Assalamu'alaikum WBT

Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan

28 Oktober 2011

Bila hati berbicara

assalamu'alaikum dan salam sayang dari ana~

sudah lama rasanya ana tidak berkongsi sesuatu yang selalu dekat dengan jiwa remaja kita.... 

Qalbi..Hati...Heart....

terlalu banyak istilahnya untuk sesuatu yang sangat mempengaruhi kehidupan kita sejak di dunia ini hinggalah ke akhirat sana....Rasulullah S.A.W telah bersabda :

" ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dana apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya.ingatlah ia adalah hati "
(riwayat bukhari dan Muslim)

apabila kita berbicara soalnya hati, ana yakin dan percaya setiap dari kita pasti memiliki satu perasaan yang indah jauh di lubuk hati. Perasaan yang telah dititipkan kepada kita sejak diciptakan.  
Perasaan yang selalu dekat untuk kita. yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita.yang menyambung tali persaudaraan.yang memberi kekuatan.dan yang paling ditakuti ialah YANG MEMBUATKAN kita SELALU HILANG ARAH.

sidang pembaca yang sentiasa di dalam rahmat NYA..

hati dan cinta sangat sinonim dengan kita. Tapi hakikatnya, cinta yang ada itu adalah satu amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Perlu dijaga kesuciannya. cinta itu terbit dari hati. Orang kita selalu mengatakan,perasaan itu akan hadir " dari mata turun ke hati". ana akui ada benarnya. Tapi, kadangkala, pandangan mata itu ada yang batil apabila rasa itu tidak didorong atas rasa cinta kepadaNYA. pandangan yang bukan untuk mencari redhaNYA. sebab tu Allah pesankan kepada kita orang-orang yang beriman agar menjaga pandangan mata.



“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman[1], “Hendaklah mereka menundukkan pandanganya, dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (QS : An Nuur [24] : 30)."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).....( QS : AN NUUR [24] : 31)"


jika pandangan kita terjaga, insyaAllah hati juga akan terjaga. 
Imam Ibnu Qayyum pernah mengatakan :

“Pandangan itu merupakan utusan hati, hatilah yang mengutus pandangan untuk melihat apa yang bisa dikabarkannya dari keindahan apa yang terlihat. Kemudian dari apa yang dilihat inilah muncul rasa rindu, yang kemudian berubah menjadi rasa cinta yang selanjutnya rasa cinta ini dapat berubah menjadi rasa cinta yang bersifat penghambaan, sehingga hatinya menjadi hamba apa yang dia cintai yang semula hanya berawal dari apa yang dia lihat. Sehingga akhirnya mengakibatkan letihnya hati dan hatinya akan menjadi tawanan apa yang ia lihat. Kemudian sang hati yang telah letih ini mengeluhkan keletihannya pada pandagan, namun apa yang dikatakan pandangan tidaklah seperti yang dia harapkan. Dia mengatakan, “Aku hanyalah sebagai utusanmu dan engkaulah yang mengutusku


lihatlah wahai saudara seakidah ana, betapa pentingnya untuk kita menjaga pandangan kerana semuanya bermula dari sebuah pandangan. ana akui, kadangkala, ana sendiri tidak dapat menjaga anugerah mata yang Allah berikan. Tapi kita harus ingat, Allah juga sedang memandang kita. bila dah terpandang, cepat-cepatlah mengalihkan pandangan dan beristighfar. minta perlindungan dari Allah dari tusukan tajamnya pandangan syaitan. Na'udzubillahiminzallik.

sidang pembaca yang di kasihi Allah,

meminjam kata-kata akak senior ana, kak Sal 
"Adik, Allah tidak menjadikan dua rongga dalam hati manusia. Saat Dia mengisi hatinya untuk cinta dunia, takkan ada tempat untuk cinta Allah. Maka isilah hati kita dengan cinta Allah agar dunia tiada tempat di hati kita"

di hatilah tempat letaknya pandangan Allah. Berbalik kepada persoalan kita tentang cinta, cinta itu fitrah dari Allah. Jangan biarkan fitrah bertukar menjadi fitnah. Sebenarnya, terasa berat untuk berbicara soalnya cinta. sebab ana sendiri mempunyai fitrah yang sama seperti saudara semua. Tiada yang akan terkecuali. Namun, harus diingati selalu :

"bila cinta NYa yang berbicara, maka harus bergetar seluruh anggota menyambut cintaNYA. namun, andai cinta manusia yang datang, maka, berusahalah menjaganya agar selari dengan kehendak Allah untuk menyambutnya."

ana teringat pesan seorang kakak yang ana kenali semasa mengikuti program di Khalifah Institute (kak Ina)
"fitrah kita, kita mesti terima. jangan nafikan."

wahai para sahabat, ana bersyukur sangat2 dipertemukan insan2 yang sefikrah..saat-saat sedang jauh dari NYA, DIA kirimkan ana insan2 untuk mentarbiah ana. ana tidak nafikan, ana juga punya rasa yang sama. rasa cinta dalam hati. kadangkala, lalai menjaga amanah yang satu ini. Tapi sahabat, hati perlu ditarbiah untuk selalu dekat dengan Pencipta cinta itu sendiri agar rasa cinta itu tidak membawa kita menjauhi NYA. 
ana selalu berdoa "ya Allah jagalah hati ini. jagalah hatinya.jagalah hati kami untuk selalu mencintai MU"

hanya Allah yang tahu segala-galanya. 

sidang pembaca yang budiman,

ya, cinta itu fitrah. Tapi, matlamat tidak menghalalkan cara. no and never. jangan ambil mudah tentang hukum Allah. Cinta yang lahir dihati perlu disalurkan dengan cara yang dibenarkan syarak. melalui akad yang didoakan para malaikat, yang ditangisi para syaitan. bukan dengan cara yang menjatuhkan maruah diri dan keluarga. 
ana selalu pesan kat diri ana dan sahabat-sahabat ana, tulang rusuk takkan tertukar. ingat tu. janji Allah itu pasti.Lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat.lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 
Cinta yang hadir perlu dikawal. Allah hanya nak kita bertahan untuk seketika. sampai masanya, DIA pasti temukan kita dengan pemilik tulang rusuk kita. Sematkan selalu dalam hati, cinta perlu bersandarkan Allah. 

jangan lemah kerana cinta. jangan hina kerana cinta. jangan sesekali menjadi hamba cinta manusia. kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai perbuatan sedemikian. jangan biarkan Allah cemburu kerana DIA lebih berhak untuk rasa cinta itu. 

bila kita rasa rindu kepada sidia, cepat2 berikan rasa rindu tu kepada Allah. berdoalah untuk kuat menghadapinya. Ikhlaslah kepada Allah. Bila kita ikhlas kepada NYA, DIA akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara yang tidak pernah terdetik dihati. 

sidang pembaca yang dimuliakan ALLAH,

sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Apa yang baik, datang dari Allah. yang tidak baik pun datang dari DIA tapi asbab khilafnya diri ana. kuatkan hati untuk bermujahadah. istikharahlah jika sudah bersedia. bermohon dan berdoalah untuk mendapatkan yang terbaik untuk kita. 

satu pesanan dari ana untuk diri ana sendiri dan antum 
" jagalah hatimu dan bantulah dia menjaga imannya"

jika enta jodoh ana
ana tak mahu pun enta melamar ana menjadi kekasih enta
biarlah orang kata " jangan tunggu lama2 nanti diambil orang"
sebab ana yakin jika benar enta jodoh ana sudah tentu enta milik ana

jika enta jodoh ana
ana tidak mahu enta rasa terikat dengan diri ana
biarlah enta nikmati zaman muda mudi ini dulu
hidup dalam perjuangan
sama juga dengan ana

jika enta jodoh ana
tidak apa..kitabersahabat dulu
kita kejar cita-cita kita dulu
kita gembirakan ibu bapa dulu
kita senangkan keluarga dulu

bercinta?
biarlah hati yang bercinta
biarlah hati yang menyayangi
biarlah hati yang merindui
kerana itu lebih manis dikemudian hari

keluar dating?
ana suka..
.enta pun suka..
tapi syaitan lagi suka..
keluar bersama, boleh, tapi  dengan mahram kita

jika enta jodoh ana
bila enta dah kerja
kewangan dah stabil
datanglah hantar rombongan ke rumah ana
ana setia menanti.di hari-hari yang pasti










23 Oktober 2011

Pasangan yang menanti untuk hari-hari yang pasti...

Akh..



bukan ana tidak mahu memandang wajah enta, tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi suatu hari nanti..
hari2 yang pasti..



bukan ana tidak mahu melirikkan senyuman pd enta, tp ana selalu tersenyum didalam hati, agar senyuman ini ‘mahal’ di hari cincin di sarungkan ke jari,



bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enta, tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti, ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa mengetahuinya di hari2 yang pasti…



bukan ana tidak mahu bercakap dgn enta, tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana, tika mana ana dan enta ‘bukan’ lg ‘ana’ dan ‘enta’ di hari2 yg pasti…



bukan ana tidak mahu ber'chatting' dgn enta, tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enta, di hari2 yang pasti..



bukan ana tidak mahu selalu bermesej dgn enta, tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti, tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini.



bukan ana tidak ingin memandang wajah enta, tapi ana bimbang wajah ini tidak akan mampu lagi memberikan senyuman di setiap pagi, di hari2 yg pasti…



bukan ana tidak ingin memandang senyuman enta, tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu, di hari2 yang pasti..



bukan ana tidak ingin menghadiahkan sesuatu untuk harijadi enta, tapi bimbang andai hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enta, dan tidak lagi di hari2 yang pasti..
………………………….



Akh... yakinlah, percayalah…



bukan ana tidak ingin mengatakan ana merindui pada enta, tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi.. kerana di saat ini bukan hari2 yang pasti…



bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enta, tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Ilahi, kerana ia bukan hari2 yang pasti..



kerana tika saat bukan di hari2 yang pasti, ana tidak mahu agar hati ana dan enta mati disebabkan cinta dan rindu yang tiada erti.. lalu mematikan hubungan ana atau enta dengan ILAHI..hingga tiada lagi keberkatan antara hubungan kita disuatu hari yang pasti



akh....intailah sebentar hari2 yang pasti.. tika itu, andai ana jatuh, enta menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan... tika ana kesedihan, enta bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.. tika ana berseorangan, entalah teman... tika ana kelalaian, entalah yang mengingatkan.. tika itu, ana dan enta.. bukan lah lagi ‘ana dan enta …  kerana..



ia adalah hari2 yang sudah pasti..di mana mahar sebagai bukti cinta antara kita didalam hati, akad sebagai saksi rindu kita selama ini.. berdoalah untuk hari2 yang pasti,



hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran.. dan itulah jalan yang telah Islam berikan…




Edited by KHAZINATUSSOLEHAH

perkongsian dari : Welove Islam@Facebook

11 September 2011

APA KHABAR JODOHku


Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

 menanti di batasan rindu ^___^

CErita.. ^^


Ada satu perkara yang suka ana kongsikan bersama sahabiah semua. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang perlu ada pada perkiraan ana selepas ana mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Kasih yang ana kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diri ana sendiri...
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana ana diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan ana  berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepada ana oleh teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam enti ni?"
"enti ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat enti.."
"ana sudah, enti bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk  ana katakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau ana katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Berbicara tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali ana melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang ana ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam filem Hindustan yang ana tonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Ana menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang pada ana tidak wajar dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aana pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraan ana dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diri ana. Tentu sahaja ana mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan boleh  membuatkan ana gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup pada ana itu dan ana telah bertemu dengannya. Tapi, seperti yang  ana katakan sebelum ini, cerita ini tentang jodoh...
Arakian, ana dilamar, ana  menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang ana pegang sejak mula ana menjejakkan kaki ke menara gading. 
ana katakan pada ikhwah itu, sekiranya benar dia menginginkan ana menjadi suri hatinya maka tunggulah sehingga ana dan dia selesai bergraduasi. ana katakan juga bahawa ana tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang ikhwah itu benar mahu memiliki hati ana maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sekali lagi ana katakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untuk ana, terserah pada ana sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diri ana sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begini dan begitu...
ikhwah itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Ana sedikit kecewa namun ana bisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, ana belajar pelbagai perkara. Setiap hari ana belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkan ana berasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidup ana banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan ana masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi ana tabahkan hati supaya ana tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba saat rezeki ana dilebihkan Allah di mana ana diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu ana ceritakan dengan tepat di mana ana ditempatkan. Sejak pertama kali ana menjejakkan kaki di sini, tidak pernah terlintas di fikiran ana untuk mencari pasangan hidup. Niat ana hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluarga ana agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi ana maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang bawahan ana yang usianya lima tahun lebih tua dari ana dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwa ana bergetar. Entah kenapa, tapi ana takut ianya melalaikan dan bisa menghumban diri ana ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam zina hati.
ikhwah itu kerapkali menguji ana dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuat ana tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian dengan ana dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Ana positifkan fikiran, mungkin juga kerana ana adalah orang atasannya dan wajar saja dia menghormati ana lebih daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan pejabat ana bertanyakan sama ada ana sudah punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang ana kira agak lucu untuk ditanya. Ana hanya tersenyum dan menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada seseorang yang dekat dengan ana ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan serius. Ana dapat mengagak tapi ana meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa ikhwah di pejabat yang sama yang ana ceritakan sebentar tadi. Tepat telahan ana kali ini. Firasat ana jarang tersasar apatah lagi jika ana mohon agar Allah membimbing ana agar  tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang lain.
Hati ana menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar lelaki. Ana senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doa ana, ana memohon agar ana dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan bonus bagi ana sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
ikhwah itu juga hingga sekarang masih menguji ana dengan pelbagai pertanyaan. Ana cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang ana mampu dan hingga saat ini tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaana bahawa dia punya 'perasaan' pada ana. Ana juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwa rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat ana sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa dengan ana malah bukan mahram yang layak untuk ana fikirkan tentangnya. Ana cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai iman yang ana takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin ana pesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Ana tidak menyatakan yang ana ini tidak pernah berbuat dosa tapi ana berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diri daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan rakan-rakan tentang urusan jodoh ana yang masih lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan ana daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untuk ana meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka ana redha.
ana tidak mahu mengatakan bahawa ana ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat rakan-rakan ana yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, ana doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin


18 Mei 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Pantun orang Melayu zaman dahulu: 

Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan
Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan

Orang muda kita pula berkata:

‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’


gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama

wah …. wah …. wah

Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit ‘dakwahisasi’. Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai ‘adjust-adjust’. Pandai ‘modify’. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.

Lalu da’ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.

kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua


tapi …….
‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’

Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da’ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….

alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis

SEE YOU DI ICV …eeh silap IPT (sorry orang Victoria)

Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. 
Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. 
Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala


Samar …. Buka Lampu Sikit

Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. 
Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. 
Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita.
Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”


Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.” 
Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.

Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, 
pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.

Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.

Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.