiklah tepat dihatiku

Ramadhan...hatiku tetap begitu. seperti lalang ditiup angin. kenapa begitu..mengapa sukar untukku menjadi diriku yang dulu...fitnah hati..semakin membara...sepenuh hati aku bermujahadah..namun hasilnya tetap sama...
di mana ku letakkan  cinta ALLAH ? apakah mata hati dah tertutup dek dosa2 yang dilakukan?
astagfirullah..
muhasabah diri...
pasti ada yang xkena.....
hati ini seolah2 sudah tidak bernyawa..di manakah ****** yang dulu?
yang tegar melawab arus dunia.....cinta dan ajnabi...sudah sebati dalam diri...tapi kenapa masih tidak mampu ku melawan setiap rasa yang hadir.....
berharap tanpa usaha adalah sia2....tapi tiap kali aku mencuba, semakin besar ujian yang menimpa...ya ALLAH...bukan hendak mengeluh terhadap apa yang aku hadapi saat ini...aku cuma takut..takut seandainya tidak mampu bangkit semula.
aku ingin seperti mereka....kuat dan sabar menempuhnya....tarbiah...ya..tarbiah..aku perlukan tarbiah dari MU ya rabb...ya ALLAH pertemukanlah aku dengan insan2 yang hatinya penuh dengan cinta kepada MU agar rasa cintanya itu mengalir kepada diri ini...
ya Rabb...bidiklah tepat di hatiku dengan cinta MU..
aku merayu...
ramadhan kali ini...seakan tidak ku rasai nikmatnya.....astagfirullah....mengapa ini yang ku rasakan.....??
aku lemah....seakan xmampu untuk nberdiri dalam perjalanan ini....
ya ALLAH.....imanku bersuara lagi...tapi berapa kai lagi harus ku dustai hati dan mungkiri janji.....

09 Julai 2011

Ujian : Tabahkah aku

Assalamu'alaikum..sekian lama menyepi akhirnya ana kembali mencoret di sini...alhamdulillah masih diberi peluang untuk koreksi diri dan memperbaiki diri...

Ya ALLAH
saat diriku jauh dari MU
ENGKAU mendekatiku dengan ujian-ujian MU
alhamdulillah ENGKAU masih menyayangi diri yang hina ini....

Sebermulanya maktab di buka..( hari kuliah) ana turut sibuk kerana terlibat dengan Minggu Pendaftaran Pelajar Baru. melelahkan, tapi ana sangat berpuas hati...membantu adik-adik baru..
mengangkat barang, menunjukkan jalan dan macam-macam lagi...yang lagi best jumpa adik-adik sabah yang sefikrah...alhamdulillah.....

ana kembali ke Maktab dengan hati yang kosong..apa sebenarnya yang aku mahukan...mengapa mesti begitu sekali...mana semangat ana yang dulunya berkobar-kobar dengan panji-panji perjuangan...
Apa yang ana ada sekarang seperti sisa kemanisan iman yang pernah ana rasakan suatu masa dahulu..
Astagfirullah..........

kembali ke pangkal jalan!!!
cepat-cepat u-turn!

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;  [Al Baqarah: 128]

berapa kali lagi mesti ana dustai hati ini...
Rabbi.....
berilah hamba kekuatan dan petunjuk MU T___T

semuanya bermula dengan hati yang telah terhijab dengan dosa-dosa.. T____T
Astagfirullah..astagfirullah..astaghfirullah.......

Hari demi hari ujian bersilih ganti menghampiri diri..sampailah satu saat ana rasa sangat  "DOWN"
apabila purse ana hilang.....

apakah ini petunjuk sebenarnya ya RABB.....
aku semakin menjauh dari MU
semakin jauh dari diriku yang sebelum ini......
jarang sekali aku mensyukuri nikmat MU

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[Ar--Rahman : 16]

laaa ilahaa illallaah......
muhammadurrasulullah....

kembalilah wahai hati yang pernah menyerahkan segalanya kepada Penciptamu
ana dah penat dengan perasaan yang hadir...ana mahu menjaga hati...jaga hati..jaga hati...


kekuatan jiwa perlu dibentuk..hati perlu ditarbiah..nafsu perlu dididik...
ana ingin menjadi seperti mereka (para syuhada)
ana ingin menjadi hamba ALLAH yang baik...meninggalkan larangan NYA...
rasa kecewa..rasa sakit..rasa gembira semuanya adalah ujian yang akan mentarbiah kita...kita akan melalui semua proses itu  sama ada kita sedar ataupun tidak..sama ada kita bersyukur ataupun tidak...

TAWAKKAL + USAHA +DOA +TAWAKKAL

redha dengan setiap ketentuan NYA..yakinlah DIA tidak pernah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia .
ana yakin itu....
kembali kepada dua pegangan utama 

 Al-Quran dan AS-Sunnah

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [ Al-Israa' : 9]


Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [ Al-Israa' : 15]


kalau dulu setiap tutur kata dan perilaku terjaga dengan batas dakwah...malu untuk mengakuinya..tapi inilah hakikatnya ana bukan ana lagi....


ana inginkan diri ana yang dulu...penuh bersemangat menegakkan syiar Islam. 


Ya ALLAH...
bantulah hamba ini....



dimana ada kemahuan disitu ada jalan...kalau ana mahu, ana pasti boleh.

Bila bersandar pada makhluk NYA, tika terpisah rasa kehilangan
tika terasing rasa ditinggalkan
jiwa menderita gelisah sentiasa
Biar bersandar hanya pada Tuhan
merasai cukup hanya dengan NYA
ALLAH sentiasa di dalam jiwa
Biar terlihat tidak punya apa
tetapi hati kaya dengan rasa
rasa kasih dan cinta Ilahi
menjadi cahaya penyejuk jiwa......

Wallahu'alam bissawab ^_^


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[Asy- Shams : 7-10]



mulai saat ini ----> strive to mardhotillah!!!!!!
hayya bil jihad!!!!

******. u can do it!!!!

Put Trust In ALLAH!!!!!



24 Jun 2011

Fly on my heart

26/5/2011

Alhamdulillah hari ini ana akan membawa diri balik ke kampung halaman…..tuntutan study membawa diri ini jauh ke bumi kuala lumpur…Maktab Perguruan Ilmu 
Khas..di sanalah ceritera ana sebagai perantau bermula..

..Entah kenapa hati ini…sepatutnya gembira sebab akan balik menjengah family tercinta…tapi semenjak semalam ana dapati hati ini menjadi tidak keruan …resah....air mata mudah sahaja menitis..walaupun hal kecil...tapi bukan di hadapan sesiapa...hanya ana dan  ALLAH.

Jauh di dasar hati…ana bertanya kenapa….berulang-kali ana ajukan soalan yang sama kepada diri ana..namun jawapannya...hampa....ya ALLAH! hanya Dia yang tahu..
Semalam…saat2 membedah buku Bahasa Melayu dua, ana menerima satu mesej…

Sender : adik Lindsay
Message: salam…bila kakak terbang?

ana tersenyum sendiri membacanya…hati yang gelisah sedikit terhibur dengan mesej polos dari adik tu….nampak macam rapat, tapi ana baru kenal rapat dengan dia…heeee…walaupun junior, tidaklah serapat ini…sebab dulu lain sekarang lain…

Boleh pulak kan..hekhekhek….atteh…..

Alhamdulillah atas anugerah ini. Ana sangat bertuah dan bersyukur…betapa hati ini mendamba kasih sayang insan yang mencintai NYA…moga berkahnya menyinari hati ini….

LCCT…
Sejurus sampai…ana dengan lagak “tahu semua” meredah manusia yang crowded…hmmm…baki enam jam ana perlu menunggu…

Sabar…sabar…dan bersabarlah ******…. ^__~
Motivasi untuk diri sendiri amat penting!!!! Ingat tu kawan2….heeee (upin dan ipin)
Saat jari jemari ini menyusun kata…ana at musollah…lebih tenang menunggu di sini sebelum melangkahkan kaki ke bilik pelepasan…harap-haraplah dipermudahkan nanti…takut jugaklah bagasi terlebih berat..sebab…..
 “I have no money”
^_______^ sadis kan…bajet jak banyak duit sekarang….atteh…

“Ya Allah permudahkanlah perjalanan ku pada hari ini dan malam ini…permudahkanlah urusan solatku…bukakanlah pintu hati mak ayahku menerima seruan azan untuk sama2 beribadah kepada MU….”

Amiin ya Rabb……

Seusai solat, ada seorang kakak ni, pakai tudung labuh..ada anak kecil..comel…and akak ni baik sangat2..sangat sabar dia mengurus anaknya…beruntunglah  sang suami…then tiba2  bermain dihati kecil ana "

“macam mana pulak ana nanti?”

Allah......

Sabah wait for me…..
Penat dah ana  duduk…LAPAR tahap gaban dah ni..belum menjamah apa-apa pun. insyaALLAH sampai Sabah baru makan…ana teringin sangat makan makan soto made in 
Sabah…yummy2… ^__^

Ana hanya menngalas perut dengan roti sahaja…ana tidak suka sangat makan roti ni…bagi ana tidak mengenyangkan.

tidak sabar  peluk adik…..eeee….riiinnnddduuu….sangat…
Pastu insyaALLAH esok mahu jumpa Arifah sahabat baik ana...lama dah nda jumpa dia..setengah tahun…lamakan kalau sebut tahun..tapi kalau sebut 6 bulan jak…nda lama..hihi…adoyai…
Sampai umah nanti mesti tengah malam dah..macam nda biasa…harap2 nda subuh gajah lah nanti..Sabah kan lain dengan semenanjung…(pengalaman)
rindu mau makan makanan kampung…

Ikan yu…..ikan pari…ikan bakar…ketam…udang…tuhau…
Lazat hingga menjilat jari…sodappp~
Anak2 buah tersayang…rindunya…
Ecah pipi tembam nda sabar mau dukung…inilah nikmat kasih sayang Allah...memang tidak terhingga….

“nikmat Tuhan mu yang manakah engkau dustakan??”

Say Alhamdulillah….alhamdulillah…Alhamdulillah…
Adei..lancar j pulak ana menaip ni…control ayu lagi ni depan semua…(blushing2)

p/s: muslimat jak ar…lau ada muslimin, jan haraplah (konon)

tadi masa mau p surau, kena kacau lagi….yang bertudung pun dikacau apatah lagi yang nda bertudung kan…insaf~insaf~insaf!
Dalam surau ni, banyak karakter yang ana jumpa…macam2 ada….ada yang bertudung, ada yang nda..pastu ada g yang pakai seluar tiga suku….
Tapi…masih jugak solat..Allahuakbar….
dalam hati ana berdoa :

“ya Allah selamatkanlah diriku dan saudara2ku ini dari fitnah dunia…..”
Sampai saatnya pasti Islam akan menyinari bumi tua ini.ana yakin!!!

Takbir!!!
One hours to go…waiting….

My stomach sing a song….
Subtitle: you are not alone..by zhain bikha….

@___@…lucu….
Dalam kapal nanti mesti "modop"..mesti dapatnya lagi tempat duduk belakang…tiga kali dah masuk ni…harap2lah dapat duduk dengan muslimat semua…
Ameen..ameen..ameen….
Hati berdebar-debar…napa ar….
ada orang mau masuk minangkah? Aduh… bagus jugak.. hehehe
sahabiah ana, jangan terkejut dengan perangai sahabt antum ni ar…

Best kah kahwin?
Senyumlah pulak…ana Tanya…heeee
Yati, sue….cepat2…hehe..lain mau kahwin, lain yang disuruh cepat..pelik..heee
Arifah tu dulu..ada dah calonnya yang tetap dan berpencen kan..…..hihihihihi
“mengada jak ko sana nas” ß jawapan bb..hehehehe
Sama2 bah tu kan kita kembar…aduiyai….penat da ana ketawa diam2 ni..dalam hati dari tadi asyik..senyum2 saja ni..malu..orang tenguk
::blushing2::
Jan risau nda jugak merah pp ana..hahaha
Bah cukup dulu..mau kemas2 mau p bilik pelepasan…
Daaaa~



Hahahaha..salam’alaikum ya habibty…
Moga Allah merahmati kamu semua~
(^______^) ameen!!!
Luv u lillah!!!!

Musollah lcct
3.55 pm
Iman Yusra~