Assalamu'alaikum WBT

21 Oktober 2011

Beberapa Pesanan Imam Syafie

1. Belajar dan mengajarkan ilmu

" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh"
[imam Syafie]

2. Memilih makanan yang halal











3. Memperbanyakkan lima perkara:
a. perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
b. perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
c. perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
d. jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
e. jangan sebut-sebut dan memperlihatkan keaiban atau keburukan orang lain


4. Sabar dengan musibah, syukur dengan nikmat





5. Menziarahi orang sakit




6. Hindari perasaan marah


DOA HILANGKAN MARAH




Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

7. Mengasihani anak yatim
tafsir surah Al-Ma'un
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang"
1. Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya
2. Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim
3. Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin
4.  Neraka Wil untuk  orang2 yang sembahyang
5. Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya
6. Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya
7. Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )
Berdasarkan surah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa:
Orang yang mendustakan agama ialah:
1. orang yang menzalimi anak yatim
2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan kepada orang2 miskin
Orang yang mendapat kecelakaan:
1. Orang yang suka melambat2kan / melenggahkan solat
2. Mereka yang lalai dalam solat akan dicampakkan ke dalam Neraka Wil
3. Orang yang riyak/ menunjuk2  dalam amalan dan ibadat
4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd oranglain yg memerlukannya
5. Orang yang enggan membayar zakat

8.Berbakti kepada ibu bapa


9.Amal soleh sebagai perisai

10. Taqwa membuahkan insan berjaya dan cemerlang

11.Bentengi iman dengan lima perkara :

*yakin
*ikhlas
*mengerjakan amalan sunat
*istiqamah beramal
*bertatasusila atau berdisiplin mengerjakan ibadah
12. Ilmu menenangkan hati

"ingat dan zikir kepada ALLAH sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah"

13. Khusyuk zahir dan batin
14. Awas! kubur menunggu kita







“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan dlm keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dlm keadaan sedikit (amalan )melainkan memperbanyakkannya.”
Hadis riwayat al Baihaqi drp ibn Umar radiallahu anhuma. 

15. Mematahkan serangan syaitan

Seorang daripada para solihin berkata;
"Saya telah merenung dan memikirkan dari manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10 pintu"

Pertama:
Tamak dan Buruk Sangka.
Hadapilah ia dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:
Cinta akan Dunia dan Panjang Angan-Angan.
Hadapilah ia dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang datang pada saban waktu.

Ketiga:
Suka Bermalas-Malas dan Kemewahan.
Hadapilah ia dengan yakin bahawa kenikmatan akan hilang dan balasan buruk yang akan menimpa.

Keempat:
Kagum dengan Diri Sendiri ('Ujub).
Hadapilah ia dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan takut akibat yang buruk.

Kelima:
Memandang Rendah Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Hadapilah ia dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam:
Hasad (Dengki).
Hadapilah ia dengan sifat berasa cukup (Qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kepada makhluk-Nya.

Ketujuh:
Riya' dan Suka Pujian.
Hadapilah ia dengan Ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kelapan:
Bakhil (Kedekut).
Hadapilah ia dengan menyedari bahawa apa yang ada akan binasa dan yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan:
Takabbur (Membesarkan Diri).
Hadapilah ia dengan Tawadhuk.

Kesepuluh:
Tamak-Haloba.
Hadapilah ia dengan yakin dengan ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia.

16. Sebesar-besar keaiban

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” 

(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

17. Membetulkan hati

18. Istighfar menggoncangkan kerajaan Iblis

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.


Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:


Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


Istighfar itu letaknya sesudah bertaubat. Oleh karena itu hendaklah seseorang yang hendak memohon ampun dosanya, melaksanakan lebih dahulu faktor-faktor yang tersebut di bawah ini iaitu :
a.  Mencabut diri dari maksiat (meninggalkan maksiat).
b.  Menyesali perbuatan maksiat yang telah terlanjur dikerjakan.
c.  Bercita-cita tidak akan kembali melakukannya.
Sesudah yang tersebut itu dikerjakan dengan sejujurnya, barulah ia mempergunakan kesempatan istighfar itu. Allah berfirman :
“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (Q.S. Thaahaa: 82)



Beberapa Lafaz Istighfar























19. indahkan dunia dengan maaf



20. Tafakur sebelum tidur

"tafakurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan selap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umar bin Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya pada siang hari "






12 Oktober 2011

sahabatku bidadariku

"Assalamu'alaikum" Suffyyah memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke biliknya.
"Wa'alaikumussalam...hmm..penat nampak. Ade kelas lagi tak petang ni?" lembut Anna menjawab.
"alhamdulillah..takde..hehehe...lecturer ade meeting. Anna?"
"we are same dear. " sambil tersenyum Anna menjawab.
akhirnya mereka tergelak bersama dengan jawapan Anna sebentar tadi.

Suffyyah Madhiha seorang gadis yang tegas dengan pendiriannya. kalau dia kata ya, maka tidak akan ada kompromi. bersikap panas baran. datang dari keluarga yang tidak mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan harian. memiliki hati yang keras. cantik dan sering menjadi rebutan romeo-romeo di kampusnya.

Anna Batrisya. seorang gadis yang berperwatakan lemah lembut. Seorang sahabat yang penyayang, penyabar dan sangat memahami. senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. dilahirkan dalam suasana baitulmuslim. keayuan dan kecantikan wajahnya terselindung disebalik kain kecil di wajahnya.

berlainan peribadi. datang dari keluarga yang berbeza. namun kuasa ALLAH telah mentakdirkan mereka bertemu di kampus yang sama. ditempatkan di bilik yang sama. sejak pertama kali bersua keakraban mereka kekal hingga sekarang.

"Anna, jom keluar makan petang ni. Sufy belanja."
"wah...alhamdulillah..bestnya ade orang nak belanja makan...hihihi..bereh-bereh"
"pukul 6.00 petang ea. puteri Sufy nak beradu kejap.hehehehe. Letih latihan bola jaring pagi tadi. Nanti kejut tau bile dah masuk asar."
"orite sayang..insyaAllah" sebuah senyuman dihadiahkan untuk sahabat tersayang. Anna meneruskan semula kerja-kerja mengedit laporan bironya. Anna memegang jawatan Setiausaha Persatuan Pelajar Muslim di kampusnya. sudah pasti hari-harinya penuh kesibukan. hingga kadang-kadang jarang bergurau dengan teman sebiliknya itu.
masa-masa beginilah digunakan dengan sebaiknya untuk menambah perasa persahabatan mereka. juga usaha untuk mentarbiah sahabatnya itu.

tepat seperti yang dijanjikan, selepas menunaikan solat asar berjemaah mereka pun melangkah keluar untuk mengisi perut. Sufy hanya mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya. melihat keadaan sahabatnya itu, Anna ligat memikirkan cara yang terbaik untuk menyedarkan sahabatnya itu tentang kewajipan menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah digariskan oleh Islam.
sesampai di sebuah restoran, mereka memilih tempat duduk yang agak terpencil. semasa menanti hidangan sampai Anna memulakan topik perbualan.

"Sufy ni kalau anna tengok lama-lama makin cantik. macam super model gitu"
"ala, Anna apa kurangnya. cuma kain tu je yang menutupi segalanya"
Anna hanya tersenyum...
"Sufy pernah tak dengar cerita tentang bidadari?"
"Bidadari? maksud anna? yang sufy tahu, bidadari itu ada di syurga..cantik.."
"heee..betullah tu..tapi sufy pernah tak dengar Bidadari dunia lebih cantik daripada bidadari syurga?"
"haish..biar betul anna ni..ade ke bidadari dunia? " soal sufy tidak percaya.
anna terggelak kecil melihat gelagat sufy.." betullah sayang. takkan ana nak tipu sufy kan.."
"owh...bidadari syurga tu macam mana?"
belum sempat anna bercerita lebih lanjut, pelayan restoran datang menghantar  makanan mereka.
"terima kasih".

"anna, sambunglah balik cerita bidadari tu"
"em...owky, nanti malam anna cerite ye"
"alaaaa....nak sekarang" sufy  merengek macam anak-anak kecil.
"hehehe...apalah sufy ni...kan kite nak makan ni, tak bestlah cerita time ni...xdapat menghayati sedapnya nasi ayam ni...malam nanti ea...sayang sufy ea...." Anna memujuk.
"amboi...cik anna, cair sufy kalau macam ni..owky my dear. janji tau!"
"hihi...insyaALLAH sayang...nah, baca doa makan"


bersambung~



to be continue~

11 Oktober 2011

Ten Important Questions ^__^


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

01 Oktober 2011

Masih ada yang sedar ^__^

Assalamu'alaikum.....salam secsuci embun pagi...salam selembut hembusan bayu....apa khabar iman di dada...apa khabar hati.....

semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sentiasa dekat dengan Penciptanya. InsyaALLAH.
alhamdulillah terfikir untuk berkongsi sesuatu. Sebenarnya, semalam lagi dah terfikir mahu menulis di teratak ini...tapi ana sakit magrain. Alhamdulillah setelah bangun pagi ni, sakit tu dah hilang.

Perkongsiannya begini...

semalam ana dan rumate tersayang keluar ke jalan TAR untuk mencari barang hiasan bilik sebab kolej kediaman akan mengadakan " Kediaman Terbuka". Sepanjang perjalanan pergi dan balik, banyak ibrah yang ana dapat. Alhamdulillah.
Semalam, manusia crowded sangat. Pengajaran yang pertama, elakkan keluar pada hujung minggu. terutama sekali bagi wanita. Ini kerana, keadaan yang sesak melibatkan percampuran wanita dan lelaki.
Ketika berjalan2 meredah manusia yang ramai, tekak terasa dahaga dan perut telah menyanyi lagu AMUK. huhuhu. Dengan cepat ana menarik rumate ke gerai yang menjual makanan dan air. Jalan punya jalan, ana terlihat satu gerai yang menjual favourite food ana.
Laksa Utara! Alhamdulillah. Ana singgah dan membeli satu tapperware. Yang menariknya, tuan empunya gerai itu sedar akan kewajipan melarang persentuhan antara lelaki dan wanita...cuba teka apa yang dia lakukan untuk mengelakkan persentuhan semasa proses bayaran berlaku???
Dia telah melapikkan tangannya dengan plastik. So, dapatlah elak dari bersentuhan kan.. alhamdulillah. ada juga dalam kalangan peniaga yang masih menitik beratkan itu semua. Apa yang ana lihat peniaga ISLAM pada masa kini tidak lagi menerapkan unsur2 syariat islamiyyah ketika berniaga. Antaranya ialah pemakaian semasa berniaga.




Sedih ana melihat saudara2 ana. Ana hanya mampu membenci kemungkaran itu dengan hati. T__T.
Selain itu, ada juga peniaga yang sengaja mahu main2kan pelanggan. Terutama wanita. huhuhu. sempat2 lagi berkenalan dan bagi mereka yang sudah "biasa" . layan jaklah. Jangan wahai muslimah ana sekalian. Bimbang mengundang kemudharatan kepada antum dan mereka. Ingatlah pesan ALLAH SWT : '



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur : 30-31)

bukan itu sahaja, terdapat juga peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan. MasyaAllah. Kasihan kepada mereka yang tidak mampu. Air mata ini mudah sahaja menitis tatkala melihat anak kecil yang merengek minta dibelikan makanan yang tidak mampu diberikan oleh orang tuanya.

Inilah ironi dunia masa kini..yang berkuasa terus berkuasa yang tertindas terus tertindas. Innalillah...

semalam semasa menunggu LRT 
kami terserempak dengan sekumpulan muslimah yang berpurdah..subhanallah..satu pujian kepada NYA.

tapi sayangnya...yang wajib ditutupi masih terdedah...sepatutnya, soal aurat merupakan pokok utama sebelum mengenakan purdah. Tutuplah dengan sempurna dahulu. Itu lebih penting.^__^
 Inilah antara ibrah yang ana perolehi semalam. Alhamdulillah.

Maaflah, ana tidak pandai menulis seperti blogger yang lain ^__^


janganlah lihat kepada ana yang menyampaikan...memang banyak kekurangannya..tapi apa yang baik dalam penyampaian ana, terimalah....semoga mendapat kebiakan bersama di duia dan akhirat. InsyaALLAH.