Assalamu'alaikum WBT

Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan

09 November 2011

Lamban 2011 "Labu terpahat di hati"

Assalamu'alaikum..lama tidak menjengah di teratak ana ni..terima kasih kerana tetap sudi menjadi pembaca yang setia walaupun ana tahu, entri ana tidak menarik seperti blogger yang lain..ana budak baru belajar menulis...doakan selalu wahai sahabat :)

Entri kali ini mengisahkan pengalaman ana dengan adik-adik semaktab beraya di perantauan...kami telah memilih destinasi Labu di negeri Sembilan memenuhi undangan kak Dayang daripada Family Marsis.

Pada mulanya, terus terang, ana tidak mahu pergi. Tapi seperti yang selalu ana beritahu adik Hana, ana tidak akan bertindak selagi Allah tidak melapangkan hati ana..dalam apa jua keadaan ana memang begitu...akhirnya selepas berfikir panjang dan mendapat ketukan dari NYA, ana turut serta.

sehari sebelum tu, adik Bella post kat wall fb ana :

" akak, nervous mau p sana"
"huhu..napa dik"
"entahlah......"

hmm....serius, ana pun nervous...memang nervous..berjumpa dengan mereka yang mempunyai fikrah agama yang tinggi...ana tahu kebanyakan dari mereka merupakan bakal-bakal ustaz dan ustazah...

seperti selalu, Positifkan minda. Bersangka baik. Jika ALLAH dah bagi sign, mesti ada hikmah yang menanti.


Muslimat yang turut serta ada 6 orang.muslimin 3 orang.

Ada satu lagi yang merunsingkan ana. PURDAH! dalam diam ana memasang niat untuk melatih diri ana dengan kain kecil di wajah. Allah....ana tahu dugaannya besar dan perlukan kekuatan. kuatkah ana berhadapan dengan sahabiah yang lain di sana? apa kata mereka melihat ana nanti? HIPOKRITKAH ana? ya Allah...hanya DIA yang mengerti perasaan ana.. Pemilik Hati ana..AllahuRobbi. T__T
Lama juga ana berfikir sama ada PAKAI atau TIDAK. Akhirnya, ana memilih untuk memakainya. Ana pakai kerana DIA. DIa yang gerakkan hati ana. ana tidak kisah dikata manusia.asalkan cantik di pandangan ALLAH. ana rela dicerca. ana rela dikatakan hipokrit. Lagipun, ana tidak keseorangan...adik Bella juga sama seperti ana. Dia lagi advance...agak lama dari ana berpurdah secara konsisten.


Akhirnya tepat pukul 7.30 pagi ana dengan adik-adik muslimat yang lain menaiki teksi menuju stesen LRT Cheras untuk ke stesen BTS dan seterusnya menaiki komuter ke Labu.


Adik Bella tengah bersarapan ^__^



Sepanjang perjalanan debaran menari-nari di hati kecil ana. ya Allah...ana berdoa dalam hati...ayat cinta kepada NYA entah sudah berapa kali ana hadam...selawat kepada kekasih NYA menemani pejalanan ana.
Disebalik kain kecil itu, sebenarnya ada tangisan...biarlah...Allah sahaja yang tahu mengapa...

Larut dalam Tasbih ,memujiNYA...ada titisan yang mengalir...ana beritahu hati...dalam tren mana boleh menangis...tapi inilah ana..bila-bila masa dan di mana sahaja air mata pasti akan gugur bila beruzlah dalam crowdednya manusia mahupun tika sendirian... mengenang dosa2 yang kian merimbun..dosa2 yang masih menghantui...berjalan..melihat dan mentafsir....akhirnya sampai kepada persoalan di mana ana bila Sesi Perbicaraan Kelak berakhir?



Ok, sambung balik ~ ni gambar semasa sampai di KTM LABU...

Sesampai di KTM LABU @__@

Melihat pemandangan Ciptaan Allah..subhanallah...tiba-tiba imbul rasa rindu kepada kampung halamanT__T
'ana beritahu hati..bersabarlah'~





ni pemandangan otw ke kg Tekir...jadi mangsa adik2 ni ^__~



Sebagai kakak, ana di sorong oleh adik2 duduk di depan..hmmm...adik2 ana ni agak nakal. ^__~
Sepanjang perjalanan, banyak jugalah celoteh sang Pemandu...first tu, memang gugup..muslimin yang jemput.dah tu, sorang lagi. alhamdulillah sang Pemandu tu bijak memahami keadaan. ana hanya mampu tersenyum dengan lawak bersahaja beliau. Banyak perrsoalan yang dilontarkan. dan seperti biasa bagi mereka yang tidak mengetahui kami study di mana, pasti mereka katakan kami pelajar kos agama...ana hanya terseyum ketika sang Pemandu katakan kami dari KUIS. akhirnya ana menerangkan yang kami dari IPG. hanya pelajar maktab. Mungkin dia melihat kami bertudung labuh dan ada kain kecil di wajah...




beberapa minit berlalu.....



Akhirnya kami sampai ke tempat destinasi...debaran semakin kuat....ana call sahabat ana ukhti Surianah untuk menjemput kami..alhamdulillah sekian lama tidak bersua, akhirnya dipertemukan di bumi asing ini...sesungguhnya dalam diam ana merinduinya tanpa mengungkapkan padanya..biarlah...hanya Allah yang tahu...dia memiliki ramai sahabat...entah ingat kat ana ataupun tidak...mungkin terkejut dengan penampilan ana, dia agak terdiam sebentar walaupun dia cuba menyembunyikannya dari ana dan adik2 muslimat.

Saat itu, ana ingin lari...lari jauh dari situ...ana malu...hati mula berbolak balik....ana yang tidak tinggi fikrahnya memakai purdah padahal mereka yang mempunyai kefahaman lebih dalam beragama tidak memakainya....dalam hati ana beristighfar..membetulkan semula niat...dan cepat sahaja jari-jemari ana menghantar mesej kepada cermin ajaib ana Ukhti Yati...

" assalam..dui, ana malu.."
"wassalam..kenapa sayang?" sayang di mana ni?"
"ana di lamban..beraya haji dengan sahabat marsis...dorang surianah pun ada sini.."
"owh..habis tu kenapa malu?"
"yati...macam tidak layak ja ana pakai purdah ni berbanding dengan dorang :("
"subhanallah sayang..alhamdulillah...tapi....Kenapa fikir macam tu..."
"ana ni biasa2 ja yati..ilmu pun nda banyak..dorang tu lagi hebat tidak juga pakai..bagilah ana kata2 semangat merawat hati ini..memujuk diri ini..tiba2 ana rasa tidak kuat..tapi inilah pilihan ana sayang"
" sayang ana, dirimu lebih terjaga begitu..terpelihara disebalik hijab yang enti pakai..subhanallah..."

Subhanallah..dan sekali lagi..ada titisan halus di sebalik kain kecil itu...betapa bertuahnya diri terasa dikurniakan sahabat sepertinya..yang tidak pernah lelah untuk meniupkan semangat..yang tidak pernah jemu menasihati ana ke arah kebaikan..dan yang sangat memahami ana......cermin ajaib ana...

akhirnya, ana mendapat kekuatan kembali...senyum tetap diukir walau tidak kelihatan...
selepas beberapa minit berehat, kami berjalan2 di sekitar kampung...







selepas itu, kedengaran sayup-sayup suara takbir...
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR.......


Sang lembu telah ditumbangkan....korban tahun ini....^__^
 bermulalah sesi pembersihan dan masak memasak sang Lembu...






ana ngan adik2 muslimat yang lain membersihkan sang perut :)
 ya Allah...penat tu memang penat..tapi tancapan ukhuwah yang baru terbina antara ana dengan adik2 muslimat yang lain menghilangkan rasa penat..buat kerja sambil berceloteh..

adik sakinah, adik jun, adik dewi, adik mashita...subhanallah..ni lah geng ana cuci sang perut. Seusai itu, ana bergerak mencari adik2 ana....kelihatan sedang rancak menyulam kasih dengan sahabat2 baharu...sambil mengupas bawang....subhanallah..alhamdulillah inilah hikmah yang Allah berikan....


tautan ukhuwah yang tersimpul rapi.....


tyme makan....bolehkah orang berpurdah makan???
 ^__^ semestinya boleh...
ana ngan adik bella melarikan diri ke tadika...sesampai di sana, ada seorang juga seperti kami...ana fikir dia orang semenanjung..tak pun kakak senior..
selepas bertaaruf dalam teriknya matahari sambil menyuapkan makanan, sangkaan ana meleset..ternyata dia orang Sabah di bawah bayu..seperti ana..dan muda setahun dari ana....subhanallah...cantiknya aturan ALLAH....DIA mengirimkan ana seorang lagi adik...
adik Meatul Humairah....

walaupun baru sahaja kenal, tapi seperti sudah lama kenal...kemesraan yang terjalin kerana NYA...

Allahuakbar~


akhirnya selepas asar, kami bergerak balik...tapi sayang tidak sempat ambil gambar dengan kakak2 pimpinan Marsis...insyaALLAH tahun hadapan kami datang lagi...



salam ukhuwah seluas mahabbah~

23 Oktober 2011

Lembaran Diari Nur Nisa

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau ini, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni "kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini sebok saja...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe.

"Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.

"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.

"Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya..

...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor

Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan .

..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...



seutastasbih.blogspot ^_^

Metafora Persahabatan

Aku duduk berteleku di atas sejadah. Peristiwa di taman petang tadi benar-benar membuatkan aku sedih. Sedih dengan apa yang terjadi. Aku rindukan sahabat aku itu. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Huda….aku rindu dirimu yang dahulu. Benar… aku sangat merindui persahabatan kita.
*****
Telefon bimbitku berdering menandakan ada panggilan masuk.Liyana… kenapa ya?


“Hello….assalamualaikum…”


“Waalaikummussalam…ya, ada apa Lili?”


“Nti…mai sini sat… kat taman permainan ni..”


“Naper pula ni? Taman kat mana?...”


“Alar…mai aja la…ana nampak Huda dengan seorang budak lelaki… kat taman yang baru ni…”


“Ya ka…okey, okey…ana pergi sekarang…”


Aku segera bersiap. Nak cepat pun tak boleh juga. Mana ada motor ka apa ka… basikal ada la.. terpaksalah naik basikal. Aku segera mengayuh basikal. Aku menggunakan jalan belakang. Risikonya ialah banyak anjing di jalan tersebut. Aku kayuh selaju mungkin… tiba-tiba 2 ekor anjing keluar dari arah yang tidak aku jangka. Apa lagi…. Terhenti basikal yang dikayuh. Jeritan mula kedengaran… ada 2 orang muslimin keluar dari rumah sewa mereka, lantas melambai tangan kepadaku mengarahkan aku meneruskan sahaja perjalanan.


Teruskan? Mana boleh…dengan sepantas kilat, aku pusing basikal dan mengayuh semula ke rumah sewa. Aku terduduk hampa di depan pintu rumah. Telefon bimbitku sekali lagi berdering. Aku sudah jangka dari siapa. Lili…


“Su…nti ada katna ni? Cepat la….”


“Kejap la…anjing kejar ana, ana patah balik la…”


“La…ya ka…nti mai kot jalan depan ja la…”


“Weh…malu la. Dah la naik basikal. Muslimat naik basikal? Malu…malu…”


“Nti…cepat la…”


“Okey..okey…terpaksa la ana tebalkan muka ya…”


Dengan segala kekuatan yang ada. Aku cuba tebalkan muka ini. Aku mengayuh basikal dengan berhati-hati. Mati ini liar memandang sekeliling. Jikalau ada motor muslimin aku pasti kena lari sembunyi. Malu la muslimat naik basikal. Alhamdulillah tiada. Aku segera membelok ke lorong kecil di taman baru. Aku kayuh agak perlahan. Masih mencari..mana? tak nampak pun… aku hentikan kayuhan. Segera mendail nombor seseorang…


“Nti…mana? Tak nampak pun…nti ada kat mana?”


“Nti buat-buat la kayuh basikal…terus ja melepasi taman permainan tu… ana ada kat bawah pokok besar kat tepi lorong ni…”


“Okey..”


Aku kayuh basikal dengan perlahan. Makin dekat dengan taman permainan, makin berdebar dadaku. Adakah akan muncul wajah sahabat kesayanganku bersama pasangannya seperti yang diberitahu Lili? Aku hampir sampai. Aku alih wajahku ke arah taman. Ya Allah..benar. Huda di atas papan jongkang jongkit bersama pasangannya…. Aku masih meneruskan kayuhan dengan lagak selamba meskipun hatiku cukup tercalar dengan apa yang berlaku. Aku mengayuh ke arah pokok besar seperti yang diberitahu Lili.


“Lili…macam mana ni?”


“Tak tau la…”


“Jom pi tegur nak?”


“Nti berani ka..? macam nti tak tau perangai Huda…”


“Berani tak berani kena tegur juga…takkan nak biar dia macam tu? Jom ar…”


Kami sama-sama menghampiri taman permainan. Bergetar tubuhku. Aku berjalan menghampiri mereka. Aku rasa sedih. Mampukah aku menegur seorang sahabat yang dahulunya bersamaku mengharung perjalanan dakwah ini? Aku sebak… kakiku bergetar hebat. Tanganku sejuk… mereka memandangku dengan sinis. Aku gagahkan diri ini. Aku mula berbicara… mereka masih begitu.


AKU : Kenapa duduk macam ni? Kenal ka?


HUDA : Saja la… kami baru kenal tadi.


AKU : Sekolah mana ni? Raudhah juga ka?


Dia memandangku. Dia mengangguk. Kemudian menggeleng pula.


LELAKI : Sekolah Tunku Laksamana…


HUDA : Woi…hang ni kenapa Su? Aku tak kenal sapa jantan ni…! Kami baru kenal ja tadi. Kalut betul la kau ni. Semua yang aku buat salah. Semalam kak Ayu tegur aku sebab tak pakai stoking. Hari ni kau pula. Tolong la wei…aku tension la ni tau dak. Tolong jangan kacau aku boleh dak?


Aku pejam mata rapat-rapat. Sedihnya…sahabat aku sendiri menengkingku di hadapan seorang lelaki yang baru dia kenal sebentar tadi. Aku pejam mata rapat-rapat. Kelu lidah ini untuk berbicara. Aku hairan. Kenapa dia perlu melenting. Kenapa dia perlu bangun untuk membela lelaki ini. Sedangkan lelaki ini hanya tunduk memandang bumi. Memang dasar lelaki yang tak bertanggungjawab.


AKU : Okey…Huda, kenapa nti perlu marah-marah? Ana tanya dia.. bukan kat nti Huda. Ana dah tak mau cakap apa kat nti… ana nak cakap ngan lelaki ni ja….


HUDA : Baik..silakan…


AKU : Datang naik apa ya…


LELAKI : Motor….


AKU : Mana motor? Tak nampak pun…


LELAKI : Arr..Ha, tu motor aku. Aku balik dulu. Ok.. bye..


Tiba-tiba ada satu motor berhenti tidak jauh dari situ. Motor itu ditunggang oleh dua anak gadis. Aku kenal sangat diorang ni…budak-budak Raudhah juga… junior-junior aku la. Mesti diorang datang dengan Huda. Tapi…kenapa motor budak lelaki tu ada pada diorang? Musykil…musykil…


Aku melangkah longlai menuju ke basikal. Ada satu motor berhenti di tempat aku berdiri. Seorang budak lelaki. Baru tingkatan 2 tahun ni...


ADIK : Kenapa kak?


AKU : Dak….kak tegur kawan kak tadi.


ADIK : Kenapa?


AKU : Dia duduk berduaan dengan budak lelaki. Pastu pakai tudung yang tidak menetapi syariat.


ADIK : Kenapa? Salahkah ka kak? Dah tu…kena pakai tudung labuh siap tutup muka macam akak ni ka?


AKU : Salah la dik… orang perempuan dengan lelaki tak boleh duduk berduaan. Itu sudah dikira melakukan maksiat. Boleh timbul fitnah. Tak da la pakai tudung labuh macam akak…kalau nak pakai tudung pendek boleh..tapi, tutup la dada.. melebihi dada.


ADIK : Oh macam tu…kenapa kak nak halang orang couple ya? Okey ja pun saya tengok…


AKU : Couple memang tak boleh… lagipun sebab akak tegur kawan kak, sebab dia budak sekolah agama. Patutnya dia tahu…apa yang dia buat salah. Setiap hari dia belajar kat sekolah bab agama ni… buat pa couple dik… kita bukan boleh pastikan dia bakal isteri kita? Bila-bila masa sahaja boleh putus kan…


ADIK : Eh…boleh la kak. Macam saya. Saya dah janji nak kahwin dengan couple saya. Saya sayang kat dia kak.


Aku terkejut. Budak sekecil ini sudah tahu mengungkap perkataan cinta, kahwin dan sayang? Aku teringat kisah semalam. Aku menceritakan kisah Rasulullah kepada sekumpulan budak lelaki yang aku rasa sudah matang fikirannya. Bila ditanya..faham dak? Diorang kata tak faham..aku kecewa. Tak faham? Aku bertanya lagi… kita umat Nabi apa? Jawapan dia ialah umat Nabi Adam…aku kecewa. Aku terduduk sambil menopang dagu. Takkan budak-budak sekarang tak tahu…kita umat Nabi apa? Sedihnya hati ini…


Aku sedih bila adik ini pandai-pandai berjanji untuk berkahwin dengan budak perempuan tersebut. Kita hanya mampu berjanji…tapi Allah yang mengatur segala-Nya.. Dia sudah tetapkan kita milik siapa. Rasulullah sudah mereka lupakan… Dunia yang fana ini yang mereka kenangkan. Aku sedih generasiku menjadi sebegini…


AKU : Adik…macam mana adik boleh katakan adik sayang kepada dia? Adik yakin ka..?


ADIK : Ya la kak..saya sayang kat dia. Setiap petang saya akan bawa dia ronda-ronda naik motor ni.


AKU : Adik…kalau adik sayang kat dia. Adik takkan bawa dia naik motor dengan adik. Jaja kekasih adik kat umum. Dia tu perempuan. Masih ada rasa malu dan maruah. Kalau sayang kat dia…baik terus kahwin.


ADIK : La..kak ni…kan saya kata saya janji nak kahwin dengan dia….


Belum sempat aku meneruskan bicara. Budak lelaki tadi datang ke arah kami. Dia memandangku. Kemudian berpatah balik. Aku hairan. Kenapa? Ada yang pelik ka? Atau dia sedang merancang sesuatu. Kalau untuk lihat wajahku…sudah pasti tidak boleh kerana aku mengenakan niqab, jadi peluangnya untuk membuat sesuatu yang tidak baik pasti tiada.


ADIK : okeylah kak..saya balik dulu… lain kali kita sembang lagi ya… tata…


Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku dan Lili berpisah di situ. Dia pulang ke rumah sewanya. Aku pula meneruskan kayuhan ke Bait Az Zahra. Tika aku kira-kira ingin membelok masuk ke lorong menuju ke taman satu lagi, kelibat motor budak lelaki tadi. Eh…tadi dia kata dia Sekolah Tunku Laksamana. Dia buat apa kat sini? Aku sedaya upaya mengayuh basikal. Niat di hati ingin mengekori. Tapi…maklum saja la. Kuasa kayuhan basikal ni, mana bisa menandingi kuasa enjin motosikal. Aku tewas juga. Aku rasakan…dia menuju ke rumah sewa budak lelaki, tidak jauh dari Bait Az Zahra.


*****
Keesokkannya…Huda memadang ku dengan sinis ketika di sekolah. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman paling manis aku hadiahkan buat seseorang yang bernama sahabat. Huda merupakan sahabat baikku. Kami bersama-sama menelusuri perjalanan dakwah ini. Namun…sejak akhir-akhir ini dia jauh berubah. Dia sudah tidak lagi tinggal bersamaku di Bait Az Zahra. Dia mengambil keputusan untuk menyewa bersama kawan-kawan yang lain. Makin hari dia makin jauh dariku. Kenapa? Apa salahku…


Aku gagahkan diri bersua muka dengannya. Aku cuba untuk berbicara dengannya dari hati ke hati…


AKU : Huda, kenapa nti macam dah tak mau kawan dengan ana…kenapa ya? Apa salah ana?


HUDA : Memang kau ada buat salah kat aku….


AKU : Apa dia?


HUDA : Kau tahu kan…aku sangkakan aku yang akan mendapat tempat di hati kak-kak. Ini tidak…engkau yang lebih disukai. Malah…engkau yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan ini. Tapi aku?


AKU : Huda! Kenapa boleh nti fikir macam tu…? Ana tak minta pun jawatan tu… nti tau kan ana sayang nti sangat.. kalau nti mahu, ana boleh khabarkan kat kak-kak… tapi, nti jangan la buat macam tu… kenapa perlu berhubungan antara lelaki tu? Masakan nti lupa apa yang diajar kepada kita…


HUDA : Ikut suka aku la… aku tak mahu hipokrit. Aku tak mahu tunjuk lagak yang aku ni baik. Aku nak jadi diri aku yang sebenar. Itu hidup aku… kau apa kisah?


AKU : Huda…nti sahabat ana. Sampai hati nti kata macam ni… ana tak sangka Huda yang ana kenal sudah jauh berubah. Kenapa?


HUDA : Kenapa? Sebab aku benci kau…. Kau langsung tiada masa untuk aku. Kalau engkau nak jadi sahabat aku, engkau kena luang masa untuk aku sorang saja..aku tak mahu berkongsi sahabat.


AKU : Ya Allah…Huda, sahabat hanyalah pinjaman sahaja… ana sayang nti sangat. Tapi kenapa nti sanggup buat keputusan macam ni? Ana akan senantiasa di samping nti, Huda….


HUDA : Arghh…sudah..aku benci..aku benci…


Aku menangis hiba. Ya Allah…andai ku bisa serah tubuh ini kepadanya, sudah pasti ku beri. Namun…aku juga punya tanggungjawab lain. Tiada langsung niat di hatiku untuk mengabaikannya. Dulu…aku sambut huluran persahabatannya. Aku masih ingat janji kami… biarlah kita ikhlas dalam persahabatan… kita bersahabat tanpa mengharapkan balasan… tapi, kenapa ini yang terjadi?
*****
Semalam aku ada berbincang dengan pimpinan mengenai masalah Huda. Pimpinan hanya diam membisu. Mungkin kelu dan tidak menyangka anak buahnya berubah hingga begitu rupa. Aku juga ada menceritakan. Semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang, ada satu motor lalu di hadapanku. Aku kenal motor itu. Motor budak lelaki tu…tapi…kenapa…dia pakai baju sekolah Raudhah? Dia satu sekolah dengan aku ka? Memang sah…dasar pembohong. Aku kesal… pimpinan menyoalku.. “Ada ka sekolah Tunku Laksamana?” ya tak ya juga…mana ada sekolah tu kat sini. Kenapa la aku lambat sangat fikir ritu…argh…


Usai berbincang, aku minta diri untuk keluar dari bilik itu. Aku duduk termenung di ruang tamu. Ya Allah…apa yang sudah terjadi ini? Kenapa sahabat aku berubah dengan sekelip mata. Aku bingkas bangun. Menuju ke meja study. Aku capai satu kertas kosong…ku mula mencoretkan sesuatu. Warkah buat insan yang bernama sahabat……


Hari ini aku tekad untuk sampaikan surat itu buat Huda. Surat dari seorang sahabat buat sahabatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Semua orang sudah pulang. Cuma aku masih setia menunggu Huda di balai ilmu. Sudah hampir sejam aku menunggu. Namun, dia masih belum muncul. Sudah balik ka? Aku pun mengambil keputusan untuk pulang. Ketika aku ingin melangkah pergi…tiba-tiba aku terdengar jeritan yang nyaring di belakang bangunan. Aku segera berlari anak menuju ke arah suara jeritan tadi…


Alangkah terkejutnya aku… seorang pelajar perempuan sedang meronta-ronta minta dilepaskan. Seorang budak lelaki yang masih berpakaian sekolah sedang cuba memegang perempuan tersebut. Aku kaget. Siapa tu? Aku menjerit kuat… Hoi!!!


Budak lelaki itu berpaling muka ke arahku. Eh…budak lelaki tu. Apa dia buat? Siapa budak perempuan tu…takkan….


Budak perempuan tu cuba untuk bangun. Ha..Huda! Ya Allah..kenapa ni?


Budak lelaki tersebut memandangku dengan pandangan yang tajam. Aku rasakan ada kelainan di sebalik pandangan matanya. Aku pandang sekeliling. Kawasan sekolah sudah sepi. Pondok pengawal pula jauh dari sini. Kedudukan kami jauh dari pandangan orang. Terlindung pula dek pokok besar. Macam mana ni? Aku buntu…


Aku cuba mencapai kayu besar di tepiku. Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada. Huda sudah menggigil ketakutan. Aku juga begitu… tiba-tiba lelaki tersebut menghunus sebilah pisau kepadaku. Allah…macam mana ni? Dahiku sudah berpeluh.. tanganku menggeletar hebat. Kecut perut ini. Adakah aku mampu menghadapi risiko ini?


Lelaki tersebut semakin menghampiriku… lari ka? Lari la Su…tapi…Huda macam mana? Hatiku berbolak balik… kalau aku lari, Huda pula tergadai maruahnya. Kalau aku tak lari..aku pula melayang nyawa. Aku pejam mata rapat-rapat. Aku pernah tanam azam dalam diri, biarkan diri menjadi ibarat matahari… terbakar untuk kepentingan umat sejagat. Jadi..apa salahnya kalau aku berkorban demi seorang sahabat yang amat aku sayang..dulu kini dan selamanya.


Ku buka mata. Lelaki tersebut sudah berdiri di hadapanku sambil melemparkan senyuman yang menjengkelkan. Aku cuba memukulnya dengan kayu di tanganku. Namun… tenaga wanita ku tidak sekuat mana, dia mampu bangun. Lantas ku rasakan perutku bagai dicucuk duri sembilu…pedih sekali. Ada darah yang mengalair.. sedarlah aku…aku sudah ditikam. Aku pandang Huda… Huda menjerit memanggil namaku.


Aku rasakan pandanganku kabur. Terasa bagai badan ini sudah ringan dibawa angin. Ku lihat dalam samar…budak lelaki itu melarikan diri. Aku rasakan badanku dipeluk. Huda menangis hiba sambil memelukku. Aku tersenyum. Sudah lama aku tidak merasai pelukan darinya. Sesungguhnya aku amat merindui pelukan dari sahabatku ini…


HUDA : Su…bangun Su… Maafkan Huda..Su… Bangunlah Su…


AKU : Huda….ana seronok sangat hari ini. Nti peluk ana..


HUDA : Su….jangan cakap macam tu. Ana ni jahat sangat kan? Sanggup ana herdik sahabat ana ni…. Ana salah Su… Lihatlah apa jadi kat ana hari ini. Aiman memang jahat!


AKU : Tak pa…Ha.. sapa Aiman?


HUDA : Budak lelaki tu la…ana bohong nti.. dia budak Raudhah. Ana memang bercinta dengan dia.


AKU : Oh…tak pa..ana dah agak dah.


Perutku terasa sungguh pedih sekali. Aku terbatuk. Ada darah yang mengalir keluar dari bibirku. Sedarlah aku, keadaan diri ini mungkin sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Huda menangis sambil memangku tubuhku yang terkulai layu. Dia menjerit meminta tolong. Namun…tiada siapa yang mendengar jeritannya. Aku membisikkan sesuatu ke telinganya…untuk kali terakhir…aku keluarkan sepucuk surat dari saku baju sekolahku. Ku serah kepadanya…


AKU : Huda…ana sayang nti…bacalah surat ini.


Huda segera membuka surat itu. Dia membacanya…ku rasakan pipiku basah dengan air matanya… aku tersenyum puas kerana sahabatku sudah kembali ke pangkuanku… dalam keasyikkan Huda membaca surat. Ku rasa seperti mahu tidur. Aku memandang Huda. Kemudian…ku rasakan…sedikit demi sedikit, mataku sudah terpejam rapat….


Salam sayang buatmu sahabat…


Maafkan ana kerana telah melukai hati nti. Tidak terlintas langsung untuk ana lukai hati seorang sahabat yang ana kasihi. Huda,.. nti sahabat ana dunia akhirat. Ana masih ingat janji kita untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Persahabatan kita ini ikhlas kerna-Nya.


Tapi…kenapa nti jauh berubah? Kenapa nti bukan lagi Huda yang ana kenal? Apa salah ana hingga nti begitu benci kepada ana? Huda…ana tak mahu pun semua jawatan ni. Andai kerna jawatan ini kita bergaduh, ana sanggup lepaskan. Tapi…ana ingat sesuatu. Jangan kita hilang perjuangan kerna kawan…biar kita hilang kawan kerna perjuangan. Bukan nti yang selalu ingatkan ana benda ni? Ana tak mahu hilang sahabat ana dan ana juga tak mahu hilangkan perjuangan ini dari diri ini…jadi, nti boleh bagitahu ana…apa yang patut untuk ana buat untuk dapatkan nti balik?


Huda…ana kecewa melihat nti dengan budak lelaki tu… kenapa? Kenapa perlu nti hulurkan cinta dan kasih nti buat lelaki tu? Ke mana Huda yang begitu membenci perhubungan antara lelaki dengan perempuan? Ana sedih sangat… Huda.. ana nak bagitahu sesuatu. Nti usah bohong ana. Ana tahu budak lelaki tu sekolah kita. Ana jumpa dia tempoh hari dan dia berpakaian sepertimana budak Raudhah pakai. Untuk pengetahuan nti juga…mana ada Sekolah Tunku Laksamana area ni… macam mana ana boleh tertipu dengan kalian..


Baliklah ke pangkal jalan Huda… lelaki tu bukan baik pun. Dia saja ja nak permainkan nti. Ana tak mahu sahabat ana dipermainkan. Cinta kita tak layak untuk orang seperti tu. Ana pernah jumpa dia…. Dia pernah keluar dengan perempuan lain. Itu yang dinamakan kesetiaan dalam sebuah percintaan? Ah..bohong la Huda.. jangan dipercaya…


Ana rindu sahabat ana. Ana rindu ketawa dan tangisan sahabat ana. Dulu… semua cerita kita kongsi bersama. Tangisan kita hayati bersama. Kehangatan pelukan masih ana rasa, Huda. Tapi…kenapa semua itu berlalu pergi? Adakah ia hanya sebuah kenangan yang akan dilupakan. Manakan bisa ana lupakan…ia sudah tersemat di dada, sudah disimpan di dalam memori ana. Kisah persahabatan kita terlalu indah..Huda…


Huda… ana sayang nti sangat. Ingat lagi, kisah 4 sahabat? Dulu… ana, nti… sofia, amal semuanya adik-adik junior yang baru di rumah sewa. Kitalah sahabat baik… makan bersama. Kita tidur bersama. Kita pergi sekolah bersama…. Lantas, Sofia gugur di tengah jalan. Akur dengan kehendak keluarga untuk berpindah sekolah. Amal… juga begitu. Jadi, hanya tinggal kita berdua, generasi terawal di sini. Tapi…kenapa perlu kita jadi begini? Nti di sana…ana di sini. Kelu lidah berbicara. Hanya lirikan mata menjawab segalanya. Kenapa Huda? Kenapa?


Sudah tidak mampu untuk ana teruskan bicara. Tangisan ana menjawab segala-galanya. Huda…kembalilah ke pangkal jalan. Ingat balik janji kita bersama. Perjuangan ini terlalu suci. Jangan kita kotori dengan maksiat yang tersembunyi. Kelak rosak binasalah perjuangan yang dibawa kerana pembawanya kecundang di tengah jalan. Ingat kata keramat kita… nti adalah ana, ana adalah nti….kita adalah ruh dalam satu jasad! Ya…kita adalah roh dalam satu jasad Huda. Keperitan nti keperitan ana jua…


Salam sayang dari ana,


Sumayyah


Huda menangis sambil memeluk Sumayyah erat sekali. Dia pandang wajah sahabatnya itu dalam-dalam. Mata Sumayyah sudah tertutup rapat. Huda kaget. Dia cuba menggocang tubuh Sumayyah. Tiada reaksi. Huda dengan teragak-agak cuba memegang nadi Sumayyah. Sedarlah Huda…sahabatnya sudah pergi menghadap Ilahi. Huda menjerit sekuat hati. Meraung penuh hiba. Pelukan makin dieratkan. Namun apa gunanya lagi pelukan itu pada insan yang sudah tidak bernyawa.


Tiba-tiba ada suluhan lampu dari kejauhan. Pengawal keselamatan sedang meronda di sekitar bangunan sekolah. Huda menjerit sekuat hati. Sejurus kemudian, pengawal itu datang ke arahnya. Pengawal itu agak terkejut dengan keadaan Huda dan Sumayyah. Dia segera menelefon ambulans dan polis. Huda sudah tidak dapat mengawal dirinya. Sumayyah mati kerana dialah penyebabnya. Kalaulah dia tidak mengikut kehendak Aiman, sudah pasti semua ini dapat dielakkan. Namun..apa yang hendak dikesalkan lagi… Sumayyah sudah pergi buat selama-lamanya….


Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naif untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri



Nukilan hatiku,
Serikandiumar93


cerpen islam : CINTA KITA CINTA PERJUANGAN

Cinta kita CINTA PERJUANGAN...
Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan

“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak.

Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

-TAMAT-
Pengarang cerpen ini sedang bermukim di http://www.ahmadfadhli.com/


Anim Zulaikha

setelah tiga bulan berlalu aku kini lebih tenang dan kembali menjalani hidup seperti biasa setelah peristiwa itu berlalu...

12 Oktober 2011

sahabatku bidadariku

"Assalamu'alaikum" Suffyyah memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke biliknya.
"Wa'alaikumussalam...hmm..penat nampak. Ade kelas lagi tak petang ni?" lembut Anna menjawab.
"alhamdulillah..takde..hehehe...lecturer ade meeting. Anna?"
"we are same dear. " sambil tersenyum Anna menjawab.
akhirnya mereka tergelak bersama dengan jawapan Anna sebentar tadi.

Suffyyah Madhiha seorang gadis yang tegas dengan pendiriannya. kalau dia kata ya, maka tidak akan ada kompromi. bersikap panas baran. datang dari keluarga yang tidak mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan harian. memiliki hati yang keras. cantik dan sering menjadi rebutan romeo-romeo di kampusnya.

Anna Batrisya. seorang gadis yang berperwatakan lemah lembut. Seorang sahabat yang penyayang, penyabar dan sangat memahami. senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. dilahirkan dalam suasana baitulmuslim. keayuan dan kecantikan wajahnya terselindung disebalik kain kecil di wajahnya.

berlainan peribadi. datang dari keluarga yang berbeza. namun kuasa ALLAH telah mentakdirkan mereka bertemu di kampus yang sama. ditempatkan di bilik yang sama. sejak pertama kali bersua keakraban mereka kekal hingga sekarang.

"Anna, jom keluar makan petang ni. Sufy belanja."
"wah...alhamdulillah..bestnya ade orang nak belanja makan...hihihi..bereh-bereh"
"pukul 6.00 petang ea. puteri Sufy nak beradu kejap.hehehehe. Letih latihan bola jaring pagi tadi. Nanti kejut tau bile dah masuk asar."
"orite sayang..insyaAllah" sebuah senyuman dihadiahkan untuk sahabat tersayang. Anna meneruskan semula kerja-kerja mengedit laporan bironya. Anna memegang jawatan Setiausaha Persatuan Pelajar Muslim di kampusnya. sudah pasti hari-harinya penuh kesibukan. hingga kadang-kadang jarang bergurau dengan teman sebiliknya itu.
masa-masa beginilah digunakan dengan sebaiknya untuk menambah perasa persahabatan mereka. juga usaha untuk mentarbiah sahabatnya itu.

tepat seperti yang dijanjikan, selepas menunaikan solat asar berjemaah mereka pun melangkah keluar untuk mengisi perut. Sufy hanya mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya. melihat keadaan sahabatnya itu, Anna ligat memikirkan cara yang terbaik untuk menyedarkan sahabatnya itu tentang kewajipan menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah digariskan oleh Islam.
sesampai di sebuah restoran, mereka memilih tempat duduk yang agak terpencil. semasa menanti hidangan sampai Anna memulakan topik perbualan.

"Sufy ni kalau anna tengok lama-lama makin cantik. macam super model gitu"
"ala, Anna apa kurangnya. cuma kain tu je yang menutupi segalanya"
Anna hanya tersenyum...
"Sufy pernah tak dengar cerita tentang bidadari?"
"Bidadari? maksud anna? yang sufy tahu, bidadari itu ada di syurga..cantik.."
"heee..betullah tu..tapi sufy pernah tak dengar Bidadari dunia lebih cantik daripada bidadari syurga?"
"haish..biar betul anna ni..ade ke bidadari dunia? " soal sufy tidak percaya.
anna terggelak kecil melihat gelagat sufy.." betullah sayang. takkan ana nak tipu sufy kan.."
"owh...bidadari syurga tu macam mana?"
belum sempat anna bercerita lebih lanjut, pelayan restoran datang menghantar  makanan mereka.
"terima kasih".

"anna, sambunglah balik cerita bidadari tu"
"em...owky, nanti malam anna cerite ye"
"alaaaa....nak sekarang" sufy  merengek macam anak-anak kecil.
"hehehe...apalah sufy ni...kan kite nak makan ni, tak bestlah cerita time ni...xdapat menghayati sedapnya nasi ayam ni...malam nanti ea...sayang sufy ea...." Anna memujuk.
"amboi...cik anna, cair sufy kalau macam ni..owky my dear. janji tau!"
"hihi...insyaALLAH sayang...nah, baca doa makan"


bersambung~



to be continue~

07 Ogos 2011

sentuhan qaseh

"Iman! tunggu" aku berpaling.
"Aisyah rupanya..kenapa? macam ada masalah besar je Iman tengok". Aku membetulkan sedikit tudung yang terlurut ditiup angin petang.
"huh! penat Syah kejar Iman. Iman dari mana? satu library Syah pusing cari Iman. Rupanya Iman dah ade kat sini"
"hehe..maaflah, tadi Iman tak sempat bagitahu Syah yang Puan Rohana nak jumpa Iman berkenaan dengan kerja kursus Bahasa melayu group kita. maaf ye sahabat"
"hehehehehe..Syah xmarah pun. cuma risau je. yelah takut Iman kene culik ke ape." hampi tergelak aku mendengarnya.
"aish..ke situ pulak..sapelah nak culik Iman kat kampus ni, Syah.ade2 je lah syah ni. dah. jom balik. jap lagi nak maghrib dah. malam ni kan ada usrah."
" ha ar lah Iman. syah lupe. usrah...bahan xprepare lagi untuk adik2."

" dah, jom balik hostel" aku segera menariknya pulang...

08 Julai 2011

Cinta Itu

Cuaca petang itu sangat redup. Aku berjalan pulang ke rumah sewaku seorang diri selepas bermain bola jaring di institut. Angin berhembus agak dingin. Jalan sangat sunyi. Tiba-tiba aku terlihat seorang pemuda memandang tepat ke arahku. Lalu, aku pantas menundukkan pandangan. Debaran terasa berombak di dada. Ya, aku cukup mengenalinya siapa. Lelaki yang sangat terkenal di institute tempatku belajar. Sesaat aku melintasinya, seraya dia berkata

“ sampai bila awak nak buat saya macam ni Iman?”

Perlahan namun sampai ke pendengaranku. “ ya Allah, apa yang harus ku lakukan..alasan apa lagi yang harus aku berikan kepadanya?” kataku sendiri di dalam hati. Aku mesti memikirkan sesuatu…


“cukuplah Ilham..jangan ganggu saya lagi. Saya tidak suka diperlakukan begini. Ke mana pun saya pergi awak sentiasa mengekori saya. saya rasa tidak selesa. Saya rasa saya dah terangkan kepada awak sebelum ni. Saya tidak dapat menerima awak.”
“tapi kenapa Iman? Apa salah saya? di mana kurangnya saya di mata awak? Beritahu saya Iman. Saya akan perbaiki diri saya.” bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.
“maafkan saya”. Aku segera berlalu pergi. Tidak mahu keadaan akan memakan diriku sendiri. Aku tidak mahu aku akan kalah dengan perasaan sendiri. Aku ingin istiqamah degan jalan yang aku pilih.


“no couple until nikah”

Aku tidak kisah apa persepsi masyarakat terhadapku. Asalkan jalan yang aku pilih ini tidak melanggar syariat Allah, kenapa tidak kan? Aku tahu, setiap manusia mempunyai pandangan dan pendirian  masing-masing..dan aku, inilah pilihanku.

Sesampai di rumah sewaku, ku lihat Fatihah khusyuk menghafaz sesuatu di ruang tamu.
“Assalamu’alaikum Teha…menghafaz ape tu? Khusyuk je aku tengok”
“Wa’alaikumussalam…lama dah balik Iman? Ni ha, pagi esok  aku ada ujian hafazan.mohon doanya ye moga dipermudahkan”
“InsyaAllah.....kali ini surah apa?”
“em…surah al-Mulk”
“oh..30 ayat kan? Emm..ok  Teha, selamat menghafaz..moga dipermudahkan.” 
sambil tersenyum aku berlalu ke bilik.

Malam itu seperti biasa kami akan mengaji beramai-ramai di ruang tamu dan  ada perkongsian dari para sahabat.
Tepat pukul 11.00 malam, seusai membaca surah al Mulk, aku melelapkan diri. Tidak sampai lima minit..

Beep..beep..beep
Telefon bimbitku bergetar…
“ish..siapa pulak malam-malam ni mesej” perlahan-lahan ku capai telefonku


New messaga receive
Sender: no name
Message: Assalamu’alaikum…maaf ganggu, saya ni Ilham…tolong jangan delete dahulu, Iman, saya nak jumpa awak esok. Boleh ye. Lepas ni saya janji saya tidak akan ganggu awak lagi. Em..pukul 4.00 petang kat tasik Permaisuri ea…saya tunggu.
Hush..””tak penat ke mamat ni” getusku
Reply: wassalam.insyaAllah, ok

Keesokannya seperti yang telah dijanjikan, aku pergi menemuinya bersama Teha. Hanya Teha satu-satunya 
yang tahu kisahku dengan Ilham.

“maaf saya harap awak tak kisah saya ajak Teha”
“em, xpe” jawabnya ringkas.
“ade ape ek?” tanyaku
“saya nak minta maaf kepada awak. Maaf selalu ganggu hari-hari awak. Takpelah jika awak tak dapat terima saya. saya tahu status saya di mata awak. Saya tak layak untuk gadis baik seperti awak” mendatar sahaja suaranya.
Aku hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya yang seterusnya.
“lepas ni saya takkan ganggu awak lagi” katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Satu bungkusan kecil berwarna hijau. Dia menghulurkan kepadaku sambil berkata
“terimalah ini dari saya sebagi tanda meminta maaf”
Aku sedikit terkejut. “em, tak payah susah-susah. Kata maaf dah cukup. Saya maafkan awak. Harap lepas ni awak akan tunaikan apa yang awak janjikan.” Kataku.
Dia hanya tersenyum. “eh mamat ni, boleh pulak tersengih-sengih” gerutuku dalam hati.
Dia meletakkan bungkusan itu di hujung kerusi tempatnya duduknya dan berlalu pergi. Teha hanya mendiamkan diri sehinggalah Ilham kabur dari pandangan.

Alhamdulillah selepas itu dia tidak pernah mengganggu ku lagi sehinggalah di hari konvokesyenku.
“Assalamu’alaikum…” satu sapaan lembut. Aku berpaling. Tergamam. Berdebar.Entah kenapa aku rasa sangat tidak keruan apabila memandangnya. Dia sangat berbeza  daripada sebelum ini. Aku masih ingat lagi sebelum dia fly ke UK penampilannya jauh berbeza dengan apa yang ku lihat sekarang. Ilham yang sebelum ini rambutnya terpacak kini memakai kopiah. Aku melihat nur di wajahnya. Subhanallah. Astagfirullah…
cepat-cepat aku beristighfar.

“Wa…wa’alaikumussalam” jawabku gugup.
“Pak cik  mak cik apa khabar?” tanyanya kepada kedua orang tuaku
“Alhamdulillah nak kami sihat-sihat saja” jawab abah sambil bersalaman dengannya.
Kaget. “Aduh mamat ni. Apalah kata umi dan abah nanti.”
“saya kawan Iman. Belajar di sini, tapi saya baru sahaja sampai dari UK sebab pertukaran pelajar TESL dengan salah sebuah universiti di sana.” Dia menambah.
Aku hanya tersenyum kelat. Debaran juga semakin terasa. Ya Allah ,apa yang aku rasakan saat ini.
“saya Ilham Dzulqarnain pakcik” dia perkenalkan dirinya. Aku hanya tertunduk di samping umi.
 “ Iman apa khabar? Soalannya beralih pulak kepada ku.
“Alhamdulillah” jawabku ringkas. Sejurus selepas itu, kami di panggil untuk beratur menerima ijazah.
“em, gembira dapat jumpa pakcik dan makcik.saya minta diri dulu.” Setelah menyalami abahku. Dia pun berlalu pergi.
“ Abah, Umi, Iman nak cari Teha dulu ye.”
“ ok sayang” tutur Umi lembut.
“nasib baiklah abah dan umi tak tanya banyak tentang Ilham” getusku dalam hati. Aku terus berlalu pergi.

Tapi apakah tandanya debaran di hati ini. adakah hatiku telah diraih dengan agama yang ada pada dirinya saat ini. ketenangan di wajahnya cukup memberi ketenangan padaku.
“ya Allah tunjukkanlah jalanMu yang Engkau redhai” aku berdoa dalam hati.

Sebulan selepas aku dipostingkan, umi menelefonku
“ Iman, mak ada sesuatu nak bagitahu Iman.”
Dup…dup..dup.. bergetar..”apa dia umi sayang” tanyaku manja
“ada orang merisik Iman. Orangnya baik sayang. Beragama. Keluarganya pun baik-baik sahaja”
Gulp. Aku terkejut. “ em..siapa umi?”
“ kawan Iman juga. Ilham.”
Sekali lagi aku terkejut. Entah sejak bila dia mula rapat dengan umi dan abahku.
Setelah berfikir sejenak, “ bagilah Iman masa seminggu untuk istikharah ye umi. Nanti Iman baritahu keputusan Iman.” Jawabku
“ye sayang. Nanti mak telefon balik ye, along kamu dah datang dengan abang Man kamu” jawab umi.
“sampaikan salam Iman dengan along ye Umi”
“Assalamu’alaikum”
“wa’alaikumussalam” telefon dimatikan. Subhanallah..Ilham..begitu tinggi tekadnya untuk memiliki cintaku.
Seminggu aku istikharah dan solat hajat. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Sampai masa yang ditetapkan, Umi menelefonku
“Assalamu’alaikum sayang. Iman sihat?”
“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah Umi”
“macam mana sayag? Terima ke tidak risikan tu?”
Dengan lafaz bismillah dalam hati “ Iman terima Umi”.

Seminggu selepas itu, rombongan meminang sampai di rumahku. Sebulan selepas itu aku dan Ilham diijab kabulkan. Akhirnya cintaku milikmu suamiku. Aku kini bahagia di sampingnya bersama dua orang putera dan seorang puteri.
“terima kasih sayang sebab terima abang” lembut dan sangat bermakna bagiku.
“terima kasih sebab menyayangi sayang dengan tulus” jawabku terharu.
Alhamdulillah ya Rabb. Prinsipku mampu mengubah dia yang dahulunya kaki wanita kini menjadi kaki masjid. Dia yang dahulunya suka bersosial kini Kau pagari dengan rasa keimanan pada MU. Ternyata cinta seleas kahwin lebih indah…Semoga saja Baitulmuslim ini akan berkekalan hingga ke syurga…..

p/s : xda kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal.... ^__^

24 Mei 2011

juz because i luv ALLAH more... ^__^


Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.
"Aleesya likes a link."
Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada katiluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :
Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."