Assalamu'alaikum WBT

11 September 2011

CErita.. ^^


Ada satu perkara yang suka ana kongsikan bersama sahabiah semua. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang perlu ada pada perkiraan ana selepas ana mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Kasih yang ana kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diri ana sendiri...
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana ana diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan ana  berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepada ana oleh teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam enti ni?"
"enti ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat enti.."
"ana sudah, enti bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk  ana katakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau ana katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Berbicara tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali ana melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang ana ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam filem Hindustan yang ana tonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Ana menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang pada ana tidak wajar dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aana pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraan ana dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diri ana. Tentu sahaja ana mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan boleh  membuatkan ana gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup pada ana itu dan ana telah bertemu dengannya. Tapi, seperti yang  ana katakan sebelum ini, cerita ini tentang jodoh...
Arakian, ana dilamar, ana  menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang ana pegang sejak mula ana menjejakkan kaki ke menara gading. 
ana katakan pada ikhwah itu, sekiranya benar dia menginginkan ana menjadi suri hatinya maka tunggulah sehingga ana dan dia selesai bergraduasi. ana katakan juga bahawa ana tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang ikhwah itu benar mahu memiliki hati ana maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sekali lagi ana katakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untuk ana, terserah pada ana sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diri ana sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begini dan begitu...
ikhwah itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Ana sedikit kecewa namun ana bisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, ana belajar pelbagai perkara. Setiap hari ana belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkan ana berasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidup ana banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan ana masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi ana tabahkan hati supaya ana tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba saat rezeki ana dilebihkan Allah di mana ana diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu ana ceritakan dengan tepat di mana ana ditempatkan. Sejak pertama kali ana menjejakkan kaki di sini, tidak pernah terlintas di fikiran ana untuk mencari pasangan hidup. Niat ana hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluarga ana agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi ana maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang bawahan ana yang usianya lima tahun lebih tua dari ana dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwa ana bergetar. Entah kenapa, tapi ana takut ianya melalaikan dan bisa menghumban diri ana ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam zina hati.
ikhwah itu kerapkali menguji ana dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuat ana tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian dengan ana dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Ana positifkan fikiran, mungkin juga kerana ana adalah orang atasannya dan wajar saja dia menghormati ana lebih daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan pejabat ana bertanyakan sama ada ana sudah punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang ana kira agak lucu untuk ditanya. Ana hanya tersenyum dan menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada seseorang yang dekat dengan ana ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan serius. Ana dapat mengagak tapi ana meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa ikhwah di pejabat yang sama yang ana ceritakan sebentar tadi. Tepat telahan ana kali ini. Firasat ana jarang tersasar apatah lagi jika ana mohon agar Allah membimbing ana agar  tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang lain.
Hati ana menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar lelaki. Ana senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doa ana, ana memohon agar ana dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan bonus bagi ana sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
ikhwah itu juga hingga sekarang masih menguji ana dengan pelbagai pertanyaan. Ana cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang ana mampu dan hingga saat ini tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaana bahawa dia punya 'perasaan' pada ana. Ana juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwa rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat ana sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa dengan ana malah bukan mahram yang layak untuk ana fikirkan tentangnya. Ana cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai iman yang ana takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin ana pesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Ana tidak menyatakan yang ana ini tidak pernah berbuat dosa tapi ana berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diri daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan rakan-rakan tentang urusan jodoh ana yang masih lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan ana daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untuk ana meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka ana redha.
ana tidak mahu mengatakan bahawa ana ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat rakan-rakan ana yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, ana doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin


22 Ogos 2011

Rasa Hati Ana

alhamdulillah setelah sekian lama ana menyepi dengan kata nasihat dan madah dakwah ana...hari ini...ana kembali membawa sedikit perkongsian dan mudah-mudahan mendapat ibrahnya...insyaALLAH...

agak lama juga ana mendiamkan diri..berperang dengan perasaan sendiri...entahlah..mengapa kali ini ana seakan tidak mampu menghadapi gelojak hati ini...
virus...ya virus nikah semakin lekat di hati ana..satu kerisauan melanda saat resah mula bertandang dalam sepi jiwa meruntun rasa....

dalam keriuhan ana tetap rasa terasing....

“Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)-nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas” (H.R. At-Turmidzi)




Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan) (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah).




“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah. Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya” (HR. Bukhori-Muslim)




sebenarnya ada banyak lagi  hadis yang menerangkan faedah pernikahan atau perkahwinan..dan asbab ini jugaklah semakin kuat rasa tu melekat dalam hati ana..hmmm..berdosakah ana?


ana ingin mencintai dia secara halal...mencintai dan berbakti dengan sang suami...ana ingin menjadi isteri solehah kepada sang suami dan ibu mithali kepada anak2 ana kelak...




“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49).


ramai yang mengatakan nikah tu tak mudah..tapi bagi ana, manusia yang menyusahkannya..takut rezeki tak ada, Allah dah janji dalam kitabNYA ;




Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik (Qs. An Nahl (16) : 72).






tidak bersedia..? sampai bila mau tunggu bersedia kalau fobia terhadap perkahwinan.....




rugi bagi mereka yang tidak bersetuju tentang nikah awal..sebab fadhilat sebuah perkahwinan tu banyak sangat..antaranya, pahala mereka yang berkahwin adalah dua kali ganda daripada yang belum berkahwin..lebih2 lagi ibu yang mengandung...ana sanggup mati untuk melahirkan anak ana...sebab insyaALLAH syahid...






"ya ALLAH kurniakanlah aku pasangan yang baik untukku, keluargaku dan agamaku...sesungguhnya aku bermohon pada MU...."



13 Ogos 2011

ya ALLAH bidiklah tepat dihatiku

Ramadhan...hatiku tetap begitu. seperti lalang ditiup angin. kenapa begitu..mengapa sukar untukku menjadi diriku yang dulu...fitnah hati..semakin membara...sepenuh hati aku bermujahadah..namun hasilnya tetap sama...
di mana ku letakkan  cinta ALLAH ? apakah mata hati dah tertutup dek dosa2 yang dilakukan?
astagfirullah..
muhasabah diri...
pasti ada yang xkena.....
hati ini seolah2 sudah tidak bernyawa..di manakah ****** yang dulu?
yang tegar melawab arus dunia.....cinta dan ajnabi...sudah sebati dalam diri...tapi kenapa masih tidak mampu ku melawan setiap rasa yang hadir.....
berharap tanpa usaha adalah sia2....tapi tiap kali aku mencuba, semakin besar ujian yang menimpa...ya ALLAH...bukan hendak mengeluh terhadap apa yang aku hadapi saat ini...aku cuma takut..takut seandainya tidak mampu bangkit semula.
aku ingin seperti mereka....kuat dan sabar menempuhnya....tarbiah...ya..tarbiah..aku perlukan tarbiah dari MU ya rabb...ya ALLAH pertemukanlah aku dengan insan2 yang hatinya penuh dengan cinta kepada MU agar rasa cintanya itu mengalir kepada diri ini...
ya Rabb...bidiklah tepat di hatiku dengan cinta MU..
aku merayu...
ramadhan kali ini...seakan tidak ku rasai nikmatnya.....astagfirullah....mengapa ini yang ku rasakan.....??
aku lemah....seakan xmampu untuk nberdiri dalam perjalanan ini....
ya ALLAH.....imanku bersuara lagi...tapi berapa kai lagi harus ku dustai hati dan mungkiri janji.....

07 Ogos 2011

surat cinta ^__^


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.
217688_1489647860306_1807260047_881803_4449413_n
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

sentuhan qaseh

"Iman! tunggu" aku berpaling.
"Aisyah rupanya..kenapa? macam ada masalah besar je Iman tengok". Aku membetulkan sedikit tudung yang terlurut ditiup angin petang.
"huh! penat Syah kejar Iman. Iman dari mana? satu library Syah pusing cari Iman. Rupanya Iman dah ade kat sini"
"hehe..maaflah, tadi Iman tak sempat bagitahu Syah yang Puan Rohana nak jumpa Iman berkenaan dengan kerja kursus Bahasa melayu group kita. maaf ye sahabat"
"hehehehehe..Syah xmarah pun. cuma risau je. yelah takut Iman kene culik ke ape." hampi tergelak aku mendengarnya.
"aish..ke situ pulak..sapelah nak culik Iman kat kampus ni, Syah.ade2 je lah syah ni. dah. jom balik. jap lagi nak maghrib dah. malam ni kan ada usrah."
" ha ar lah Iman. syah lupe. usrah...bahan xprepare lagi untuk adik2."

" dah, jom balik hostel" aku segera menariknya pulang...

09 Julai 2011

Ujian : Tabahkah aku

Assalamu'alaikum..sekian lama menyepi akhirnya ana kembali mencoret di sini...alhamdulillah masih diberi peluang untuk koreksi diri dan memperbaiki diri...

Ya ALLAH
saat diriku jauh dari MU
ENGKAU mendekatiku dengan ujian-ujian MU
alhamdulillah ENGKAU masih menyayangi diri yang hina ini....

Sebermulanya maktab di buka..( hari kuliah) ana turut sibuk kerana terlibat dengan Minggu Pendaftaran Pelajar Baru. melelahkan, tapi ana sangat berpuas hati...membantu adik-adik baru..
mengangkat barang, menunjukkan jalan dan macam-macam lagi...yang lagi best jumpa adik-adik sabah yang sefikrah...alhamdulillah.....

ana kembali ke Maktab dengan hati yang kosong..apa sebenarnya yang aku mahukan...mengapa mesti begitu sekali...mana semangat ana yang dulunya berkobar-kobar dengan panji-panji perjuangan...
Apa yang ana ada sekarang seperti sisa kemanisan iman yang pernah ana rasakan suatu masa dahulu..
Astagfirullah..........

kembali ke pangkal jalan!!!
cepat-cepat u-turn!

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;  [Al Baqarah: 128]

berapa kali lagi mesti ana dustai hati ini...
Rabbi.....
berilah hamba kekuatan dan petunjuk MU T___T

semuanya bermula dengan hati yang telah terhijab dengan dosa-dosa.. T____T
Astagfirullah..astagfirullah..astaghfirullah.......

Hari demi hari ujian bersilih ganti menghampiri diri..sampailah satu saat ana rasa sangat  "DOWN"
apabila purse ana hilang.....

apakah ini petunjuk sebenarnya ya RABB.....
aku semakin menjauh dari MU
semakin jauh dari diriku yang sebelum ini......
jarang sekali aku mensyukuri nikmat MU

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[Ar--Rahman : 16]

laaa ilahaa illallaah......
muhammadurrasulullah....

kembalilah wahai hati yang pernah menyerahkan segalanya kepada Penciptamu
ana dah penat dengan perasaan yang hadir...ana mahu menjaga hati...jaga hati..jaga hati...


kekuatan jiwa perlu dibentuk..hati perlu ditarbiah..nafsu perlu dididik...
ana ingin menjadi seperti mereka (para syuhada)
ana ingin menjadi hamba ALLAH yang baik...meninggalkan larangan NYA...
rasa kecewa..rasa sakit..rasa gembira semuanya adalah ujian yang akan mentarbiah kita...kita akan melalui semua proses itu  sama ada kita sedar ataupun tidak..sama ada kita bersyukur ataupun tidak...

TAWAKKAL + USAHA +DOA +TAWAKKAL

redha dengan setiap ketentuan NYA..yakinlah DIA tidak pernah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia .
ana yakin itu....
kembali kepada dua pegangan utama 

 Al-Quran dan AS-Sunnah

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [ Al-Israa' : 9]


Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [ Al-Israa' : 15]


kalau dulu setiap tutur kata dan perilaku terjaga dengan batas dakwah...malu untuk mengakuinya..tapi inilah hakikatnya ana bukan ana lagi....


ana inginkan diri ana yang dulu...penuh bersemangat menegakkan syiar Islam. 


Ya ALLAH...
bantulah hamba ini....



dimana ada kemahuan disitu ada jalan...kalau ana mahu, ana pasti boleh.

Bila bersandar pada makhluk NYA, tika terpisah rasa kehilangan
tika terasing rasa ditinggalkan
jiwa menderita gelisah sentiasa
Biar bersandar hanya pada Tuhan
merasai cukup hanya dengan NYA
ALLAH sentiasa di dalam jiwa
Biar terlihat tidak punya apa
tetapi hati kaya dengan rasa
rasa kasih dan cinta Ilahi
menjadi cahaya penyejuk jiwa......

Wallahu'alam bissawab ^_^


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[Asy- Shams : 7-10]



mulai saat ini ----> strive to mardhotillah!!!!!!
hayya bil jihad!!!!

******. u can do it!!!!

Put Trust In ALLAH!!!!!



08 Julai 2011

Cinta Itu

Cuaca petang itu sangat redup. Aku berjalan pulang ke rumah sewaku seorang diri selepas bermain bola jaring di institut. Angin berhembus agak dingin. Jalan sangat sunyi. Tiba-tiba aku terlihat seorang pemuda memandang tepat ke arahku. Lalu, aku pantas menundukkan pandangan. Debaran terasa berombak di dada. Ya, aku cukup mengenalinya siapa. Lelaki yang sangat terkenal di institute tempatku belajar. Sesaat aku melintasinya, seraya dia berkata

“ sampai bila awak nak buat saya macam ni Iman?”

Perlahan namun sampai ke pendengaranku. “ ya Allah, apa yang harus ku lakukan..alasan apa lagi yang harus aku berikan kepadanya?” kataku sendiri di dalam hati. Aku mesti memikirkan sesuatu…


“cukuplah Ilham..jangan ganggu saya lagi. Saya tidak suka diperlakukan begini. Ke mana pun saya pergi awak sentiasa mengekori saya. saya rasa tidak selesa. Saya rasa saya dah terangkan kepada awak sebelum ni. Saya tidak dapat menerima awak.”
“tapi kenapa Iman? Apa salah saya? di mana kurangnya saya di mata awak? Beritahu saya Iman. Saya akan perbaiki diri saya.” bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.
“maafkan saya”. Aku segera berlalu pergi. Tidak mahu keadaan akan memakan diriku sendiri. Aku tidak mahu aku akan kalah dengan perasaan sendiri. Aku ingin istiqamah degan jalan yang aku pilih.


“no couple until nikah”

Aku tidak kisah apa persepsi masyarakat terhadapku. Asalkan jalan yang aku pilih ini tidak melanggar syariat Allah, kenapa tidak kan? Aku tahu, setiap manusia mempunyai pandangan dan pendirian  masing-masing..dan aku, inilah pilihanku.

Sesampai di rumah sewaku, ku lihat Fatihah khusyuk menghafaz sesuatu di ruang tamu.
“Assalamu’alaikum Teha…menghafaz ape tu? Khusyuk je aku tengok”
“Wa’alaikumussalam…lama dah balik Iman? Ni ha, pagi esok  aku ada ujian hafazan.mohon doanya ye moga dipermudahkan”
“InsyaAllah.....kali ini surah apa?”
“em…surah al-Mulk”
“oh..30 ayat kan? Emm..ok  Teha, selamat menghafaz..moga dipermudahkan.” 
sambil tersenyum aku berlalu ke bilik.

Malam itu seperti biasa kami akan mengaji beramai-ramai di ruang tamu dan  ada perkongsian dari para sahabat.
Tepat pukul 11.00 malam, seusai membaca surah al Mulk, aku melelapkan diri. Tidak sampai lima minit..

Beep..beep..beep
Telefon bimbitku bergetar…
“ish..siapa pulak malam-malam ni mesej” perlahan-lahan ku capai telefonku


New messaga receive
Sender: no name
Message: Assalamu’alaikum…maaf ganggu, saya ni Ilham…tolong jangan delete dahulu, Iman, saya nak jumpa awak esok. Boleh ye. Lepas ni saya janji saya tidak akan ganggu awak lagi. Em..pukul 4.00 petang kat tasik Permaisuri ea…saya tunggu.
Hush..””tak penat ke mamat ni” getusku
Reply: wassalam.insyaAllah, ok

Keesokannya seperti yang telah dijanjikan, aku pergi menemuinya bersama Teha. Hanya Teha satu-satunya 
yang tahu kisahku dengan Ilham.

“maaf saya harap awak tak kisah saya ajak Teha”
“em, xpe” jawabnya ringkas.
“ade ape ek?” tanyaku
“saya nak minta maaf kepada awak. Maaf selalu ganggu hari-hari awak. Takpelah jika awak tak dapat terima saya. saya tahu status saya di mata awak. Saya tak layak untuk gadis baik seperti awak” mendatar sahaja suaranya.
Aku hanya mendiamkan diri menanti butir bicaranya yang seterusnya.
“lepas ni saya takkan ganggu awak lagi” katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Satu bungkusan kecil berwarna hijau. Dia menghulurkan kepadaku sambil berkata
“terimalah ini dari saya sebagi tanda meminta maaf”
Aku sedikit terkejut. “em, tak payah susah-susah. Kata maaf dah cukup. Saya maafkan awak. Harap lepas ni awak akan tunaikan apa yang awak janjikan.” Kataku.
Dia hanya tersenyum. “eh mamat ni, boleh pulak tersengih-sengih” gerutuku dalam hati.
Dia meletakkan bungkusan itu di hujung kerusi tempatnya duduknya dan berlalu pergi. Teha hanya mendiamkan diri sehinggalah Ilham kabur dari pandangan.

Alhamdulillah selepas itu dia tidak pernah mengganggu ku lagi sehinggalah di hari konvokesyenku.
“Assalamu’alaikum…” satu sapaan lembut. Aku berpaling. Tergamam. Berdebar.Entah kenapa aku rasa sangat tidak keruan apabila memandangnya. Dia sangat berbeza  daripada sebelum ini. Aku masih ingat lagi sebelum dia fly ke UK penampilannya jauh berbeza dengan apa yang ku lihat sekarang. Ilham yang sebelum ini rambutnya terpacak kini memakai kopiah. Aku melihat nur di wajahnya. Subhanallah. Astagfirullah…
cepat-cepat aku beristighfar.

“Wa…wa’alaikumussalam” jawabku gugup.
“Pak cik  mak cik apa khabar?” tanyanya kepada kedua orang tuaku
“Alhamdulillah nak kami sihat-sihat saja” jawab abah sambil bersalaman dengannya.
Kaget. “Aduh mamat ni. Apalah kata umi dan abah nanti.”
“saya kawan Iman. Belajar di sini, tapi saya baru sahaja sampai dari UK sebab pertukaran pelajar TESL dengan salah sebuah universiti di sana.” Dia menambah.
Aku hanya tersenyum kelat. Debaran juga semakin terasa. Ya Allah ,apa yang aku rasakan saat ini.
“saya Ilham Dzulqarnain pakcik” dia perkenalkan dirinya. Aku hanya tertunduk di samping umi.
 “ Iman apa khabar? Soalannya beralih pulak kepada ku.
“Alhamdulillah” jawabku ringkas. Sejurus selepas itu, kami di panggil untuk beratur menerima ijazah.
“em, gembira dapat jumpa pakcik dan makcik.saya minta diri dulu.” Setelah menyalami abahku. Dia pun berlalu pergi.
“ Abah, Umi, Iman nak cari Teha dulu ye.”
“ ok sayang” tutur Umi lembut.
“nasib baiklah abah dan umi tak tanya banyak tentang Ilham” getusku dalam hati. Aku terus berlalu pergi.

Tapi apakah tandanya debaran di hati ini. adakah hatiku telah diraih dengan agama yang ada pada dirinya saat ini. ketenangan di wajahnya cukup memberi ketenangan padaku.
“ya Allah tunjukkanlah jalanMu yang Engkau redhai” aku berdoa dalam hati.

Sebulan selepas aku dipostingkan, umi menelefonku
“ Iman, mak ada sesuatu nak bagitahu Iman.”
Dup…dup..dup.. bergetar..”apa dia umi sayang” tanyaku manja
“ada orang merisik Iman. Orangnya baik sayang. Beragama. Keluarganya pun baik-baik sahaja”
Gulp. Aku terkejut. “ em..siapa umi?”
“ kawan Iman juga. Ilham.”
Sekali lagi aku terkejut. Entah sejak bila dia mula rapat dengan umi dan abahku.
Setelah berfikir sejenak, “ bagilah Iman masa seminggu untuk istikharah ye umi. Nanti Iman baritahu keputusan Iman.” Jawabku
“ye sayang. Nanti mak telefon balik ye, along kamu dah datang dengan abang Man kamu” jawab umi.
“sampaikan salam Iman dengan along ye Umi”
“Assalamu’alaikum”
“wa’alaikumussalam” telefon dimatikan. Subhanallah..Ilham..begitu tinggi tekadnya untuk memiliki cintaku.
Seminggu aku istikharah dan solat hajat. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. Sampai masa yang ditetapkan, Umi menelefonku
“Assalamu’alaikum sayang. Iman sihat?”
“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah Umi”
“macam mana sayag? Terima ke tidak risikan tu?”
Dengan lafaz bismillah dalam hati “ Iman terima Umi”.

Seminggu selepas itu, rombongan meminang sampai di rumahku. Sebulan selepas itu aku dan Ilham diijab kabulkan. Akhirnya cintaku milikmu suamiku. Aku kini bahagia di sampingnya bersama dua orang putera dan seorang puteri.
“terima kasih sayang sebab terima abang” lembut dan sangat bermakna bagiku.
“terima kasih sebab menyayangi sayang dengan tulus” jawabku terharu.
Alhamdulillah ya Rabb. Prinsipku mampu mengubah dia yang dahulunya kaki wanita kini menjadi kaki masjid. Dia yang dahulunya suka bersosial kini Kau pagari dengan rasa keimanan pada MU. Ternyata cinta seleas kahwin lebih indah…Semoga saja Baitulmuslim ini akan berkekalan hingga ke syurga…..

p/s : xda kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal.... ^__^