Assalamu'alaikum WBT

Memaparkan catatan dengan label sahabatfillah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabatfillah. Papar semua catatan

19 Mei 2011

sekolah tarbiah

16 NOV 2010

suatu ketika dahulu..sebelum segalanya berubah....kami hanya gadis biasa yang tidak tahu apa-apa...semua tidak  terjaga.
dari segi pakaian, pakai apa sahaja yang penting nampak cantik..xkiralah cukup syarat menutup aurat atau  tidak.
dari segi pergaulan, alhamdulillah xpernah juga bertepuk tampar dengan kaum berlawanan...
perangai.MasyaALLAH..cukuplah menjadi aib di hadapan ALLAH...(ana sahaja)


namun...segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami mengenali seorang ustazah...comel sangat2..masa tu ana baru masuk tingkatan tiga..ustazah pun baru  posting di sekolah ana...
ana sue ngan  lar satu kelas...yati cekap dan arifah rafflesia ...first time jumpa ustazah, kagum sangat2..semacam ada magnet untuk mengenali lebih dekat..tapi perasaan malu lebih kuat menguasai...ustazah tu dari semenanjung...ana dan sahabiah tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan. lagipun, kami tidak rapat masa tu..masing-masing ingin menunjukkan kehebatan masing-masing...seakan-akan perang dingin.



 segalanya berubah selepas  kami di pilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Majlis tilawah alQuran...bermula detik itu, hubungan kami dengan ustazah semakin rapat...

tapi titik perubahannya hanya selepas kami semua menduduki peperiksaan SPM tahun 2007 walaupun perubahan hanya berlaku pada tahun 2009...

2007

Couple....semua antara kami pernah merasainya...setiap hari pasti ada nama sidia sahaja yang menjadi topik...MasyaALLAH...betapa jahil diri terasa.....masa ni, kami dah jadi sahabat baik...bila ana, sue dan arifah masuk ke kelas sains tulen. semuanya kami kongsikan bersama. tambahan pula, kami terpaksa berhadapan dengan cikgu yang anti Islam. Yati dan Lar berada di kelas yang sama.kelas perdagangan. 

alhamdulillah....

ustazah banyak mengajar kami tentang erti islam...penghayatan islam dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim..dan yang lebih penting lagi bagi kami yang bergelar muslimah....mesti terjaga...banyak ilmu yang kami perolehi....segala persoalan yang kami kemukakan akan dijawab dengan sabar...ustazah seorang yang tegas. tapi berhati lembut..dan sangat komited terhadap tugasnya sebagai seorang pendidik...
sahabat, ana mahu jadi seperti ustazah..walaupun bukan ustazah, insyaALLAH..doakan ya....

Ustazah tu namanya ustazah Masyitah... ada sorang lagi ustazah iaitu ustazah Yuslizah..ustazah ni lembut.....tenang....dan kelakar ^__^
(jangan bagitau ustazah ya )..lama mengajar di sabah dan boleh berbahasa sabah...

ukhuwah kami tertaut kerana ALLAH...asbab itu kemanisan berukhuwah tetap dirasai walaupun sudah menyambung pengajian di IPT...ya ALLAH rindunya detik2 bersama.. T___T
 tahun 2009 merupakan tahun  pertama kami selaku MT Persatuan pelajar islam sekolah..beraya bersama-sama...dan sudah pasti rumah ustazah adalah sasaran kami.....heee...masa tu,banyak kejadian yang berlaku...dekat maghrib baru sampai rumah..takut ni mau balik nanti kena marah oleh mama..(ana)


pi rumah ustazah dapat duit raya....tua2 pun dapat lagi..bujang lagi bah  tulah dapat tu..heee..makan, jangan cakaplah..memang penuh perut..masa tu Aisyah belum lahir lagi...tapi raya kali kedua ada dah dia ..heee...

rindunya saat2 tu..serius..ana rindu..raya tahun ni tidak dapat da ke umah ustazah Masyitah...di Pahang da dia..huhuhuhu...

rinduuuuuuu.........

tapi masa tu, ana lah terlebih sedih..teda kembar di sisi...T____T...mesti tahun ni pun sama jugak kan..ya Allah...
permudahkanlah bagi kami.....cepat2 semua tadah tangan doa mintak dengan Allah..dapat raya sama2..

ana mahu  menulis lagi tapi ngantuk..mau kemas2 barang yang  sudah tidak diguna..tidak sabar mahu balik.....

--->  tergantung cerita ana...hehehe..tidak pa nanti ana bekurapak lagi ar...( ayat bb)
SUE, BB, LARR, DUI. 
mahal na mahal kita lillahita'ala..
USTAZAH MASYITAH DAN USTAZAH YUSLIZAH..
kami sayang sangat kat ustazah berdue..semoge kite dipertemukan lagi dalam perjalanan ini..insyaALLAH ( speaking semenanjung ) hihii..

p/s: yati...huhuhu...ana tidak pandai menulis macam enti ngan ukhti surianah..insyaALLAH masih dalam proses belajar.....

ya ALLAH peliharalah orang2 yang aku cintai di jalan MU ini..peganglah hati2 kami untuk istiqamah dijalan MU....
Allahumma amiin.....

18 Mei 2011

Ya Allah,

Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi


Ya Allah,

Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.


Ya Allah,

Sahabat ketawa,
saya gembira,
Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang


Ya Allah,

Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.


Ya Allah,

Sahabat saya,
buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.


Ya Allah,

Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
na`uzubillah,
Berpisah mati,
insya Allah
Pengubat hati,
do`a rabitah.

arifah..yati..sue... gonna missing ol of u... Allah....



13 Mei 2011

AKU SAYANG KAMU t___t

 Mereka yang dirindui *

Assalammualaikum Tautan Hati.

Hari ini air mata sukar untuk keluar. Menangis dalam hati. Iya menangis dalam hati itulah yang menyeksakan bagi saya. Rindu ini apa ubatnya kalau bukan diserahkan kepada Allah. 


Ya Allah,

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.



Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.



Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. 

Ya Allah. Amin.
 Sampaikanlah kesejahteraan, 
ya Allah, 
pada junjungan kami, 
Muhammad, 
keluarga dan sahabat-sahabatnya 
dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

(doa rabithah yang sentiasa dibaca oleh kak ajlaa sayang..kak adik rindu akak. 
Adik lambat balas mesej akak ya..lepas tu adik balas mesej pendek saja tadi^^,.
 Syukran sebab akak selalu ingatkan adik agar bersahabat kerana Allah semata-mata)

Lets me story bout my fren k..
(mak haii..speaking pula diaaaaaa)


 Nasita dan my twins. Oh ya, Nasita my sayang sentiasa. Dia selalu ingatkan saya bahawa saya ini ada dia yang sentiasa merindui saya. Nas, onesly i misz u to. Sory becoz i bukan bestfren the best for u. Menangis saya bila dia ingatkan saya T__T tentang ukhwah ini. Ya, saya sangat bersyukur dikurniakan sahabat sepertimu ^^,

syukran ya Allah for my sayang Nasita.
Banyak yang kami kongsikan bersama tau^^,

soal hati dan perasaan..^^,
 oh ya, kami ni kaki gambar. Orang kata, fotogenik  ^^,.
 Kami tidak kisah. Yang penting kami bahagia bersama kasih Allah, INSYAALLAH~~

Kami suka bergambar sebab bila suda masing-masing ada family (wahhh jauhnya fikir..eh, ok apa. Nda salah ba kan^^,) boleh la bagi anak-anak tengok gambar kami (oh..anak2?? jauh sudah c Yati fikir ni. Mau kawin suda ka ni?)
 kami bertiga lagi. Ini masa raya baru-baru ni. Kami beraya di rumah akhi Sabarudin. Malangnya, tuan rumah asik dengan talifon dia. Almaklumlah~~ So, kami bertiga pun beraksi diluar rumah dia.huhuhu!! kaki gambar. Banyak sangat aksi yang kami buat. Oh ya, akhi Sabarudin dan akhi Harmi buat kerja dorang didalam. So, aksi kami ini rahsia!! Siapa yang take pic? "timer"
hahahaha... Allahu Allah.

 oh..ini kami beraksi lagi. Aduh, nda abis-abis ba nisa ni begambar. Kenapa kami bertiga saja? hmm..Arifah dan Sue tidak dapat join. Arifah di Kuantan Pahang. Tidak dapat balik untuk beraya. Sue pula kebetulan ada kenduri akikah. Tapi, masa pergi rumah ustazah Yusliza Sue ada ikut la.
Ini aksi yang tidak la keterlaluan sebab pic ni so sweet!!
oh no!! Misz dis momen so muc..
ya Allah, kekalkanlah ukhwah ini T_T

 Ini saya dan Nasita. Wah, back and back ba. Ala-ala bercinta gitu^^,
 Yup, kami bercinta la sekarang ini. Bercinta dari dulu sehingga di syurga Allah
 itupun jika saya yang penuh dosa ini mampu mencapai syurga Allah T_T.
oh, im fall in love wif dem.. Hanya Allah yang tahu. Saya sentiasa ingat pesan kak ajlaa,
"janganlah mencintai dan menyayangi seseorang dengan berlebihan
 takut jadi sebaliknya" SYUKRAN kak ajlaa sebab ingatkan adik^^,

Nas, bilaku kenang kenangan kita bersama ohhhh saya boleh menangis
. Andai boleh saya putarkan masa, pasti tidak mau saya sakiti dirimu dan
 sahabat yang lain. Tapi itu adalah tarbiah dari Allah untuk kita kan^^,

NASITA, sayang dulu ~~~ lalalalalalla~~~

Kami bertiga lagi. Oh manjanya saya pada mereka ni.
Ini pun take pic pakai "timer".
Akhi Sabarudin dan Akhi Harmi busy ukur baju
untuk dijadikan baju jubah kalau nda salah.
Kami pun dengan kamera 901i saya. hehehe. 5.0 megapixel. huhuhu. Setahun kerja baru dapat beli talifon tu.
Lama. Masa beli tu banyak saya fikir, apa keperluan dan manfaat bila saya beli talifon tu, mama cakap beli la, ada kenangan juga sepanjang kerja. Saya pun beli.
 Hasilnya gambar yang kami ambil tomey-tomey belako..cuma saya blurrkan..saja jak^^,


 one more..1 2 3 actionnnnnnn..
1 2 ibtisammmmmm..

Dayang Arifah, saye rindu dia juga. Saye panggil dia "yo". Maybe saye je yang panggil dia "yo" dan dia pun panggil saye "yo" juga. (alamak tersleng semenanjung pula daa)

Yo, syukran lillah sebab banyak bantu saya terutama dalam soal hati dan perasaan..WAHHHHH malu eh!!

kan kita ni bestfren yg sangat2 besfren ^^,

 yo, walaupun dalam pic ni ko tiada saya tetap mau story bout urself. 
Arifah ni kalau becakap, Alhamdulillah melucukan dan menyenangkan hati mendengar. Wah!! dia
memang sahabat yang baik. Sama macam Nasita dan my love twins Laris.
Lepas tu suka cakap-cakap sampai seolah-olah
apa yang dia cakap tu betul. hahaha..tapi memang betul la. Cuma kadang-kadang dalam pelajaran terutama PP dia ni banyak buat cerita la. hahaha..tapi best..dia banyak mencarut macam saya^^,


 Tapi apa yang dia mencarut tu best. Tu pasal
 kami sayang dia. Arifah antara yang paling besar dalam group Awan Dania. haha. Eh, jangan ingat kami ini tiada group tau! Awan Dania kami juga, Geng Basikal Sekolah kami juga. Almaklumlah dulu time lower six kami naik
basikal ke sekolah dan the only boy yang join kami akhi Harmi. Siap belumba lagi^^,
wahhhhhhh mis sangat dgn memory tu.. Basikal saya...rindunya padamu basikal^^,




 Kadang-kadang kami naik motor juga.
My love twins Laris bawa motor pegi sekolah. No problem punya. Group kami, buat apa saja sekolah tidak dapat halang!! kami kan kuat dan BERSATU!!
Selain tu Geng Muslim Sekolah pun kami juga.
OH... semua adik-adik suka dengan kami.
Almaklumlah kami semuakan peramah, baik, comey-comey, penyayang, banyak cakap, suka buat lawak..wah!! banyak la..yang banyak cakap dan suka buat lawak tu saya, my twins Laris dan Sue. Kami bertiga geng dari tahun 1.


 about Arifah, dia ni kalau buat lawak ketawa nda henti-henti. Sebabnya memang lawak, Lagipun dia jarang buat lawak kan. Tapi kalau serius, SUBAHANALLAH!! saya pun tidak berani tegur. Siyes, muka dia menakutkan. Bukan macam h**t*, tapi muka serius dia membuatkan kami rasa takut tegur. Tapi tidak lama la, sekejap saja dia buat muka siyes tu. Lepas tu, ok la. Kalau sudah ok tu, masa tu la kata "maaf" tu sentiasa dia ulang. Alaaa kami sudah faham dengan dia. 



 yo, wa cayang lu laaa...heheeh
oh...rindunya.. My twins Laris pula memang sekepala. Kadang2 atau biasanya apa dalam otak saya itu dalam otak dia. huhuhu. Itu sebab saya cakap dia
ini twins saya. Semua sahabat ada
gelaran masing-masing dari saya ^^,
ohhhh rindunya sama dorang semua ni.
oh ya, saya yang perkenalkan salam dan terus jabat tangan kawan dan letak didada, cuim pipi kanan,
kiri dan kanan^^,
Rindunya memeluk kamu semua^^,


 Sue, oh dia memang my sweetfren.
Memang sweet la nisa ni. Saya pun jeles juga tengok kesweetan dia ni. Amboiii. Tidaklah.
Saya bersyukur siapa saya dan saya
 bersyukur ada sahabat macam dia. Saya tau, perjuangan kami untuk menjadikan islam sebagai
cara hidup sangat perit. Walaupun dicemuh itu ini. Tapi kami kuat kerana kami bersatu. Nasita pun
macam itu juga. Terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk kami hadapiT_T
Kami tetap menjadikan Alquran dan Sunnah sebagai panduan hidup kami!!!



 Dulu, masa mahu pakai tudung l
abuh banyak sangat dugaan dan cabaran. Iya, tanpa tudung labuh pun tidak mengapa yang penting tutup aurat. Tapi bagi kami, kami lagi suka pakai tudung labuh!! Kenapa, biarlah iman kami yang menjawabnya dalam hati^^,
Alhamdulillah kami semua sudah pakai tudung labuh. My love twins belum pakai lagi tapi insyaAllah dia tetap tutup aurat. Saya sudah kata tadi, tidak semestinya pakai tudung labuh kan?? yang penting kami tutup aurat, solat dan sewaktu dengannya^^,
Jubah?? oh itu impianku!! mahu sentiasa berjubah. Nampak comel gitu^^,
oh ya, saya antara yang paling kecil time form six. Alhamdulillah sekarang ini sudah berisi (gemuk) hehehe..





Apa pula yang kami buat ni??hehehe.
Masa ini, dua kumbang tu pegi solat. Kami bertiga ABC. So masa tunggu dua kumbang tu siap solat kami beraksi lagi. Take pic. Itu kan hobi kami. Tapi mulut tidak berhenti bercerita. Topik kami berkaitan ISLAM. MALAYSIA KIAN PARAH!!! Eh, jangan ingat kami ini berborak kosong ok. Kami prihatin terhadap ISLAM. Kami sayang islam^^,
Macam anda semua sayang ISLAM juga^^,




 My twins yang take pic ni. Masa ini my sayang tengah hangat cerita tentang sahabat-sahabat yang bila menatap wajahnya kita jadi ingat pada Allah. SUBAHANALLAH!! ada nur diwajah mereka^^, mampukah saya seperti itu? Tenangkah anda melihat wajahku??
angguk tanda setuju,
geleng tanda suka,
ya tanda sayang,
tidak tanda cinta..
(perasan je saye ni kan^^)
(mesti awak yang baca statment saya ni sedang tersenyum kan??)

 Kalau awak tersenyum,
maknanya awak ada hati pada saya.huhuhu. Iya, awak sayang saya kerana Allah. EH...TOLONGLAH HARYATI!!! JANGAN PERASAN OK!!!
C Kudui ni, nda abis2 puji diri sendiri.

oh ya, ini kami berempat. Berziarah
ke rumah Sue petang tu. Lepas tu kami jalan bersama-sama pegi rumah ustazah dan lepas tu pergi rumah adik sayang Syira^^, Kami sempat bersuap-suap lagi. Itulah indahnya ukhwah kami^^,
jangan jeles ok^^, makan setalam lagi. Alhamdulillah itu kan sunnah Rasulullah ^^,

 oh my sayang..mai sini i suap u^^,
indahkan ukhwah ini??
Segalanya kami bersama. Ini merupakan kedua kali kami beraya bersama. Raya tahun lalu, Sue tidak dapat join
. Raya tahun ni Arifah pula yang tidak dapat join. 2 kumbang tu tidak terlepas untuk bersama-sama dengan kami. Eh, jangan salah sangka ok. Akhi Harmi dan Akhi Sabarudin tu sahabat kami^^,. Bawa dorang sebab dorang ni fren dari dulu. Akhi Harmi fren dari tahun 1, Akhi Sabarudin pula fren dari form 1. Malangnya form six baru kami rapat.


 Thanks my sayang sebab suap saya^^, Sedap rasanya makan makanan yang disuap penuh kasih sayang oleh sahabat.
Jeles ka? Nanti buatlah macam begini dengan sahabat-sahabat anda semua. Jangan malu suap sahabat, bestttt. Cuba la. Jangan tak cuba tau.

oh ya, jum kita mengucapkan kalimah ;

SUBAHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKHBAR.

Ingat Allah sentiasa naa^^,





Inilah ustazah kami yang banyak membantu kami bermujahadah.
 Best ustazah ni. Comey jak. Tenang memandang wajahnya. 
Lepas tu dapat duit raya lagi dari ustazah. Best~~~ 
Dua kali dapat duit raya dari ustazah. Sukanya~~ Sayang ustazah^^,


"sue my sweetfren" 


(my twins Laris) 

 (Nasita my sayang)

 (darlink yo)

(kawanku zyan) 


 (my love s.a Iqa)

 ( idah manja..hahaha)


(aniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)



Bukan dorang ini sahaja yang dirindui. Tapi adik-adik KRU 
pun saya rindu. Manja sangat mereka dengan saya^^,
 (cheeeeeeewaaaaaa perasannnnnnnnnnn la c Kudui ni lagi)

Saya rindu semua sahabat-sahabat saya tidak kira kamu siapa,
 tidak kira hati ini banyak terguris, tidak kira terpaksa berkorban rasa, 
tidak kira saya disisihkan, tidak kira saya terpaksa berjauhan dari kamu semua, 
tidak kira saya ada atau tiada dalam doa kamu, tidak kira kamu sayang atau tidak...hehehe

saya tidak nilai semua itu sebab saya sayang KAMU semua kerana ALLAH. 

Eh sebenarnya saya yang banyak menyakitkan, banyak menyisihkan, banyak mengguris, dan sewaktu dengannya. Oleh itu, maaf andai saya bukan sahabat yang terbaik. Tegur saya jika dalam berukhwah saya banyak menyakitkan hati kamu semua T__T

oh saya menangis lagi.. Saya rindu kamu semua. 



MAAF DUI: DALAM DIAM SAYA COPY ^__^

----> MENANGIS JUGAK NI.....RINDUUU....
jangan lupa baca entry seterusnya ^_^