Assalamu'alaikum WBT

12 Oktober 2011

sahabatku bidadariku

"Assalamu'alaikum" Suffyyah memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke biliknya.
"Wa'alaikumussalam...hmm..penat nampak. Ade kelas lagi tak petang ni?" lembut Anna menjawab.
"alhamdulillah..takde..hehehe...lecturer ade meeting. Anna?"
"we are same dear. " sambil tersenyum Anna menjawab.
akhirnya mereka tergelak bersama dengan jawapan Anna sebentar tadi.

Suffyyah Madhiha seorang gadis yang tegas dengan pendiriannya. kalau dia kata ya, maka tidak akan ada kompromi. bersikap panas baran. datang dari keluarga yang tidak mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan harian. memiliki hati yang keras. cantik dan sering menjadi rebutan romeo-romeo di kampusnya.

Anna Batrisya. seorang gadis yang berperwatakan lemah lembut. Seorang sahabat yang penyayang, penyabar dan sangat memahami. senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. dilahirkan dalam suasana baitulmuslim. keayuan dan kecantikan wajahnya terselindung disebalik kain kecil di wajahnya.

berlainan peribadi. datang dari keluarga yang berbeza. namun kuasa ALLAH telah mentakdirkan mereka bertemu di kampus yang sama. ditempatkan di bilik yang sama. sejak pertama kali bersua keakraban mereka kekal hingga sekarang.

"Anna, jom keluar makan petang ni. Sufy belanja."
"wah...alhamdulillah..bestnya ade orang nak belanja makan...hihihi..bereh-bereh"
"pukul 6.00 petang ea. puteri Sufy nak beradu kejap.hehehehe. Letih latihan bola jaring pagi tadi. Nanti kejut tau bile dah masuk asar."
"orite sayang..insyaAllah" sebuah senyuman dihadiahkan untuk sahabat tersayang. Anna meneruskan semula kerja-kerja mengedit laporan bironya. Anna memegang jawatan Setiausaha Persatuan Pelajar Muslim di kampusnya. sudah pasti hari-harinya penuh kesibukan. hingga kadang-kadang jarang bergurau dengan teman sebiliknya itu.
masa-masa beginilah digunakan dengan sebaiknya untuk menambah perasa persahabatan mereka. juga usaha untuk mentarbiah sahabatnya itu.

tepat seperti yang dijanjikan, selepas menunaikan solat asar berjemaah mereka pun melangkah keluar untuk mengisi perut. Sufy hanya mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya. melihat keadaan sahabatnya itu, Anna ligat memikirkan cara yang terbaik untuk menyedarkan sahabatnya itu tentang kewajipan menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah digariskan oleh Islam.
sesampai di sebuah restoran, mereka memilih tempat duduk yang agak terpencil. semasa menanti hidangan sampai Anna memulakan topik perbualan.

"Sufy ni kalau anna tengok lama-lama makin cantik. macam super model gitu"
"ala, Anna apa kurangnya. cuma kain tu je yang menutupi segalanya"
Anna hanya tersenyum...
"Sufy pernah tak dengar cerita tentang bidadari?"
"Bidadari? maksud anna? yang sufy tahu, bidadari itu ada di syurga..cantik.."
"heee..betullah tu..tapi sufy pernah tak dengar Bidadari dunia lebih cantik daripada bidadari syurga?"
"haish..biar betul anna ni..ade ke bidadari dunia? " soal sufy tidak percaya.
anna terggelak kecil melihat gelagat sufy.." betullah sayang. takkan ana nak tipu sufy kan.."
"owh...bidadari syurga tu macam mana?"
belum sempat anna bercerita lebih lanjut, pelayan restoran datang menghantar  makanan mereka.
"terima kasih".

"anna, sambunglah balik cerita bidadari tu"
"em...owky, nanti malam anna cerite ye"
"alaaaa....nak sekarang" sufy  merengek macam anak-anak kecil.
"hehehe...apalah sufy ni...kan kite nak makan ni, tak bestlah cerita time ni...xdapat menghayati sedapnya nasi ayam ni...malam nanti ea...sayang sufy ea...." Anna memujuk.
"amboi...cik anna, cair sufy kalau macam ni..owky my dear. janji tau!"
"hihi...insyaALLAH sayang...nah, baca doa makan"


bersambung~



to be continue~

11 Oktober 2011

Ten Important Questions ^__^


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

01 Oktober 2011

Masih ada yang sedar ^__^

Assalamu'alaikum.....salam secsuci embun pagi...salam selembut hembusan bayu....apa khabar iman di dada...apa khabar hati.....

semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sentiasa dekat dengan Penciptanya. InsyaALLAH.
alhamdulillah terfikir untuk berkongsi sesuatu. Sebenarnya, semalam lagi dah terfikir mahu menulis di teratak ini...tapi ana sakit magrain. Alhamdulillah setelah bangun pagi ni, sakit tu dah hilang.

Perkongsiannya begini...

semalam ana dan rumate tersayang keluar ke jalan TAR untuk mencari barang hiasan bilik sebab kolej kediaman akan mengadakan " Kediaman Terbuka". Sepanjang perjalanan pergi dan balik, banyak ibrah yang ana dapat. Alhamdulillah.
Semalam, manusia crowded sangat. Pengajaran yang pertama, elakkan keluar pada hujung minggu. terutama sekali bagi wanita. Ini kerana, keadaan yang sesak melibatkan percampuran wanita dan lelaki.
Ketika berjalan2 meredah manusia yang ramai, tekak terasa dahaga dan perut telah menyanyi lagu AMUK. huhuhu. Dengan cepat ana menarik rumate ke gerai yang menjual makanan dan air. Jalan punya jalan, ana terlihat satu gerai yang menjual favourite food ana.
Laksa Utara! Alhamdulillah. Ana singgah dan membeli satu tapperware. Yang menariknya, tuan empunya gerai itu sedar akan kewajipan melarang persentuhan antara lelaki dan wanita...cuba teka apa yang dia lakukan untuk mengelakkan persentuhan semasa proses bayaran berlaku???
Dia telah melapikkan tangannya dengan plastik. So, dapatlah elak dari bersentuhan kan.. alhamdulillah. ada juga dalam kalangan peniaga yang masih menitik beratkan itu semua. Apa yang ana lihat peniaga ISLAM pada masa kini tidak lagi menerapkan unsur2 syariat islamiyyah ketika berniaga. Antaranya ialah pemakaian semasa berniaga.




Sedih ana melihat saudara2 ana. Ana hanya mampu membenci kemungkaran itu dengan hati. T__T.
Selain itu, ada juga peniaga yang sengaja mahu main2kan pelanggan. Terutama wanita. huhuhu. sempat2 lagi berkenalan dan bagi mereka yang sudah "biasa" . layan jaklah. Jangan wahai muslimah ana sekalian. Bimbang mengundang kemudharatan kepada antum dan mereka. Ingatlah pesan ALLAH SWT : '



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur : 30-31)

bukan itu sahaja, terdapat juga peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan. MasyaAllah. Kasihan kepada mereka yang tidak mampu. Air mata ini mudah sahaja menitis tatkala melihat anak kecil yang merengek minta dibelikan makanan yang tidak mampu diberikan oleh orang tuanya.

Inilah ironi dunia masa kini..yang berkuasa terus berkuasa yang tertindas terus tertindas. Innalillah...

semalam semasa menunggu LRT 
kami terserempak dengan sekumpulan muslimah yang berpurdah..subhanallah..satu pujian kepada NYA.

tapi sayangnya...yang wajib ditutupi masih terdedah...sepatutnya, soal aurat merupakan pokok utama sebelum mengenakan purdah. Tutuplah dengan sempurna dahulu. Itu lebih penting.^__^
 Inilah antara ibrah yang ana perolehi semalam. Alhamdulillah.

Maaflah, ana tidak pandai menulis seperti blogger yang lain ^__^


janganlah lihat kepada ana yang menyampaikan...memang banyak kekurangannya..tapi apa yang baik dalam penyampaian ana, terimalah....semoga mendapat kebiakan bersama di duia dan akhirat. InsyaALLAH.


28 September 2011

Tak Semudah ABC


Dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah.
Entah kan bila harus terus berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu seorang yang bergelar muslim.
"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai'ah kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai'ah ini membuatkan kita benar-benar teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk dilafaz, tetapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.
Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.
Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam islam? Bosankah kau untuk berjuang?"
Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17
Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."
Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan.
Tetapi baginda setiap hari ditohmah dan dihina  kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.
Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.
Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar!


25 September 2011

Ansarullah

meniti sebuah perjalanan dalam segaris cabang kehidupan telah mengajar ana tentang banyak perkara..
semuanya telah mengejutkan ana dari lena yang panjang...jika sebelum ini ana berasa selesa di zon selamat, sekarang tidak lagi....
malu..dengan Allah...takut akan azab NYA...
sekian lama ana mencari jawapan kepada sebuah  persoalan..bagaimana caranya untuk ana menjadi biji benih yang subur... walaupun dicampak ke lautan tetap menjadi pulau....

di mana erti hidup yang sebenar...berapa banyak masa yang telah ana sia2kan...ya ALLAH, rasa rugi sangat2 dalam hati ini.....mana mungkin ana dapat menebus masa silam ana...
tapi ana tetap yakini ini "Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia".

saat diri ini teraba dalam kepekatan debu dunia, ALLAH telah mengurniakan ana sahabat2 yang banyak mengislah dan mentarbiah ana....alhamdulillah....

hati yang gersang kini mula terisi dengan cinta dan kasih sayang NYA...

hidup dalam perjuangan!!!!

ana memilih untuk meneruskan apa yang telah ana tinggalkan....

ana ingin syahid di jalan NYA.....

seorang mujahidah harus kuat hatinya..teguh pendiriannya..tegas tutur bicaranya..sopan perlakuannya..terkawal tingkah lakunya....
hatinya penuh dengan cinta kepada Rabbnya..jiwanya penuh dengan kasih sayang terhadap saudaranya....
siangnya dihabiskan dengan menyebarkan syiar agamaNYA..malamnya dihiasi dengan tangisan taubat...
lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah...bibirnya sentiasa memujiNYA...
setiap helaan nafasnya mengalir partikel-partikel jihad..setiap denyut nadinya bertakbir memuji Tuhannya...
tangan dan kakinya sentias menyeru manusia amar makruf dan nahi mungkar.....
jiwa raga adalah milik Penciptanya...
dia tidak akan sekali-kali berundur dari jalan yang penuh pancaroba ini sekalipun dirinya terkorban..kerana dia berjuang untuk berkorban!
takbir!!!!!

ALLAHUAKBAR!

biah solehah walau dimana ana berada....insyaALLAH...ana akan cuba menggapainya.

Islam itu berada di tempat yang tertinggi. ana tidak ingin Islam jatuh dan lemah disebabkan ana.

Ansarullah!!! bertebaranlah di muka bumi ini dengan rendah hati..sebarkan dakwah...ingatlah, ketika antum menolong agama Allah, Dia juga akan menolong antum.

Islam is a best way of LIfe!!!

untuk peringatan bersama~




mujahidah ansarullah~

21 September 2011

sekadar cerita...

salam...bertemu kembali diruangan ana :)

hari ni...ana mau cerita apa ar....emm....
semalam, saat jari jemari ana bermain tasbih cinta, ana menerima satu panggilan. ana membuka mata dan melihat nombor yang tertera di skrin telefon ana. Em...rupanya 'dia'..nak sambut or tidak..ana lupa silentkan phone. kesian roomate ana da tido. nak xnak, ana sambut.


Ana hairan..xpernah 'dia' call ana..hmmm....adapun masa birthday ana..peliknya dia!
perasaan ana??.. ^____^ alhamdulillah.. dah NEUTRAL. ana hanya menganggap dia sebagai saudara seakidah dan sefikrah. ana dah tetapkan hati dengan ijtihad ana sendiri dan akan terus istiqamah di jalan mujahadah ini hinggalah di suatu hari yang pasti. insyaALLAH!
Biiznillah ^_____^

virus merah jambu??? alhamdulillah sikit demi sedikit dah di cure kn . bukan mau cakap besar...tapi, itulah yang ana rasa saat ini.. berkat kasih sayang ALLAH jugalah ana semakin kuat dan sabar melayani segala tribulasi dan mehnah hati...

insyaALLAH innallaha maana!!!

( Ya ALLAH, jagalah cinta di hati ini untuk MU. Janganlah ENGKAU biarkan hamba MU ini terkapai-kapai mencari sesuatu yang tidak pasti)

ameen!

itu cerita semalam  ^^, hari ni lagi best..hahahaha.


nilah yang ana buat hari ni dengan kelas pj...sandi kan...hehehehe...
mula2 nak naik tu..lucu sangat..sapa kata orng tudung labuh tak leh naik??
sapa kata muslimah tu lembik??
boleh jak..yakin dengn diri anda......
apapun, tidak terkta perasaannya..first time naik bendalah tu...dahlah ana gayat...adeyh....
alhamdulillah dipermudahkan...lepas ni..ada banyak lagi kerja yang menanti ana....
bestnya banyak kerja :)..

ka lah..dah banyak ana melalut...huhuhuhu..ngantuk sudah ni...(campur2 dah bahasa)

tusbihu'alakhair ^__^
rindu kamu...bb....sue..yati..lar...adik maria..adik asiah...kak aznie..kak mesyi.....sahabiah2..adik2.....

semoga ALLAH memberkati antum semua..insyaALLAH.

12 September 2011

Andai Masih Ada Rindu


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen